Skip to main content

Perut Buncit Sebelum Datang Period

psttt
 #pandang kiri kanan takut ada orang tengok
meh nak bisik
eh!kaum Hawa je tau,kaum Adam sila main jauh-jauh

'betul ke,perut akan buncit bila nak datang period?'
aku tak perasan pun sebelum ni
yelah..sedar diri
perut pun dah tak leper dan rata macam zaman anak dara

2 hari lepas aku sangatlah risau
siap ada drama lagi dengan en abe

'bagaimanakah perasaan mu wahai kanda
jika dinda mengandung lagi?
sebabnya dinda sangat risau
kenapa agaknya perut dinda ni begitu buncit sekali
memangla tadi adinda makan nasi
lepas tu topup pula dengan sepinggan char koew teow
tapi takkan kerana itu perut dinda begini jadinya'

dijawab oleh nya

'adinda pasti?kalau mengandung
kita terima sajalah
dah rezki Allah nak bagi'

jawapannya itu buat aku nak menangis di belakang pintu,huhu
masih ingatkah korang dengan entri ini

tapi tunggu kejap
jawapannya dah 'datang' tadi
takde apa pun
no ... yillek
kata kawan
dia pun begitu
'perut rasa macam masuk angin
buncit macam peknen bila nak datang period '

kalau ada pun aku dah redha sebenarnya

Comments

Kakzakie Purvit said…
Dah suka-suka en abe tu kalau tambah tapi sayangnya bendera merah pulak berkibaran ye...

Kakak tak perasanlah pulak buncit ke tidak sebelum mens..
QasehnyaRania said…
betul kadang2 suspen je tau..tgk2 ala period pula..keciwa tau
Tengkubutang said…
heee.. betul.. mmg sebelum period, popuan akan ada simptom2 perut buncit 2.. tp bila dh abes period dia surut lea.. heee..
Aku selalu rs perut kembong bile nak period. Mulalah rs diri ni mcm gemuk sesangat. Adehhh!
Unknown said…
Ho ho hoooo..
Sekapal la kita ya..
Hanis Azla said…
akak mmg perasan.. setiap kali nak period perut nampak lebih buncit dari biasa.. he..he.. lebih buncit ya sbb mmg buncit pun ha..ha..
Rumah Kuning said…
cer ukur sekarang berapa inci. lepas period nanti, ukur balik. berkurang ke tak? hehehe
NenetPenne (NP) said…
perut muncit?
gunalah fellina inchloss...
sweetie said…
Kalau setakat buncit je tak pa... ni yang tak tahan sakit kepala bila nak period... sampai period habis baru sakit kepala tu hilang...
asyifamustaffa said…
ye2....mmg ada mcmtu...sy la...hehe....kadang sblom dtang peyed selalu gitu....:-)
Nieda Ramly said…
tunggu apa lagi irfa , adik pun dah besar .
ZieMarziah said…
perut sy mmg akan muncit sebelum bendera berkibaran..
fieda said…
ye mmg camtu..kak fieda pun gitu jugak..
izawani said…
Akak memang perasan lama dah... bila nak period, rahim mengembang katanya... (rasanya memang ada logik sains nih) atau pun apa tah term yang mereka gunakan.

Apa apa hal pun, kembung tu memang satu hal juga.

Tapi, untuk rasa selesa, pakai jer bengkong... esok pagi dia kempes balik la... petang tu buncit... malam pakai lagi... hehehe... (mengelakkan kembung !)



:: CIKVIVA :: said…
tggu jelah anak buah ke enam....cukup kuota 5 orang.. :)
Unknown said…
salam...ada bby baru..wow..best nye! hahahaha.
Leney said…
Samalah dengan saya. Buncit dan masuk angin dua, tiga hari sebelum period. Siap ada simptom lain lagi :- malas nak solat. Itu tanda period dah dekat.
Mulan said…
sama laa.. kalo nak mai dah tu, semua pon datang... perot kembong moncit, loya2, pening ala2 morning sickness... pastu angkat bendera merah..
HeNRieTTa JoSe said…
Hehehe....saspen kan....
Luna said…
hmm sama la.dr zmn anak dara pun mmg perut jd buncit bila nk period.maybe dinding rahim menebal perut pun tebal lah.breast pun jd besar jugak.kihkihkih
MizzTina said…
ye btl, perut sedikit buncit sblm dtg bulan..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t