Skip to main content

Produk 3M

Produk 3M
Menguruskan, Mencantikkan, Mengetatkan

Jual je produk yang ada 3 perkataan tu
Insha Allah ada sambutan terutamanya dari kaum wanita

semalam ber-pm dengan sorang kawan
terus terlintas nak buat en3 ni, hihi

~*~*~*~*~

aku ni susah nak terpengaruh dengan benda2 letak kat muka ni
tapi terpengaruh dengan review seorang blogger
dia citer pasal set Safi Rania Gold
konon nak lawa cam CikTa, aku pun beli ler
tapi cam tak sesuai, muka jadi lagi berminyak
set tu tak habis pakai pun

kalau rajin nak baca kisah tu, boleh klik 
Produk Safi Rania


 dan

lama jugak stop tak pakai apa2
pastu kegilaan tengok kengkawan muka gebu gebas
bisik2 bertanya rahsia kecantikkan, katanya pakai produk tempatan di jamin Halal
nama produk tu As Beauty
aku pun beli la satu set, terus ambik set besar konon nak jimat
wah! sangat hebat
dalam 2 minggu dah nampak kesan 
kembang2 hidung bila ada yang puji nampak makin berseri
kulit pun cantik, tak payah pakai camera360 pun muka gebus
licin macam kulit baby

 kisahnya aku dan As Beauty 


bukan setakat pakai
sempat jugak jual kat kengkawan beberapa set
maklum ler testimoni menjadi pada diri sendiri, huhu

tapi aku ni bukan istiqamah sangat, krim malam asik lupa pakai
ambik ko, cik jerawat mula datang bertamu
kata si penjual, jangan lupa pakai krim malam
pantang besar tu kalau tak pakai
manalah aku tahu, kenapa tak cakap awal-awal
kesannya, ambik ko
jerawat besar ujung jari timbul kat pipi
 gambar kejadian ada SINI 
nak nanges bila nampak cermin, phobia kejap

ingat dah serik, eh! citer lom abis ye
sorang kawan kata produk dia jual lagi bagus
tak mahal, mampu milik katanya
beli lagi, memang murah pun



Collagen Plus Vitamin E (CPVE)
baru pakai 2 kali dah rasa cam tak sesuai
krim malam dia melekit2
krim siang pulak susah nak apply kat muka, cam kesat2 gitu
last2 jadi perhiasan lemari mekap lemari pandai mekap ke?

dan semalam, ada baca produk kecantikkan ada mercury tu
tak sangka produk itu adalah CPVE tu

emm, baru ingat nak bagi set yang tak abis pakai tu kat kawan
dia pun dah tahu aku nak bagi dia
nampak gaya, buang jelah
kang jadi apa2 kat kawan tu, aku pun dapat saham sekali

rasanya cukuplah 3x kali percubaan aku pakai produk
serik kot sebab jerawat dulu tu tinggalkan parut
wpun dah makin hilang, kesan tetap ada

tapi sekarang aku mencari produk kuruskan badan
nak buang tak banyak pun, dalam 10 kg je
lebih kurang berat beras Basmathi pek 10kg, huhu

ye, aku tahu jawapannya
BERSENAM dan JANGAN MAKAN MALAM

dan semalam ada sorang kakak yang suka berwsap ngan aku tu citer
jiran dia yang dulu gemuk, dah kurus sekarang
aku tanya la
'jiran akak tu pakai produk apa?'

korang tahu dia jawab apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
'dengar citer laki dia kawen lain, makan hati lah kot, tu pasal yang boleh kurus'

uwaaaaaaaaaaaa, nanges dengar dia melawak

kakak, u know who u are

(^_^)


Comments

t.a.t.a said…
Itu kalau jenis yang makan hati boleh jadi kurus. Kalau dibuatnya bila tension pun makan berkoyan-koyan, haa tak ke jadi tong jugak badan tu karang?
Nastyna said…
muahahaha yang last sekali takleh blah punya lawak, makan hati kau kurus terus. Eh kat malaysia ritu punya la payah I nak cari pelembap muka yang takder bahan pencerah, maklong la I ni sawo matang, kang tang muka jer putihnya tak seswai, payah mmg payah, sampai last tak jumpa. I bukan reti juga bab2 krim semua ni tapi my kulit that day tak pakai pape dah jadi kering kontang...
Zareda Norman said…
Biarlah kurus cantik dan ketat secara sihat. Hehehe...

