Skip to main content

Syarikat Bas Shamisha,Jangan Jual Tiket Kalau Tak Mampu Nak Sediakan Bas

Alhamdulillah..selesai sudah tanggungjawab untuk hari ni,esok punya belum tahu nasibnya sekejap sungguh masa berlalu hari ni.macam nak semput melihat jarum jam bergerak dari saat ke minit,dari minit ke jam.huhu

Okey..ma dan adik aku dah pun balik kampung pagi semalam.naik bas dari Terminal One,Seremban.Alang kepalang dah cerita pasal mak balik kampung..meh aku nak buat aduan rakyat kat sini blogku suka hatiku nak tulis apa.okey..sebelum tulis aku dah gugel pasal bas shamisha ni..rupanya dah banyak orang komplen kat sini ada jugak blogger tulis pasal servis diorang yang teruk sini dan sini.

website kemain lawa tapi perkhidmatan hampeh.nak tengok?



Sedikit info:
Tarikh Tiket:03 DEC 2012
Harga Tiket :RM48.10 sen
Dalam tiket katanya,Jam 8.15 pagi dari Terminal One Seremban ke Kuala Krai

Mak aku datang Selasa lepas naik tren dari kampung ke Ktm Seremban.Konon nak balik ni nak cepat sampai..sebab dah sedia maklum kalau naik tren memang lama..berbelas jam.Dan aku tak sampai hati dengar mak duk merungut naik tren lama,so suh adik belikan tiket bas.Sebab awal tahun tu ari dah naik bas takde masalah..bas pun selesa dan bertolak ontime aku lupa apa nama syarikat bas tu tapi aku pasti bas yang servis bagus itu bukan dari syarikat yang sama.So ingatkan takde masalah la untuk naik bas.Tak sangka pulak jadi 'macam bola,dicampak sana sini'.

Pagi semalam,adik lelaki hantar mak dan adik bongsu aku ke Terminal One.sebenarnya mak aku boleh je naik flight balik kampung pakai tiket adik aku cikviva tu tapi adik lelaki bongsu tu kena bayar harga tiket penuh,takde diskaun.

Aku tak dapat hantar mak sebab en Abe pun nak 'terbang' awal pagi tu.kalau aku ada..konfem ada kejadian mak singa naik minyak semalam..silap2 masuk paper muka depan.huhu.Jadi cuma adik lelaki yang hantar mak.

Menurut cerita adik dan mak aku,ada sebuah bas dari syarikat tersebut waktu itu tapi bila mak aku hulur tiket tanya 'bas ni ke nak gi kelantan?' tapi dijawab oleh driver tersebut 'eh bukan bas ni.takde bagitau pun ada penumpang pagi ni.kalau nak naik jugak,makcik boleh gi pegi KL,naik bas kat sana,sebab saya tak balik kelantan hari ni'.hellooooooo,ko ingat dekat ke Seremban ke KL tu?minyak keta isi pakai air liur ke?kalau dah nak naik kat KL apa jadah beli tiket kat Seremban?

Masa tu adik aku dah panas hati.. kalau takde bas buat apa jual tiket?Sebenarnya adik citer dari beli tiket lagi dah ada adegan kelam kabut.Budak jual tiket tu salah tulis tiket .adik aku mintak 2 tiket pagi tapi dia buat 1 tiket pagi dan 1 tiket malam tapi setel kendian bila dah diperbetulkan oleh adik aku sebelum print tiket.Rupanya dah ada petanda awal.Okey berbalik kisah pagi semalam,staf datang bagitau bas lewat sikit mungkin dalam jam 10.30 pagi.

Ingat dah okey..lambat pun kena jugak tunggu tapi cerita belum habis,kendian datang lagi bagitau bas rosak.Boleh?tadi bas tak jalan sekarang bas rosak pulak.Memang penipu sungguh.Sekali lagi adik bising pastu dia kata ada bas tapi malam.Ni lagi satu,kalau dah nak naik malam..buat apa kami datang sekarang?dari awal kami beli tiket malam.

Adik aku suruh diorang setel tak kira apa cara pun.Last2 diorang tumpangkan mak dan adik aku naik bas Transnasional (okey..hero dalam citer ini ialah bas ekspres Transnasional ye kawan-kawan).walaupun sedikit tak puas hati sebab harga tiket bas Shamisha ni memang jauh beza mahalnya berbanding dengan bas Transnasional tapi takpelah,janji selamat sampai ke kampung.Gerak kul 9.30 pagi kata mak aku.

pilihlah bas transnasional :)

Petang tu mak call,tu dia..melambung mak aku puji servis bas transnasional ni..duk seat depan sekali dan driver pulak baik punya layan mak aku sembang.apa lagi..suka la mak aku.sempat lagi driver tu promo bas dia..katanya 'kami ni dah lama..walau sorang je penumpang yang nak naik,kami tetap ambik'..pandai abang driver tu.hehe

Lepas ni jangan harap aku nak bagi mak aku naik bas diorang lagi..baik naik Bas Transnasional,terima kasih ye sebab bawak mak dan adik saya pulang ke kampung dengan selamat.

