Skip to main content

Pengaruh Iklan Dalam Kehidupan

kenit:
mie..nak tu,nak tu..emm nyam nyam dap (sambil buat aksi suap ke mulut).mata tak berkelip tengok iklan Mekdi kat tv

Itu budak kecik.kalau mak budak lak pantang ada iklan losyen nak bagi kempis perut,krim bagi kulit mulus gebu dan juga shampoo lebatkan rambut.konfem dihati terlintas 'emm bagus ker produk ni?boleh cuba la nanti' tapi tengok rega jugakla..kalau yang ribu riban tahap cekik darah tu konfem aku tak layan w,pun iklannya non stop 5 hari 5 malam.

tapi...(ada je tapi) aku pasan iklan produk penjagaan kulit Safi Rania hebat sungguh.dutanya RCW yang sudah sedia cantik pakai pucuk jambu pun cantik.kalau dia kata pucuk jambu tu ramas-ramas sapu kat muka konfem lepas ni ramai yang tanam pokok jambu kat laman ganti pokok bunga yang tak memberi faedah tu.

banyak jugak blog yang kebetulan aku singgah mencuba produk itu.aku ni amatlah tak sesuai kalau nak bercerita pasal mekap ke hapa.senang citer kalau orang gemuk citer pasal ubat nak bagi kurus konfemla mintak kena kutuk dalam hati,nak kutuk depan-depan tak sampai hati.kalau nak citer pasal mekap pun sama.tengok orang jugak.kalau tuan punya pun pakai lipstik pun masa nak gi keje dan takde top up lagi lepas makan nasi goreng berminyak bibir tu tak yah la buang masa nak citer pasal mekap.tak gitu?

jadi alkisah..aku ni penah la tercakap kat kawan dan juga cik abe 'kalau nak pakai produk kecantikkan..nak pakai SKII baru berbaloi.mahal dan konfem cantik'(yer ker?ni pun salah satu pengaruh iklan).sebab aku tengok iklan tv dan jugak majalah memang terpengaruh la nak mencuba SKII ni.tinggal lagi reganya pun boleh buat aku pikir 16kali.

setakat ni baru mencuba pakai set Safi Rania tu je..sambil intai-intai ada ke perubahan.emm yang nampak pun cuma muka tak kering sangat tu je la..aku ni bukan apa,memang pemalas nak belek muka depan cermin.dah masuk angka 3 series ni baru nak kenal pencuci muka..toner dan pelembab.alahai..macam terlambat sudah.



pinjam kat sini sebab takde ambik gambar aku punya set

tapi masih menaruh harapan nak mencuba SKII..emm nak tanya sikit pada yang baca blog aku ni..ada sesapa penah cuba SKII atau kalau yang penah cuba SAFI RANIA tu ada perbezaan tak?dan SKII tu halal ker?katanya diperbuat dari ragi je kan?halal la kot

Comments

JunAina said…
SKII tak pernah cuba tapi Kak Cik Ella pernah guna try skodeng blog dia kat Jari-jari Halusku.

Kak Aina dah guna safi Rania dalam 4 bulan. Ok. Muka tak kering dan bertambah cerah sikit. Bukan nak jadi RCW tp nak yg terbaik utk diri sendiri dan juga poket...heheheee...

Dah banyak produk guna tapi kebanyakannya membuatkan kulit muka alergi. Lastly dapat Safi Rania.
Beb, aku mcm hairan...Ko gemuk ke?
Irfa said…
JUN AINA..
pun baca blog kak chik@ella tu..mmg dia dah sedia lawa :) sama la ngan kak nani rostam tu kan.
suka tengok muka diorang.buat masa sekarang tak berapa mampu la nak pakai SKII..takut nanti mampu beli botol pertama tapi tak mampu nak beli botol ke2.hehe
okey..pengguna pertama komen psl safi rania..ai like
Irfa said…
FARA POK AMAI-AMAI..
kenapa ko heran?ko kan dah jumpa aku face to face..
NenetPenne (NP) said…
i dah pakai SKII tapi eerrr tak menjadi pun... pastu mahal gila...kang nak kena tambah itu la ini laaaa...huh

dah try pakai safi rania..tak menjadi jugak..my niece pakai terus muka bertepek2 dgn jerawat..

skincare ni bukan pasal murah dia tak menjadi atau mahal terus menjadi cantik muka kita ... sebenarnya semuanya pasal kulit kita je samada serasi atau tak..

kalau kulit muka tak ada problem, sapu bedak sejuk pun gebu gila...
Angah said…
Aku pakai pencuci muka IRISE jek..pastu pakai olay total effect tu dah lama..sejak diperkenalkan lah rasanya..pastu pakai 2 way foundation silky girl.

