Skip to main content

Biarkan Aku Sendiri dan Novel Terpakai

Morning fren ;)
Seronok cuti-cuti?
Cuti 3 hari tu (Sabtu,Ahad dan Isnin),cuma Sabtu je aku ada xtvt..(nanti aku citer ye) tapi Ahad dan Isnin melepak kat rumah je melayan kanak-kanak ribena terutama si kecit.kemas menan dia saje adalah dekat 10 kali sehari.aku kemas,dia sepah..huhu.penat weh bangun duduk bangun duduk dan aku juga sempat melatih dia kencing di toilet..nampak macam berjaya (jimat diaper 3 keping).

Sesambil tu aku layan novel.Sapa yang baca blog ni suka baca novel?sila angkat mouse..hehe.Aku tahu ramai yang suka baca novel cuma mungkin kekurangan masa je.Sebabnya kalau dah start melayan memang susah nak berenti (sama macam kalau layan drama korea).

Aku layan novel bertajuk 'Biarkan Aku Sendiri' hasil nukilan Siti Rozilah.Novel yang sangat tebal dengan 689 muka surat tu habis dibaca dalam masa satu hari.Sempat la si bujang aku bagi komen 'umie.tebalnya buku cerita ni.tapi umie baca satu hari je dah habis.sangat hebat'.

Novel bertajuk 'Biarkan Aku Sendiri'
kisah seorang gadis bernama Zawana yang serik dengan cinta lelaki
kali pertama cintanya di 'rampas' oleh teman baiknya sendiri
harapkan pagar,pagar makan padi

kali ke2,cintanya juga berkecai di tengah jalan
kerana ditipu seorang lelaki yang mengaku bujang
sedangkan sudah punya isteri dan 2 anak

selepas cinta ditolak,lelaki itu menggunakan ilmu hitam
bermacam dugaan berlaku

Namun cinta lelaki yang lebih muda darinya bernama Kyle
membawa sinar pelangi dalam hidupnya
walaupun pada awal tidak disukai oleh ibu kepada teruna pujaan

wah,macam ayat penulis novel la pulak
kih kih kih  

Ada orang minat baca novel tapi 'bajet tak berapa nak ada' jangan risau..dengan hanya rm5 korang dapat sebiji novel yang masih elok kerana tuan punya novel ini sangat pandai menjaga koleksi novelnya.Memandangkan tiada tempat untuk menyimpan koleksinya itu..beliau ingin berkongsi dengan korang semua..sapa yang berminat memiliki novel terpakai boleh ke sini-Novel Untuk Di Lelong yang berharga cuma rm5.Cepat cepat..siapa cepat dia dapat ;)

ni novel yang kawan aku beli
aku tumpang baca dulu
okey..kalau berminat dengan novel2 tersebut jangan tanya aku ye,sila ke blog NyahUdin..korang pasti terkejut kalau tahu siapa punya koleksi novel itu..hehe

Comments

-Sara- said…
kita sejak dh beranak 2 ni dh lama xlayan novel..skali layan mmg xingt donia laa..haha
Dr K said…
rajinnya..bagus...saya mmg tak baca novel...rajin baca blog aja...hahhaa
NenetPenne (NP) said…
wahhhh hebat..buku setebal 689 mukasurat habis dibaca dalam masa satu hari..ok, sila amik mana2 buku akademik...confirm 5 minit dah lelap... heee

tahniah untuk zawana kerana tidak menjadi seperti zakiah.... sebab? tak kahwin dgn lelaki yang kononnya bujang tapi sudah punya isteri dan 2 orang anak...syabassss!!! ha ha ha...
Irfa said…
#sara..
itulah pasal..last layan novel Setia Hujung Nyawa..member yg minat sama tu benti keje pulak.sekali dapat novel,tak kisahla novel lama pun..jd lah buat lepas gian ;)

#DZ..
dr suka baca novel la sekarang tukar hobi baca blog.senang tk payah beli novel,baca kisah manusia
siap boleh tambah kenalan lagi ;)

#kak net..
hahaha.sakit perut gelak baca komen akak ni.saya pun mcm tak percaya boleh habis baca novel setebal itu dlm masa satu hari,maklumlah..kenit dah pandai main sendiri ;)..ye betul.bagus si zawana tu.dia tahu tak kemana bahagianya bina mahligai atas airmata orang.wah emo disitu
Aidah said…
Baguslah buat camni kan. Macam recycle balik. Akak kat rumah ni dah banyak sangat buku sampai muntah lemari. Hehehe.
Irfa said…
#Kak Aidah..
dari bagi free kat lori paper lama boleh juga duit.saya punya dah lupa letak kat celah mana..bukan banyak pun.ada la satu kotak A4 tu
Lady Windsor said…
Irfa
kat rumah ada banyak novel baru, meh laa..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...