Skip to main content

Ajaa,Peminat Ustaz Don Daniyal

tekak rasa tak sedap.
terasa bawang kat tekak.huhu
tadi kengkonon taknak makan nasi
so orderlah laksa penang
tapi kecewa..
dahlah kuahnya cair semacam
pastu bawang lagi banyak dari laksa
aku ingat jangan panggil laksa penang
letak je namanya 'laksa bawang'
huh..

Okey..sejukkan hati
dah lama rasanya tak citer pasal si kenit Ajaa

sekarang suka sangat makan nasi
kalau dulu kena paksa
aku suap dia buang balik
sekarang ni..kejap2 mintak nasi
'umie.aja nak asik
asik telo golen kicap'
ataupun
'asik ayam golen'
(telur goreng kicap @ ayam goreng) 

malam-malam teman aku atas katil baca buku/majalah
dia pun ada novel feberet
majalah Wanita bulan Januari
muka depan Ustaz Don Daniyal dan isterinya,Husna

'umie.mana majalah ajaa?'
sambil belek2 dalam rak buku aku
dah jumpa apa yang di cari
'yey..ini majalah Ajaa..Ustaz Don.
Ia ensem macam ayah' 
'hensem macam ayah' tu aku tak tahan dengar
siapa lagi nak puji kalau bukan anak dia ;)

Comments

Mak Piah said…
Irfa:
iyer anak ayoh.

x
makchaq said…
Amboi.. Ajaa, dah pandai tengok orang hensem.. Dah besar anak mak ni...
Kakcik Seroja said…
Esok Ustaz Don akan datang berceramah kat pejabat kakcik. :)
Acik Erna said…
bagus adik ajaa minat ustaz..boleh dngar cermah ustaz don hari2.
Aidah said…
Dah besar budak kecik ni lah. Makin comel. Rambut pun dah boleh ikat.
NenetPenne (NP) said…
oklah anak ayah yang puji, kalau jiran ayah pompuan yang puji ayah handsome, cemana?? heeee

nak asik dgn telo golen kicap jugak muleh??
Irfa said…
#MP..
si kecit ni mmg anak ayah :)
muka pun potostet ayah punya

#MAKCHAQ..
memula terkejut juga dengar bila dia kata 'ustaz don ensem'umur baru nak masuk 3 tahun dah tahu tengok org ensem ke tak ensem.alahai

#KAKCIK..
sampaikan salam Hajar pada ust Don ye :)

#AquMad..
apa yang betulnya?
dah mcm upin ipin lak.hehe

#KAK ERNA..
anak minat ust Don
umie minat ust Kazim ;)

#kak Aidah..
rambutnya itu mmg kena ikat
kalau tak mengerbang ;)

#KAK NET..
uik..jangan la usik saya mcm tu
huhu..
nak nasi telor golen?
telor mata kebau @ telur dadar?hehe
IndaMarya said…
memang anak ayah..lawak baca.
shida said…
hihihi... mcm anak saya.. kalau cantik... mcm umi, kalau ensem mcm abah.. hahahhaha
isme_cv said…
makcek ajaa suka ustaz azhar...huk aloh..
Irfa said…
#kak IndaMarya..
yang bongsu ni mmg 'anak ayah'
eh bongsu ke?hehe

#shida..
yes sebijik le tu
malu nak citer yg kalau dia tgk iklan safi rania modelnya rozita che wan tu dia kata 'itu umie'malunya saya disamakan dgn rcw,huhu

#cikviva..
umie suka ustaz kazim ;)
Lady Windsor said…
wahh kecik2 dah pandai ambik hati mak dan ayah ya, konpem anak kesayangan neh...:)

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...