Kalu tanya aku semua produk ni lebih kurang sama je. ko try banding bahan kat packaging. Mungkin mcm ko ckp la pengaruh iklan kan..

cuba je..kalau serasi teruskan, kalau tak tak perlu.

Aku ni setakat ni range IRISE adalah sesuai. Aku guna pencuci, scrub, exfoliating gel ngan toner.
-- said…
pernah pakai safi rania ni.. tapi tak sesuai dengan aku... kulit jadi berminyak..
Unknown said…
KAKHIK ELLA TU PAKAI SKII DAH LAMA DAH TU..KULIT DIA PUN DAH SERASI DENGAN SKII.
*SiRibenMerah said…
saya da pakai safi rania.. ok je :)

sama la set penuh neh...
Biarlah rahsia said…
Irfa....muka irfa dah sedia cantik...pakai apa2 pun mesti cantik gak..manis gitu.
Unknown said…
Akak pun guna SRG, betul muka kurang kering, rasa lebih selesa, dan tak cepat berminyak. Ada nampak lebih cerah sikitlah, lain2 takdelah jadi cantik noo muka macam RCW tu kan..hehe
oren said…
akak guna Safi Rania Gold nih..tu pon cuma guna pencuci, toner n serum..krim mlm, pelembab tak beli sbb tak rajin pakai..

so far, rasa oklah..takdelah sememeh mcm dulu2..hiks..

nak abiskan 1 set tu pon, smpai 4 bulan..hahahaha..nih baru nak habis set ke 2..rasa ok la kut utk org 3 series nih..
Munn Jaafar said…
dok pasang angan2 gk ni nak pakai SK11...mahalnye lah haiiii
Nieda said…
Teringin nak pakai brg mcm ni. Tapi tak berani nak cuba. Setakat pakai sabun Honey CNI tu aje.
Cik Sibuk said…
salam,

saya ni kulit muka takde jerawat sangat, tapi nak start pakai skincare sebab tone muka macam tak rata.

Pernah pakai banyak gak brand, kalau yg mahal set clarins & SKII..yang murah macam olay dan simple. beza? takde beza ponnnn..sama aje semua tu macam takde result. buat perabih duit aje sebab last2 krim2 tu semua lumur jadik hand lotion aje. sebab ada sekali tu ai bukak website ape ntah (dah lupa link), dia list down ingredients yang ada dalam produk2 ni semua. terus ai insaf..takmo lumur bahan kimia banyak2 kat muka dah..

so sekarang pakai natural skincare products brand akin & jugak auramaya. takat ni puas ati lah..nak membayar pun takde la sampai nak tercekik rasa..
Aidah said…
Akak pernah pakai SKII. Tapi tak rasi sebab akak allergic. Lepas 2 minggu menggelupas, merah, pedih dan macam2 lagi sampai terjerit2 bila nak letak krim. Tapi my sister rasi pulak, cuma kalau dah ada freckles kat muka macam akak ni tak boleh hilang pun, Irfa. Consultant kat SKII tu pun cakap cam tu. Cuma dia boleh smoothkan kulit supaya brown spots tu tak nampak sangat. Akak dah abis nearly 1 ribu dan rasa rugi pulak sebab kulit yg tak sesuai.
Zareda Norman said…
Irfa
Jom cuba tabita.. X mahal dan x murah..
Unknown said…
skrg ni kakyong guna sabun gamat rojam jer.. heheh.. xde pelembap ke apa ker.. & tahun ni dah 40 umur kakyong... ;)

