Skip to main content

Cuti Hari ke 2:Adik Batuk,Pacat,Melawat Nenek

Okey..sambung lagi kisah balik kampung

Hari ke 2..Jumaat

Malam itu tak berapa lena tido..nasib baik aku dah tido awal.Si kenit asik terjaga kerana batuk.Berlaku sedikit drama 'kena paksa makan ubat' eee sabor jelah.Maka 'sleep-sleep chicken' aku malam itu.Anak oh anak..

Pepagi selepas Subuh,mak balik dari surau dengan sarapan nasi lemak dan nasi kerabu,pilihanku seharusnya nasi kerabu lah ye.Lepas makan,si kakak dan si abam ikut mak aku ke kebun getah..tapi tak sampai setengah jam dah berlari balik rumah.kata si abam 'abam takut pacat,dia geli sangat' apalah abam ni,kata anak jantan.Pacat pun takut.

Bila mak balik dari kebun,aku dan anak2 ikut mak ke gerai kakak sepupu yang berniaga kedai makan..mak sebenarnya tunggu lori ikan kat situ..so sempatlah kami menjamu selera di gerai kakak sepupu.Aku makan nasi kerabu lagi.Argh..............takutnya saya dengan selera makan yang menjadi2 itu.

Tengah hari pulak,ikut ayah yang nak ke masjid solat Jumaat,ayah turunkan kami kat rumah pakcik untuk melawat nenek (nenek aku duduk dengan adik lelaki mak aku) tak jauh pun.dalam 10 minit naik keta.Sempatlah kami makan tengah hari kat rumah pakcik sementara tunggu ayah abis solat Jumaat.

Petang tu..si kenit tido,lega sikit..baru aku ingat nak lelap sekali tapi mak pulak ajak join grup wanita baca Ya'sin kat surau.layan jelah..bukan selalu balik kampung.Aku tengok banyak betul aktiviti mak aku ni.Nanti aku citer bab ni lain kali..di surau,sempatlah beramah mesra dengan makcik2 yang dah lama tak jumpa.

# sebenarnya aku selalu balik kampung paling lama pun 3 hari..ini kali pertama aku balik lebih dari 3 hari.Balik kampung kali ini aku banyak mengimbas kembali kenangan semasa membesar di kampung.

Comments

pB said…
che abe ok ker dok lamo lamo ?
Ratu Hatiku said…
Takut jugak dgn pacat...pernah tgk skali jerk seumur hidup hihihi
Kakzakie Purvit said…
Di kampung biasalah bila ada cuti panjang mesti ada majlis tak besar tapi takat yasin dah tahlil mesti ada...
Unknown said…
bestkan balik kampung ? he.. akak orang mana? kelantan ka? :)
Ina Mohamed said…
irfa, bunyi mcm banyak jer aktiviti kt kampung tu. dh mcm YB melawat kampung jer, hik hik hik.

eh, abam takut pacat...maknya tak takut kerrr? hehehe...
Unknown said…
musim tak sihat skrg nih...huhu
azieazah said…
Bestnya balik kampung apalagi bila mak ayah ada banyak aktiviti. Tak larat kita nak ikut.

Cumanya, anak kecil kadang tak tahan dgn cuaca kampung tu yang selalu tak selesa.
Nieda Ramly said…
panjangnya tajuk hari ni ...hihihi
Irfa said…
#kakPb..
cik abe kijo.kelik nga anak2 je

#Ratu Hatiku..
apa nk tkut kt pacat.dia cuma nk darah kita sikit je..x smpi pun setitik.hihi

#kak zakie..
ye kak.kt kg mmg byk xtvt bermasyarakat.lgpun di kg kebykkan adalah bersaudara.kita di bdr sibuk kje kdg2 sebulan x jumpa jiran sblh rumh
Irfa said…
#AquMad...
bukan selalu blik kg.jd sesekali balik tu harusla enjoy..ye dik.kg akak kt kelantan

#Inaku...
hehe.Yb kena la melawat kg.mklum pilihanraya dh dekat ni.umi tk takut pacat.sbb masa kecik dulu kami besfren.hihi
IndaMarya said…
Irfa, jgn kata budak2 , aunty pun takut dgn pacat, sekali dia hisap darah kita banyak tau, bukan snang nk dpt balik tu..lepas tu senyap2 pulak tu, bukan kita sedar pun dia melekat kat kulit..tengok2 dah kenyang..
Irfa said…
#PM...
rasanya ye...blik tu ank jiran,kmbarnya dua2 masuk wad sbb demam n batuk.paling cepat effect budak2la

#kak Azie..
kg mmg byk xtvt.kita pun bukan selalu balik.ini lah msa nk tunjuk muka pun.duk trperap dlm rumah apa pulak kta sedara mara.budak2 mula sampai mmg gelisah sikit terutama sikecit.wpun negara kita cuma 2musim.hujan dn panas tp bila bertukar kwsan mesti budak2 ambil msa nk sesuaikan diri :)
sweetie said…
Pacat? eee... saya pun takut... kalau dah melekat.. susah nak tanggalkan... tapi anak perempuan saya Ojet tak takut... selalu pergi camping... kalau pacat lekat di betisnya dia cakap biarkan saja... nanti kalau dah kenyang dia tanggal sendiri... eee....

Selera makan menjadi-jadi... ada apa-apa ke Irfa... ehemmmm!

Nanti kalau saya dah tua macam mak Irfa (eleh! macamlah saya ni muda...he..he..) saya nak beraktiviti macam mak Irfa juga..
Rumah Kuning said…
balik kg mesti makan dgn berganda2.dah tahu dah... hehehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t