Okey..tamat kisah mak aku balik kampung.Ada lagi kisah nak share ngan korang..kendian la ye ;) 

Comments

:: CIKVIVA :: said…
Huh!! Boikot bas shamisha tu....walaupun kita tak naik bas express...hehe
HeNRieTTa JoSe said…
Ooo...cm tu erk....rietta xbiasa ngn shamisha....
azieazah said…
Tak pernah dengar pasal bas Shamsina ni. Nama sedap tapi servis hampeh ya.

Yeah betul. Transnasional antara bas express yang bagus. Saya pun pernah naik bas ni.
Nieda Ramly said…
macam2 hal. Lama dah tak naik bas huhuhu
Dinas Aldi said…
Baca pun bengang, inikan pulak yg mengalaminya sendiri, adoi. Alhamdulillah selamat sampai ke kg jugak akhirnya.

Transnasional memang reliable la dik. Dari zaman akak student kat KL awal 90an dulu lagi dok naik bas tu.
Unknown said…
saya pernah naik bas shamisha ni dari KB ke Kajang... lembab giler weh... janji kul 9.00 pg bertolak alih2 kul 9.30 baru masuk stesen kul 8.00 mlm baru sampai kajang... mmg lembab
Yunus Badawi said…
Setuju dgn saranan awak. Kalau nak naik bas ekspress carilah kompeni yg dah established mcm Transnasional tu.

Kalau yg lain tu sekejap ada sekejap takde .... huhuhu
Lady Windsor said…
Irfa
hangen betul kalau kena deal dengan bus macam tu kan. kalau kena pada saya...harus saya report padal 'pengguna' sebab terang-terang depa menipu..
rumah kuning said…
tak pernah dengar pun nama bas tuh. org cakap bas nice (kalau tak silap) best. siap bagi mknn n minuman lagi atas bas.
suterazen said…

As Salam Irfa,

1st time gak dengar nama bas ni..TQ for sharing, leh wat peringatan bersama..mmg risiko kalau amik tiket bas yg tak established gini...penah gak time anak buah pompuan 1st time nk mai KL...lupa doh la apa ke namanya aihhh bas tu...mmg x glemer tp beli gak la kes dh x ada tiket bas lain...patut turun kat Putrajaya, dia turunkan anak buah kat KL katanya bas dh x g Putrajaya even ada 3 org yg nk turun kat Putrajaya...dh la anak buah tu 1st time mai KL, terkulat2 kat stesen bas jam 5 pagi...seb baik ada bas kampeni lain yg boleh tumpangkan dorang ke Putrajaya tanpa caj...bas hampeh tu wat dekkk je lepas tgn, betul2 x bertanggungjawab.
Leney said…
My dear Irfa,
Boleh bagi email address?
NenetPenne (NP) said…
tak penah dengar pun bas nama shamisha nih? tak penah dengar maknanya tak femesss..kalau tak femess tu silalah tutup yer jangan menyusahkan orang pulak...

mak akak kalau naik bas datang KL, dia naik bas MUTIARA atau TRANSNATIONAL jer...

bas2 lain sorrylah...
ZieMarziah said…
sejujurnya 1st time sy dengar nama shamisha..kenapa la teruk sangat service dorang,memang tertipu dengan website tu..

transnasional so far selama sy naik ok la, tak penah ada problem..setakat lambat setengah jam tu biasa la..

dulu kalau sy nak balik kelantan @ area pantai timur sy selalu naik bas mutiara dari kl,mungkin kat seremban xde service bas ni
Irfa said…
#cikviva..
dah lama tak naik bas.teringin jugak nak naik bas hantar kakak balik kg nanti.tgkla macam mana

#rietta..
pun baru pertama kali dengar nama bas ni.mgkin baru wujud

#kak azie..
igt tiket mahal servisnya tip top tapi hampa :(

#kak nieda..
saya naik jugak bas tapi dekat2 je kalau jauh tu dh lama x naik

#kak aidah..
ye betul..Transnasional dh lama cuma basnya dah tak berapa nak baru :) harap diorang tukar bas yg baru pd masa akan dtg sbb ramai yg suka dgn servisnya

#mystoryPic..
okey..satu lagi testimoni ttg bas shamisha ;)

#YB..
mgkin diorang ada buat byk perniagaan lain tu psl suka suki e buat customer mcm tu

#kak lw..
ramai hanya komplen belakang je.tu pasal dia berani buat.saya harap dgn menulis kat blog ni diorang ambil kisah dan harap takde lagi org lain terkena mcm mak saya
Irfa said…
#rumah kuning..
bas Nice?nanti nak gugel jugak.siap bagi air ye..dh mcm naik kapal terbang tu ;)

#suterazen..
itu lagi kes aniaya.sib baik takde apa2.kalau hilang anak buah tu mcm mana?aduhai..

