Skip to main content

Misteri Kipas Berdiri

Korang..ini ada cerita seram sikit.Sikit je takdelah seram macam citer hantu korea tajuk Ju-On tu.Korang tahu tak kipas berdiri?ala...kan ada banyak jenis kipas

~ kipas siling-yang tergantung kat siling rumah tu
~ kipas berdiri-yang sama cam kipas meja tapi tinggi sikit
~ kipas meja-adik sepupu kipas berdiri

tara
ini dia berdiri,tak penat ke berdiri 24jam?
tak kelakar.huhu  
Ni kisah aku masuk surau tadi..sensorang je takde sapa dalam tu.elok aku nak tanggal tudung,kipas berdiri sebelah aku tetiba berpusing laju .Muskil dihati 'eh!sapa pasang ni?' tapi aku abaikan..ambik wudu' cam biasa,elok tengah basuh kaki.kipas tu benti pulak.Hati ada sedikit cuak.Nak sedapkan hati aku cakap pada diri sendiri 'wah!hebat ye kipas ni.ada sensor.tadi aku berdiri sebelah sebab tu dia On..sekarang aku duk jauh,tetiba Off pulak'.

Pegi kat kipas tu dan buat aksi 'pergerakkan' ...acu tangan kat kipas 'hello hello' tapi no respon.alahai..

Cecepat solat dan meninggalkan surau dengan tanda ??? yang besar di kepala

Korang ada kisah seram sila kongsi ye..
#pasni nak gi surau ajak kawan le..

Comments

Hanis Azla said…
ishhh.. seram tu.. tapi sebab dalam surau tentu masih boleh cool lagi kan..
Anonymous said…
he he he mmg bayk kisah seram dalam blog KA !
Nick Nashram said…
kat surau pun ade penghuni jugak tau..huhu..mana la tau kot2 jin islam ke.
Nieda Ramly said…
dalam surau ada hantu baik ...tak pa jgn takut... hehehhe
isme_cv said…
takpe..kat surau tu biasanye jin islam..huhu
surau barukah??
makchaq said…
Suspen jugak ek..kat surau mana? kat ketibaan tu ke?
Unknown said…
hmmm...ada tak orang lain yang mengalami masalah yang sama..??
Irfa said…
#kak hanis azla..
kerana kat surau la saya berani
kalau dlm toilet lama dah saya cabut
hihi

#KA..
saya x mau ada deria ke6 tu
jgn muncul depan saya cukuplah

#Nick..
yelah kot
dia pun makhluk Allah

#KAK Nieda..
tak nak cakap besar
tp sy fikir mgkin kipas tu ada karan shock kot.hihi

#CV..
ha'ah
surau baru

#MakChaq..
eh taklah..bukan surau terminal tu
ni bangunan lain..staff je kat sini takde penumpang boleh masuk

#PM..
dah tanya kawan2.. baru tahu ada kisah lain.huhu
sweetie said…
Pembetulan, bukan hantu baik. Hantu mana berani masuk surau... malaikat tu!
Ann Ishak said…
kalau saya, mau dah tak kusyuk solat...dada berdegup kencang
*SiRibenMerah said…
ngeri! erk... seb baik leh solat tenang..
HeNRieTTa JoSe said…
errr....takut jugak klu rietta yang kena...
Lady Windsor said…
Irfa
Akak guna kipas jenama KDK kat rumah. Kalau ikut iklan ia akan cut off the current automatically kalau berlebihan..tapi yg akak heran akak dah lama guna kipas tu baru dua tiga hari ia off dan on dgn sendiri specially time masak air guna kettle kat extention yg sama...suspen gak kan tapi buat2 tatau sebab tak de tempat dah nak lari...huhu...sadis!

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...