Cuti Hari ke 7 -Rabu
Setelah 6 malam bermalam dengan kakak,tibalah hari untuk pulang.sob sob sedih nak tinggal kakak.Pepagi ayahanda dan si kakak hantar kami 3 beranak ke stesen bas untuk ke bandar Kota Bharu.Bas bertolak dari stesen jam 8.00 pagi..hujan masih renyai-renyai nasib baik tak lebat macam semalam.kata abam
'masa solat tadi abam dah mintak doa supaya tak hujan'hehe..
|
bergambar dengan atok sebelum naik bas |
Perjalanan naik bas dari Krai ke KB ibarat makan angin.nasib baik ekon okey.si kenit dan abam sempat lelapkan mata.tepat jam 10.00 kami tiba di Stesen Bas Kota Bharu.awal lagi so sempat lah aku menapau keropok segera yang peket2 itu dengan 'etok'.haruslah membeli 'etok' kalau singgah di stesen bas itu.
Plan nak ambik bas je ke airport tapi bas baru je jalan..lambat la nak tunggu next trip..so naik je taxi.rm20 dari kb ke airport.sampai je airport ke kaunter untuk masuk nama.tu dia..harapan adalah tipis.ada ramai yang dalam 'senarai menunggu'
(waiting list/standby) untuk flight 12.30 tengah hari.
Sementara menunggu jom makan kfc
muaknya aku ngan kfc huhu kat tingkat 1 tu,sebabnya situ ada playground.anak2 wajib ajak ke situ kalau di airport kota bharu,sambil makan..sambil baca doa moga ada seat untuk kami anak beranak ke klia.
Namun harapan tinggal harapan..boleh lepas 2 orang je.Takkan aku dan kenit pegi tinggalkan abam untuk next flight?mana mungkin begitu..aku decide si abam pegi dulu,aku dan kenit tunggu next flight 4.30 petang.tak boleh pegi sama2 takut semua tak balik nanti.
Menitik jugaklah airmata abam sebab pertama kali naik flight tanpa sesiapa.Bila pujuk cakap
'ayah tunggu abam kat sana.jangan takut'..alhamdulillah..abam sampai dengan selamat ke klia.mak aku pulak yang risau cucunya naik sorang2..apa nak risau..itu direct flight je pun bukan singgah mana-mana.
Penantian memang penyiksaan..menunggu next flight jam 4.30 petang dalam debaran.Ramai sungguh orang nak balik ke klia hari itu.Aku bukan ada sedara mara di KotaBharu untuk menumpang tido kalau tak dapat flight balik.nak patah balik ke kampung pun bukan dekat2 perjalanannya.
|
memang tak duk diam
|
|
ni masa sebelum 'hujan turun'
last2 elok je naik flight sorang |
|
feminin tak saya?
adoi |
|
hai..peace yo |
|
1,2 go... |
Dipendekkan cerita..dapat jugak aku dan kenit balik dengan flight 4.30 petang.Syukur yang amat.
Sekianlah sudah kisah 'pahit manis' balik kampung di musim perayaan..Orang kata
'balik lah kampung sementara masih ada orang tua.kalau mereka dah takde,apalah ertinya balik kampung itu'....
Comments
teratak buruk ambo tak jauh mana dari airport kb, boleh je nak bermlm. hehe
Last year balik ngan keta motip nak ronda bandar T'ganu & Kontan.
This year.. ntah la.. maybe flight.. maybe drive jugak..
Biasa je.sbb tiket murah.klu tiket mahal dlm mimpi je kot.tp sayang satu je...jauh sgt apt tu dgn kg saya.klu dekat mau tiap mggu blik kg
Hujan itu rahmat ;)
Dia mmg suka baju kurung
'baju raya'katanya ;)
Klu mak ayah dh xde..balik kg setakat nk jumpa sedara mara mgkin lain rasanya.
Rumah akak dekat dgn apt ke?bolehla mnumpang mandi lain kali klu terjadi kes tkde seat.tq utk offer itu ;)
Funland ke org panggil?tpt tu kecik je tp bolehla takat nk buang masa mnggu.klu blik dgn family ramai2 lebih baik naik kereta boleh jln sana sini.tp klu naik flt pun boleh sewa keta kat apt je...
Lma dh ada kfc tu.rasanya sejak ank sulung kecik lg.apt tu 2tgkat je..bukan besar mana pun.mgkin tersorok sbb duk tgkat atas.kafe kt bwh tu sy suka mkn bihun sup tp kdg dpt daging liat.sakit hati je
You have very cute kids, love the young girl and her not keeping still, ha ha, very active. She having fun.
And yes, its good balek kampong keeping in touch with family.
I have not balek kampong 15 years. Tengok la maybe next year.
Have a nice day.
Lee.
welcome ;)
sudah lama ye rasanya Uncle Lee tak singgah blog saya.tq sudi tgglkan komen
oh uncle pun penah ke sana ye?si kecil tu mmg aktif.bosan agaknya menunggu lama di airport itu.
ya rabbi budak kecik tu..baju dah lawa tapi ha ha ha..feminin sungguh gayanya...
sib baik ada kosong seat kan? kalau tak, nak ajak pi rumah pun, akak tak balik kampung... kalau tak, boleh jer datang umah akak kat KB tu...