Skip to main content

Cuti Hari Pertama:Terbang Pulang

#TQ sebab korang sudi ambik hati aku,kengkonon macam berminat nak baca kisah macam mana aku menghabiskan cuti 7 hari itu.Padahal,kalau korang tak nak baca pun aku tetap akan tulis dan bercerita jugak..MyBlog Is MyDiary Too.hehe

Okey..kita mulakan dengan perjalanan pulang yang adalah sedikit mencabar kerana 2 malam sebelum pulang ke kampung,si kenit di serang batuk 'kong-kong'..hehe.itu kong-kong bunyi batukla..sedikit selsema juga datang menziarah.nak bertukar bulan barangkali.macam baby la pulak ye..Tapi mengenangkan hati sudah terbang ke kampung..maka ku gagahi jua pulang ke kampung walaupun anak kurang sihat.Kalau tak kerana ada sorang lagi anak yang menunggu di kampung sana,mungkin aku dah kensel plan balik kampung itu.Tapi..demi anak-anak,ku gagahi jua..

Perjalanan pulang KUL/KBR ialah pada hari Khamis (7 Feb) dengan penerbangan jam 10.35 pagi.wah detail sekali informasinya..flight memang fully book kerana ramai nak balik kampung for CNY tapi ada rezki kami untuk menyelit.Alhamdulillah..



kenit yang meragam..tak sihat
Mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Kota Bharu jam 11.35 pagi dan batuk si kenit makin menjadi-jadi.Adohai..malas nak buang masa ke Bandar Kota Bharu (sepatutnya kalau nak jimat..ambik taxi ke bandar KB dan dari KB naik bas ke Kuala Krai) tapi memandangkan anak tak sihat,ambik terus taxi airport ke Kuala Krai..tambang taxi ialah rm99 dan aircond nya amat mengecewakan.huhu.dah cakap kat driver tapi mungkin dia ada masalah ekon agaknya..lepas komplen ada la sikit rasa ekon tapi tetap jugak panas.

Jalan adalah jem kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan,di setiap sekolah penuh dengan kereta yang mengambil pelajar pulang dari asrama.Perjalanan yang sepatutnya ambil masa 2jam menjadi 3jam,ditambah pula dengan kereta 'pokcik-pokcik' bawak kereta sambil makan angin.Masuk dan keluar simpang tak bagi signal.huhu.Berlaku juga kejadian dimana taxi yang kami naik hampir mencium bontot sebuah myvi yang tetiba nak masuk simpang.Alhamdulillah..tiada kejadian buruk berlaku.

Sesampainya di pekan Kuala Krai,ayah dan ma tak dapat ambil kami sebab ada kenduri di GuaMusang dan aku pun taknak susahkan sesiapa..ambik prebet sapu ke kampung.Selamat sampai kepintu rumah ayah bonda jam 3.45 petang..kepulangan kami disambut riang oleh puteri sulung,si kakak.

Malam itu..aku tido awal,si kenit dengan batuknya tapi ligat berlari sana sini.Maklum rumah kampung itu luas..boleh main badminton dalam rumah.Ntah bila dia tido pun aku tak tahu.huhu

Okey..sambung kisah esoknya di episod akan datang #kalah drama Setia Hujung Nyawa siap ada episod lagi.layan...........

Comments

bangsawan nilai said…

karangan "pengalaman cuti raya cina saya" oleh irfa dah start...hahaha
:: CIKVIVA :: said…
Igt naik bas cm biasa....makcik kayo lah naik taxi airport tu....
Ina Mohamed said…
ni baru intro.... mesti banyak cite best kan? cite shopping mungkin? hehehe...
Unknown said…
Va va vaaa..

Ahli jemaah Cik Asben rupanya. Tapi Kelantan tu kalau x cuti pun jln tetap jln jem.

Anak2 K.Sham mmg ngeri kalau kena ambik teksi sana. Yg selalu jd bahan komplen mmg ekon la. Byr sama mahal tp service ala kadar.

Ni pun tgh riki tiket balik raya. Ishhh.. malu.. posa pun tak lagi, tp tang raya dah beriya.

p/s;
Bebudak ni mmg suka balik sana.. blh main lelayang kt PCB, Pantai Irama.. then bbq kat Tok Bali.

NenetPenne (NP) said…
ooo duduk kuala krai rupanya...

dari naik flight, amik teksi pulak ke KKrai pastu sampai pekan KKrai kena naik teksi lain pulak untuk sampai ke rumah...

perghhh jauhnya....

akak lebih suka tengok si kenit tu pakai jeans dgn tshirt mcm gambar cik viva amik last time tu....
NinaAz said…
Ohoi... negeri sayaaaa ♥
Irfa said…
#BN..
hehe.dh lma x buat karangan ni.mna pendahuluan,isi penting dan penutup..main belasah je

#CV..
mak incik pejam mata jelah bila igtkan ank x sihat.malu nk heret ank yg batuk kong-kong tu naik bas.huhu
Irfa said…
#Ibu Sham..
sekapal ngan cik abg akaj ke?
tp mmg la..musim cuti apa pun di klantan..jem mmg xleh elak.tp ada org brjanji,klu dia menang Pru nnt nk bina lebuhraya dr krai-kb.hihi

anak2 akak sma cm anak saya..suka sgt bila sebut balik kg umi.mklum atok dan nenek belah ayah duk cheras je
Irfa said…
#Ina Ku...
mmg byk citer tp citer soping mmg xde..ini mmg lawatan Yb balik kg.hihi
Irfa said…
#KakNet..
ye kak.kg sy mmg jauh dr apt.klu dekat mcm rumah akak tu.tiap mggu sy balik kg.tiket flight lg murah dr tmbang taxi tau.huhu

kenit jd gegirl sikit sbb baju tu makcik dia bagi..baru sekali pakai dh ketat.tu yg sarung jugak tu..mmbazir je smpan lma2 pastu x leh pakai
Irfa said…
#NinaAz..
ye ke?samalah kita.
meh tepuk pngakap ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t