Skip to main content

Bekas Kosong Kembali Ke Rumah

ape yang best bila bulan Ramadhan?
selain dari menu yang beraneka di param (pasar ramadhan) tu

aik takkan lupa kot
ye, betul
balik awal, pandai korang teka

kami (swasta) masuk keje jam 8.30 pagi
balik 4.30 petang (balik awal sejam dari biasa)

okey sekarang dah 3.45 petang
boleh la kemas apa yang patut
hihi

ni bekas kosong
kan sebulan ni kita 'bercuti' dari acara makan-makan kat opis
so .. clear kan semua bekas2 kosong atas meja dan dibawah meja
lapang rasa kaki , boleh berlunjur sebab dah takde barang
bawak bantal tido bawah meja best nih
hehe

# jangan cari pasal

Comments

Rumah Kuning said…
petang ni bekas tu boleh letak kuih hantar rumah jiran. hehehe
Mulan said…
Ramadhan Kareem & Maaf Zahir Batin..

dah 2 tahun tak ke bazar ramadhan.. main masak2 kt rumah je.. pi awal tak byk benda, pi lambat parking sesak..!!
Jari Manis said…
Lepas habis ramadhan bekas kosong kembali ke opis hiksssss
Kamsiah yusoff said…
seronoknya...hubby akak semalam sampai rumah jam 9 malam....berbuka kat opis dgn beberapa teguk air milo yg dikongsi2....:(
Aisy Nasiha said…
aha, ni kes sama dengan rakan sebelah saya.. dia pun biasanya tinggal banyak tupperware, ari sebelum puasa tu dia nagkut balik semua, takut terminum atau termakan katanya...
HeNRieTTa JoSe said…
hehehe...banyaknye bekas...bleh buat isikueh raya nnti pas raya....
Irfa said…
RIETTA..
lps raya banyak 'open opis'
bolehlah menapau kalau tak malu
hihi
Irfa said…
AISY..
rasa malu bila bulan posa ada bekas kueh atas meja
so alang2 dah kemas,bawak balik ke rumah kejap
lps raya dtg balik le
Irfa said…
KAK KAMSIAH..
dr opis ke rumah takde jem,orang keje bandar besar mmg xleh elak dgn jem
sbb tu kena sediakan makanan dlm keta ;)
Irfa said…
JM..
itu dah semestinya ;)
Irfa said…
MULAN..
sekarang dah posa ke 6
5 hari dah berlalu, belum sekali pun sesat ke param :)
main masak2 je kat rumah.janji kenyang
sedap tu adalah bonus ;)
lgpun sy juga x suka menapak dr parking ke param itu
Irfa said…
KAK ZA..
huhu,tak sempat la kak nak berbalas kuih

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...