Skip to main content

Sila Salahkan Alarm Itu

Salam Isnin..

Hari ni adalah sedikit menggelikan hati.Salah set alarm.Ingatkan dah kul 6.00 pagi.maka aku bangun..mandi,gosok uniform sekolah abam dan baju kurung untuk aku.Turun bawah masak air.naik balik kejut abam bangun.

Si Abam bangun..mandi dan solat subuh,pakai baju dan turun bawah.Sekali masa aku nak angkat takbir..dengar suara en abe 'abam..cakap ngan umie.baru kul 5.45 la,belum subuh lagi' alamak..kensel nak solat subuh..pastu aku gelak macam mak lampir atas kesewelan pagi ini.huhu.

Huh rugi..rugi,apa nak buat ni?capai surah Ya'sin..abis baca,baring semula dengan telekong tu tunggu solat subuh.Si abam pulak sambung tido dengan uniform sekolah kat sofa.

Tapi dalam menunggu azan sempat gak lelap..sib baik terjaga jam 6.30 pagi.Kalau terbabas jam 9.00 harus abam ponteng sekolah dan aku lambat gi keje



Sekian kisah salah set alarm ;)

Comments

NinaAz said…
Saya pernah kena. Set jam nak bangun sahur. Tp tgk2 set lepas subuh. Adeiii
Acik Erna said…
memang ditakdirkan tersalah tu..biar bangun cepat he he..akak tiap hari memng bangun kol 5..walau pun tak de anak sekolah dok rumah..
makchaq said…
Tercepat tak pe... jangan terlambat..
Ratu Hatiku said…
hihihi....nsb baik en. abe bgtau ya..
Kakzakie Purvit said…
Kesian pada Abam tu yg kena kejut sebelum subuh..
Unknown said…
pernah juga tersalah set alarm...kelam kabut sebab dah terlewat utk ke tempat kerja...huhu
Rumah Kuning said…
kita pun penah jadi mcm ni. hehehe sabo je.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...