Skip to main content

Happy Besday Ichik dan Kenny Rogers,Kau dah berubah

Kalau sapa baca blog aku mesti perasan yang watak2 utama dalam cerita aku ni adalah aku (haruslah ada cerita aku,dah blog aku kan)kisah anak2 dan sesekali en abe.Watak selingan pula ialah cikviva dan ichik (mereka adalah adik2 aku).Kerana kami duk area berdekatan,maka sabtu ahad rumah aku adalah 'rumah tumpangan' mereka.Kalau diorang tak datang mesti anak2 aku akan bertanya 'hari ni cuti kan?nape makcheq/ichik tak datang?'.

Alkisah..Ahad yang lalu adik lelaki membelanja kakak2 dan adiknya mengisi perut di KR sempena pra-besdaynya (besday dia patutnya 8hb hari ni tapi jatuh pada hari bekerja..maka kami (kakak2 dan adiknya) memaksa dia bawak kami makan2 pada hari Ahad je..kisah seperti yang diceritakan di blog cikviva,gambar pun cilok dari blog dia.haha)

antara set yang kami order
takpe..aku tukang order
besday boy yang membayarnya ;) 
Macam biasa la..order,makanan sampai ambik gambar dulu sebelum makan.huhu(itu bukan aku..ada la orang tu..lalalalala)  makan-makan dan borak pung pang pung pang.Tapi aku ada kisah dengan en Kenny ni once upon the time.hehe.

Pertama kali makan KR ialah masa memula 'berkenalan' dengan en abe.Senang citer aku adalah budak kampung yang tak kenal fastfood pun sebelum datang ke bumi Selangor.eh lupa,penah makan kfc je kat Kota Bharu masa sekolah menengah dulu2.Lagipun masa tu kat kampung aku takde kfc dan segala cawangan fastfood yang sewaktu dengannya.Ni pun baru setahun dua wujudnya Kfc dan dengar kata Pizza Hut pun dah buka cawangan kat sana bulan lepas.Wah mesti en abe suka kalau balik kampung dah boleh menapau pizza.

Berbalik kisah aku dan KR,kali pertama makan KR aku adalah teruja yang amat.sedap sampai teringat sampai ke malam.Lepas tu banyak kali jugak la makan KR ni dan paling aku suka adalah muffinnya yang lembut gebu itu.

Tapi..kenapa ye masa makan KR tu ari..ayamnya dah tak macam dulu,sos pun sikit je.kalau dulu sos punyalah mewah giler sampai meleleh keluar pinggan.emm ker cawangan itu je yang macam tu?Apapun TQ Ichik sebab belanja kami makan ;)

SELAMAT HARI LAHIR KE 2* MOGA HIDUP DIBERKATI ALLAH DAN BERTEMU JODOH YANG BAIK2 ..last sekali 'next nak belanja makan kat mana pulak?' amboih..makan je kejenya ye

daaa

Comments

Hah, kan? Bukan aku je yg review KR tak best mcm dulu. Ko pun! Huh...
Irfa said…
#Fara..
ye,aku baca en3 ko tu..mmg niat nak tulis pun bila baca apa yg ko tulis..aku igt aku sorang je rasa cam tu.pelik betul
Unknown said…
sedapppnnyyaaa KR... tapi mahal. sebulan sekali belum tentu dapat makan.. hahaha
-Sara- said…
saya tak suka KR..k bye! hehehe :P
Lynn Huraiza said…
memang betul la...KR x sebest dulu...
Dr K said…
KR mmg saya dah ban..sejak portion nya makin kecik, ayam dah kering tak moist....tak berbaloi, mahal aja lebih
Skull Writers said…
ya ke dah tak best? aku dah lama tak makan sejak dari 2005... pasal dulu awek selalu belanja.. hahahaha

[ps]
Unknown said…
bestnyer adik beradik duk dekat kan
oooo....saya ingatkan saya yg dh 'membesar' sbb saya tgk makin lama ayam dia makin kecik...mcm tak cukup jer....dulu makan sampai tak terhabis....skrg makan rasa tak cukup lak...ahaks...
Acik Erna said…
Happy birthday ichik..semoga panjang umur..murah rezeki dan cepat bertemu jodoh

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...