adik no 3 yang dipanggil Ichik oleh anak2ku |
lunch time,sambil makan tangan menggugel penawar dan rawatan untuk demam denggi.kisahnya,adik lelaki no 3 tu baru balik dari kampung menghabiskan cuti tahunan.mak kata 'dah demam masa nak bertolak dari kampung' (aku siap kol 2 hari lepas suh kirim stok tempoyak sebalang dua tapi mak kata,adik xnak bawak sebab dia demam.lagipun naik bas..kang berbau tempoyak satu bas tu.aku bukan apa..hantu gulai tempoyak adalah dia..gulai tempoyak hari2 pun dia okey je).
ingatkan demam biasa2 je..tapi malam tahun baru katanya kat spital ambik darah..suspect demam denggi..eh risaunya hati.tapi dibagi ubat je tak tahan wad pun.semalam dia balik umah aku,memang muka nampak monyok habis..muka pun merah menyala sebab panas.
hari ni ke spital lagi..sekarang kat ER di Kpj Somban.macam2 petua aku baca kat google
-minum 100 plus (dah suruh dia minum semalam)
-jus daun betik (harap2 jiran sebelah tu ada pucuk betik)
-sup ketam
-blend epal hijau tanpa gula dan minum airnya
-minum air pucuk jambu
nanti akan aku usahakan salah satu petua itu
apa petua korang nak share..sila kongsi ye.
tq
Comments
Semoga Ichik segera sembuh sepenuhnya.
yang akak biasa dengar pun pasal makan sup ketam tu saja..yg penting kena minum banyak air..dan sentiasa update dengan dr..
minum air bnyk dan 100 plus berbotol-botol. sbb demam denggi takde ubat. kena tahan wad pun diorang masukkan drip air je. tapi hospital akan pantau la. doktor ambik darah hari hari tengok platelet.
selain tu wifey buatkan sup ketam dan kak lang buatkan rebus air pucuk betik. telan gak la wp pahit gile.
badan memang lemah la, sup tu utk beri tenaga.