Skip to main content

Puji-Pujian Dari Cik Anon

Salam Jumaat..Aku keje.Korang cuti ke keje?Kat opis pun ramai yang keje..mungkin simpan nak cuti lama sikit pada CNY bulan Feb nanti kot.

Hari ni kafe tutup for renovation.so aku dah siap2 bawak bekal dari rumah sebab malas nak menapak ke bangunan sebelah untuk bekfes.Aku ni senang je..asal kenyang,apa pun boleh.

Meh nak citer satu benda..



Tengok ni?Dulu2 jarang dapat 'puji-pujian'dari cik anon ni.Kalau ada mungkin beberapa bulan,ada la satu yang sesat kat kotak komen aku.Tapi sekarang ni makin kerap.Setiap hari tak kurang dari 10 komen dia.Semak je tau..

Saya tak suka di puji (di keji lagi lah tak suka..mintak jauh la)..saya kan pemalu
Sekian..

Comments

Yunus Badawi said…
Oh cik anon tu pun rajin memuji blog Irfa ke? Kat blog saya pun dia datang ..... huhu
Irfa said…
#YB..
dulu jarang2
sekarang makin kerap.
takutlah saya..takut akaun kena hack
pB said…
Assalamualaikum Irfa


kak pB krijo jugok hari nie.
Blog kak pB pun sejok duo menjok ni ada MS/MR Anon hok dok rajin manghi jalae. Pah tu tinggal komen hok boleh menimbulkan fitnoh.... Dio tak krijo barakali ....
Irfa said…
#kakpb..
oh oghe ada baca satu komen kat blog kakpb tu ari.sekali baca pun oghe buleh rasa mcm 'sesuatu'.tapi kalu komen bahasa melayu tu mgkin la ada oghe yg kita kenal sekodeng.tulis bhs omputeh ni takut kena virus je
Unknown said…
mungkin cik anon tu pakai auto komen kot..
NenetPenne (NP) said…
ayat standardised, entah2 siapalah tu... spam spam....
mummY daniSha said…
erkkkk mcm pelik sgt jee
4feet8 said…
mcm spam je tu irfa..
sy pula. smlm makan 2 sudu nasi lemak je spjg hari. harini? donat sebiji dan jambu potong sebelah.. makan semua rasa pahit..
Irfa said…
#aQuMad..
semua orang dapat komen serupa.mgkin 'copy paste' je kot ;)

#kak net..
terus membayangkan 'awang hitam' haha
tak baik menuduh kan..

#mummy danisha..
mmg pelik.sihat kamu?lama tak datang.hehe

#4feet8..
kenyang ke?kalau saya tak main la sudu2..pinggan terus ;)
esok ada org rekues mintak nasi lemak utk sarapan
Lady Windsor said…
ahahaaa Irfa akak pun selalu dapat komen cenggitu..ntah hapa hapa depa tu kan..
isme_cv said…
hari2 ade komen dari cik anon.. semak je..tak suke komen/pujian dari cik anon..walaupun belog sy tak ramai pengomen tapi saya rela dari dikomen oleh cik anon yang ntah sape2 ntah...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...