#leney..
dah bagi emel kat kotak komen blog ke2 ;)

#kak net..
hahaha.kelakar la akak ni.tak gelemer tu pasal nama x penah dgr.i like 100x.Mutiara pun bagus juga.
sama la sezaman dgn Transnasional tu

#zie..
pun tak pasti Mutiara ada ke tidak kat Seremban..rasanya xde kot.
Anonymous said…
cik kak.. mintak maaf la menyibuk kat sini.. bukan nak support mana2 syarikat bas lah.. shamisha ke transnasional ke.. tapi shamisha ni bas yang banyak ke utara.. area selatan susah nak jumpa bas ni.. lagipon yang saya tau, servis shamisha ke pantai timur(kelantan, ganu, pahang) ada kat terminal bas putra kat kl ja.. dan minornya di seremban.. baru lagi kot area situ..jadi saya rasa ada khilaf kat situ.. maybe mistake dalam website tu kot... tapi saya nak bagitau, kat area kedah, penang, shamisha ini antara top ten la servis yangtiptop.. sebab saya berulang dari kedah ke kl tiap2 minggu.. and harga pon cuma rm38..dan saya sangat2 berpuas hati dengan shamisha ni.. cukup cepat.. cukup punctual.. lagipon saya rasa memang salah shamisha pon sebab sediakan bas yang x wujud.. memang respect kat transnasional sebab ambik walaupon sorang penumpang ja.. tapi biasa la kan, manusia ni, bila buat silap ada ja alasan dia, bas rosak la, bas lambat la.. nak lari dari masalah.. apapon ambik pengajaran la kan.. kalau nampak transnasional better, u can choose, itu hak kita... apapon, ini hanya pendapat saya.. salah silap harap tegur.. peace no war
mentua sya dlu kene jg dgn syrkt bus sanni..smpkn dia sumpah xbg 7 kturnan naik bus sanni..haha
minta ganti rugi kak, @ report kat aduan pengguna...
sityshaklee said…
Bus shamisha ni lau xsilap owner dia india.. Service mang la sgt hampeh. .Dinasihatkan jgn la naik. Saya sendri penah naik dr shah alam ke kangar. . 12 jam dlm bus.. Lepas tu bus akan menyinggah semua tempat. Sg.petani,alor setar,jitra,changlon,kuala perlis last bru kangar. Bus selalu dtg lmbt n xde sistem seat. Selalu beli amek single seat,tapi bila naik bus no dah xavailable.sapa cepat dia dpt seat tu. Memang anti bus ni. Please naik bus lain mcm transnasional yg lebih bagus service dr shamisha.. Pihak yg brkenaan tolong la awasi syarikat bus ni..tkot ada yg buruk trjadi..
|-MeOn-| said…
Memang silap. Bukan kalau tak silap. Owner dan semua staff shamisha org melayu kita. Saya bekas pemandu bas xpress shamisha
|-MeOn-| said…
Sitiamira. Mana awak tau shamisha owner india. Kalau tak tahu jgn buat tuduhan. Pi kat desa aman, kulim kedah. Tgk owner dia india kaa melayu. Saya bekas pemandu bas xpress shamisha. 100 staff opis dan driver bas melayu. Depa nie buat bisnes adik beradik. Yang bleh jadi masalah cam tu. Sebab shamisha tak pernah ada kaunter bas sendiri cam KTB Group. KTB Group = transnasional, plusliner dan Nice. So kaunter yg jual tiket tu depa ikut sedap saja jual tiket. Masa saya keja dulu selalu btengkar dgn org jual tiket. Dalam hal nie owner bas taktau semua masalah nie.
Unknown said…
semua bas ada masalah tersendiri..... ada keburukkan n kebaikkannya
nie suma ikot pendapat n pilihan sendri sama ada nk naiik or x kn???
so, klu ada masalah pihak pengurusan perlu la bertindak kn??
impossible la owner x taw benda ni.. ni kn business dy....
mesti dy nk yg terbaik kn
Aku penah naik... First time ok. Second time n third time mmg koyak... L
Smpai lambat giler nk pickup , pastu laju cam plesit sbb nk kejar time... Blacklisted.
Unknown said…
Pnh naik Shamisha dri Sp ke Kb.. Bas baru..double deck.. Bru tiga hari kuar dri kilang.. Sekali komputer sistem shutdown.. Tersadai kat bukit grik.. Dri tgh mlm smpai cerah.. Huhuhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t