x reti nak komen pasal make-up2 ni.. tp dulu (masa masih kerja) kakyong guna olay..
Lady Windsor said…
HI, SKll memang bagus terutama miracle water tu..boleh buat muka nampak muda dan licin serta lembap...saya pernah guna sebab dapat percuma..dah habis sebotol tu dok diam je lah sebab reganya makaihhh...mak gak mampu dik non...siyess mahal tapi hasilnya memang menggembirakan...
Manakala safi rania pun bagus juga, pengalaman saya menggunakan safi rania, kulit jadi lembap dan x banyak masalah.
Ok..base on saya punya pemgalaman, produk local atau import, semuanya ada pro and con..cuma yg perlu dibuat adalah 4 steps beauty regim, cleanser, toner, serum and moisturizer...kalau buat 4 step ni, tak kiralah guna product apa, insyaallah kulit muka akan lambat dimamah usia. O ya, make sure apply krim yang cair dulu then followed by cream yg lebih thick...sebab yg cair lebih mudah menyerap ke dalam liang roma..kalau ada serum pun ok juga...sekian tutorial cantik saya...hihi...sebarang pertanyaan boleh roger saya...:)
aNIe said…
Irfa...akak ni jenis suka tukar2 produk...tapi bila usia makin meningkat.. nak cari yang boleh menghalang jeragat... pernah juga guna safi rania...tapi mcm takde perubahan...sekarang tgh guna Apple Stem Cell... tak abis sebotol lagik pun...
akuzle ayu said…
sori bc entri neh x abeh tp nk komen gaks... safi rania...hmmm...kakak den pakei, problem not solved tp dier ikut kulit n orgnyer kots. skII tuh x dpt nk dinafikan kehebatannyer tp takot nnti jd mcm patung cendana plaks psl lawa sgt...hihihiih..status halal kne chek nga jakim lah br x was2...
MOKCIK AZWA said…
Irfa,
azwa dah pernah pakai dua2 produk.. seingat azwa Datuk Bahyah dulu pun pernah komen pasal SK11.. katanya produk ni memang bagus tapi harganya tu yg tak mampu nak menten hehehe..

Masih menggunakan SRG.. muka terasa lembut, tak kering. cuma SRG ni bukan untuk mencerahkan wajah.
emarieys said…
ema pun baru cuba produk safi rania gold..yea umur dah angak 30-an baru nak kenal segala alat cuci muka... rasa ada perubahan pada kulit muka..tak kering dan jerawat pun tak ada..
Anna said…
Ai pengguna setia safia rania sejak 2-3 tahun yg lalu...Alhamdulillah , puashat..sbb muka ase bersih dah licin maybe sesuai kot..lebih kembang lagi bila aku ckp umur dah masuk 40..org tak caya..org ingat aku 30an..best kan..kuikui..smlm pun masa pi amik ubat HBP..dr tnya aku umur bape..dia ppun tak caya..seee??..haha
tapi serum tu mahal tak hengat..sbb tu aku pakai sikit2 jer..satu botol tahan la 2 bulan lebih kot..sikit je tau calit...yg pasti facial pun kena buat gak irfa at least sebulan sekali...buat sel mati dan blackhead katanya..overall i puashati sbb pakai ni nampak muda uolls...haha
Anaasuria said…
IRfa,
adik akak 2 orang guna SKII.. komen akak, memang kulit jadi licin.. serius.. akak kalau jumpa adik, salam2 cium2 mesti kata kat dia, muka pakai SKII, nak cium pun best.. hahhaa..

tapi akak tak pakai la dik.. mahal wey..
Unknown said…
masih belum terlambat la..;)
dee said…
tu lah fungsi iklan.. untuk melakukan produk..untung dah company safi rania tu ko dah beli...tak rugi dia buat iklan..hehehehehehehe
Luna said…
wah kelassss kau irfa..pakai rania gold..hehehe
irfa safi rania gold tu okey terutama pencuci muka gel ngan serum, cik ina gatal elok gi tukar body shop, nanti cik ina wat entry , saja nak buang jeragat , cepat sikit tindakbalasnya.
Irfa said…
TQ semua untuk yang komen psl set Safi Rania Gold dan SKII tu yer.
sayang korang ;).

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')