produk locall ni jgn percayalah kalau tak hidroconin mestia ada mercury.
Acik Erna said…
Dik..akak dah berbagai jenis..berbagai rupa..berbagai rasa dah cuba...badan..tetap mengembang..alasan paling kukuh..faktor usia...hi hi
HeNRieTTa JoSe said…
uiks....tkut plak dgr citer macam macam pasal produt kecantikan nie erk...rietta baca ntry tu dulu...tpi xpasan plak produknye...bru bru dalam hujung bulan lepas ada org pomot rietta produt tu...tpi rietta jenis yng xambil port...

hmm, rietta pown ada bg stu product tu kat org...rietta xbeli...menang GA...rietta xbrani pkai, rietta tgk ada paraben...tpi org yg rietta bg tu mmg pkai product tu...rietta ada citer dekat dia pasal paraben, tpi dia xkisah, so rietta bg jerr la...dr dibuang katanya...dia nak...

pss...err nak kurus try diet karbo...bukan xmakan, makan jer...cuma kurangkan karbo, supaya mangkin kan pembakaran lemak utk energy...err diet atkin klu xslah rietta...xde larr smpai berlapar...

psss...uiks akak yg sorg tu...hebatnye jenaka....tidakkkk.....

pssss...byk plak rietta komen rini...hehehe...
Unknown said…
muahahaha.. kalau kurus sebab tu aku tak sanggup beb..

eh macam berjanji janji kita ya..tetiba buat entry pasal product..hahaha
:: CIKVIVA :: said…
takpenahpakaiprodukmukasebabtumukakitakusamjehuhuhu...
Unknown said…
Kut produk yg LAST tu.. akak lebih redha dgn saiz yg sekarang ni..
Namun nak dpt "payung emas".. errrr..
sitiezahim said…
saya pon baru baca pasal produk collagen tu. mmmm ngeri plak huhu..
QasehnyaRania said…
akak, saya cdangkan akak try supplement. cuba la amik ephyra.. in shaa Allah.. cma harganya mnjadi pertaruhan..

kalau muka akak berminyak, n then kalau akak rajin la kan..hihi.. amik putih telur, sapu dekat muka.. in shaa Allah..
saya amalkan dri zaman skolah menengah.. sbb dlu x mampu nk beli pencuci kan.. hahaa.
alhandulilla, kulit muka saya x bminyak.

lagi 1 amalkan air cucian beras yg pertama
biarkan air beras tu mendap, pastu amik sapu muka. bila dh kering..gosok2 buang, pastu cuci dgn air bersih..

cubalah.. in shaa Allah.. saya amlkan zaman skolah..
happyichigo♥ said…
Gulp...kurus sbb mkn ati..
Aduhaaaiii..
dekdaa said…
HHahahahah bertabahlah.

Produk muka:
- pernah pakai produk apa ek (tak ingat produk.. tp ingat muka pengasasnya tu.. kdg2 dia pakai purdah.. dulu dia penoreh getah.. apa nama ntah produk!)... pakai tp tak jadi apa2pung... tertipah dgn iklan dlm mingguan wanita / tv / newspaper.. stop pakai!

- pernah pakai CLINELLE: nampak kesan tapi makan hati la.. mahai (mampu je sebenarnya tp banyak lg komitmen lain.. malas le)

So now tak pakai apa2 produk.. duk pakai BB cream + bedak johnson je wahahhaah.

Bab kurus no komen le.. tak minat + tak percaya pung dgn produk2 kurus bagai.
Semua produk nasihat camni: SEBELUM AMIK SUPPLEMENT NI.. SILA MINUM AIR MASAK 1GELAS DISUSULI DENGAN PRODUK INI.
Dah 1gelas tu mengenyangkan, meme le rasa kenyang dah.
Takyah amik produk apa2pun takpe kalu gitu.
Dah bulat2 pengguna kena tipu.. sungguh ku tak paham wahahaha.

Iollss mkn mlm je.. nasi pun mkn.. apatah lg bergoreng2 hihih.

Arena said…
Irfa,

Aku x leh pakai one set gitu. Confirm jerawatisme. Aku ni penjagaan muka kena simple jek. Cuci mekap dengan facial wipes jek. kalau habi, pakai wipes montot Farhan. Hahaha. Sekali sekala aku scrub. Tp dah tetua ni mosturiser kena pakai. Pastuuuuuu.. aku telan ephyra jelah...
dekdaa said…
Ingat dah... SENDAYU TINGGI hahaha susah benor nak ingat!
Smlm Pn. Rozita Ibrahim masuk tv.. mcm tegang gila muka dia!
Takut nengok!
Leney said…
Customer saya ada makan ubat kurus, setahun. La ni, kena sakit buah pinggang.
Nur Arifa said…
supplement yang semulajadi xde effect -ve utk kesihatan cari yng ade saintifik research ..insyaAllah mujarab..
jmput singgah blog http://dsupermama.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...