Skip to main content

Simpan Duit/Barang Kemas Dalam Laci Pejabat

Tadi dapat berita dari 'seseorang' (nama adalah dirahsiakan atas faktor kesejahteraan sejagat) katanya 'kecoh satu opis pagi ni..ada kecurian kat opis.drawer kena kopak dan ramai yang kehilangan duit yang di simpan di dalam laci pejabat'

Aku rasa ini bukan pertama kali dengar berita macam ni.Kenapa ye simpan duit dalam laci opis?Tapi aku ada buat survey..antara sebab yang di kenal pasti oleh pakar tak bertauliah kenapa ada orang simpan duit dalam laci opis ialah:

  1. dia memang pegang jawatan untuk memegang duit bagi kegunaan pejabat (cth:refreshment untuk meeting kena la ada duit stanby untuk beli air/karipap masa meeting)
  2. dia pegang duit kutu ..nak masuk bank leceh kot.so letak dalam tabung ayam dalam laci je senang katanya.
  3. simpan kejap dalam laci sementara nak cari masa yang sesuai esok lusa baru nak pegi bank.
  4. simpan duit/barang kemas dari pengetahuan suami/isteri (selalunya isteri la..suami jarang kot)
kalau atas sebab no 4 tu..agak2 nak ngadu ngan sapa ye bila duit/barang kemas hilang?dah tentu tak ngadu kat suami kan?takut nanti dapat pepatah 'paku pulang pada buah keras' (sampai sekarang aku tak paham apa kaitan paku dengan buah keras tu)

tapi apa pun..sangatla tak bermoral pada si pencuri yang buat keje macam tu..nak pulak opis itu memang orang luar tak boleh masuk..so sapa yang harus dipersalahkan?nak tuduh kengkawan takde bukti..tak pasal-pasal kalau salah tuduh boleh putus kawan.

Korang pun ada ke buat akaun bank dalam laci opis ni?

Comments

Acik Erna said…
ooohhh tidak..pernah kene juiga..walaupun yang hilang bukan duit sendiri
tak ada simpan barang2 berharga kat dlm laci opis..duit ke..takuttt
macam2 boleh terjadi...
:: CIKVIVA :: said…
kesiannya kalau tu duit kutu or duit kelab..jenuh nak menggantikan..
Idak le simpan duit dlm laci opis. Arghhh...pnh tertinggal duit rm2 atas meja opis. Esok pg tgk, lesap..hahahaha! Halalkan jelah....
Ratu Hatiku said…
selalu simpan duit syiling je dlm tabung kt ops lain2 mmg xpernah...
Rumah Kuning said…
kat bilik guru pun penah berlaku. dtg2 pagi, habis dah berterabur segala barang terutamanya laci yg berkunci. baik takyah kunci. jadi, dia ingat takde brg berharga n dia takde geledah sesungguh hati. hehe
bangsawan nilai said…
akibat akauntan kami kena hal mcm nilah dulu, opis aku skrg dipasang cctv....
huk aloh!
Munn Jaafar said…
eyyy never never never!! lgpun laci den mmg tak pnh bkunci.. :p
Unknown said…
aku simpan coin je.. ru pun berapa posen.. kejap2 korek.. haha
Mulan said…
innalillahi wainna ilaihi roojiun..
||aLeaSaRa|| said…
awatlah smpn dlm laci,mgkn ofcemate tkt nk bw duit byk2 dlm purse kot.sapalah yg pjg tgn tu adeihh...
NenetPenne (NP) said…
buat solat hajatlah senang kan.. nak tuduh, kita tak tahu siapa yang buat tapi kalau access ke situ cuma kakitangan jer, maknanya kakitangan lah yang buat kerja tu..

kes mcm ni maknanya orang tu dah lama perati, bila masa sesuai dia buatlah kerja tu...

mata manusia dia boleh lepas, tapi esok kat akhirat, menjawablah... tu jer..
kakLuna said…
aku dulu mmg keja pegang duit so mmg ada petty cash dlm laci.

skrg ni duit dlm laci sbb budak2 byr duit persatuan la, duit kelas la...duit beli majalah la..dan..duit jumpa. hehe
Orga said…
apa lagi...hari-hari pasang lagu or ceramah pasal masuk neraka sebab mencuri, mesti tak lama orang tu tak boleh tahan punya...
Unknown said…
Si Mangsa pun x sangka benda blh jadi mcm ni.
Otherwise takkan dia gamak buat mcm tu kan.
Tp kes naya la, x psl2 nak mengganti hat yg kena curik tu pulak.
Salam Irfa,

Bagus makan rumpai laut ni kan. Siapa yg makan tau mmg ada kesan. Kalau nak baca mengenai khasiat rumpai laut dan pendedahan lain sila kunjungi http://www.seaweedcollagen.com ok.

Saya mmg ada jual produk seaweed collagen tapi tiada paksaan. Saya lagi suka orang ramai tahu mengenai khasiat rumpai laut. Ada bukti kajian saintifik rumpai laut dan penerangan mengenai kolagrn. Boleh baca kalau ada masa.

Terima kasih

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t