Skip to main content

emmm.......no komen

emm aku dah bagi jawapan pada KISAH SEKEPING FOTO ITU

ADA ORANG..BILA DIA MENGATA ATAU GURAU OVER DIA TAK FIKIR PASAL HATI PERUT ORANG LAIN

TAPI

BILA DIA YANG BERGURAU OVER SAMBIL MENGATA ORANG ITU DAN ORANG INI BOLEH PULAK TAK FIKIR PASAL PERASAAN ORANG LAIN.(sori..aku paling tak suka orang mengata kawan-kawan aku depan aku,w,pun dia jugak kawan aku).

tetiba aku jadi MALAS NAK LAYAN



MAAF..yang pasti korang bukan lah orang yang aku maksudkan itu.babai,mood bercelaru

Comments

Kakcik Seroja said…
Jom kita pergi makan dari layan perasaan. :)
emarieys said…
betul tu..tak suka org mengata...skrg ni pun akak tak bercakap dgn orang mengata.lagipun orang yg mengata itu tak sedar dirinya bersalah
Irfa said…
KAKCIK..
betul tu,baru je balik dari lunch..
makan sorang2..makan sambil menghayati setiap ulas nasi dan belek ikan kembung masak asam pedas sampai kepala ikan pun bersih :)
Unknown said…
betul tu,kadang2 malas nak layan orang mcm ni
Irfa said…
MAMA EMA
saya pun bukan baik sgt.bukan tak penah mengata :( my bad.huhu tapi nak mengata biar berpada2 jgn lah sampai abis satu keturunan terbabit sekali..ngan mak ayh tok nenek dia terbabit..apa salah diorang?
Irfa said…
ILA..
harap2 diorang paham la kalau nampak muka saya cam bosan :(
nak sound direct tak sampai ati
NenetPenne (NP) said…
ada orang bila mngata orang memang best tapi bila diri dikata, tau pulak melenting..

eh i dah ingat dah nama toko baju yang famous amous kat vietnam tu.. HOCK ANN namanya..u ada pegi tak???
Unknown said…
Salam,
LF nak ikut kakcik pergi makan.
Irfa said…
NET..
mana u pegi?igt beli cuti-cuti :)
bukan Hock Ann..nama lain kalau tak silap..kena belek plastik la lupa namanya

pasal kata mengata tu..tak boleh nak elak tapi agak-agak la kan
Irfa said…
UNCLE LF..
jom jom..nak ikut boleh?sapa nak belanja ni?suh kakcik la kot.hehe
Aidah said…
Sabar je lah Irfa. Memang ada orang cam tu. Akak pun dah banyak kali kena. Kadang2 orang paling rapat sekali buat hal. Takkan nak putus sedara pulakkan. Nak tak nak, sabar je lah. Kalau ikutkan hati rasa nak jadi incredible hulk jugak macam anak akak masa kecik dulu. Hahaha.
Irfa said…
KAK AIDA..
emm adatlah kan..selera kita tak mungkin sama ngan org lain ;)
so peringatan jugak utk diri sendiri supaya jgn buat pe'el cam tu..nanti org pun meluat
rumah kuning said…
sabar je lah.....semoga dia insaf.
Acik Erna said…
dik..comel hajr buat perangai macam tu he he..akak dulu yang sulong dah dapat macam tu..bukan setakt tidur baring macam tu.siap masuk longkang golek2 dalam longkang lagi..
lebih suka tengok je peel org2 mcm ne.. *geleng kepala*
Irfa said…
RUMAH KUNING..
harap2 gitu lah

KAK ERNA..
pasal pe'el kenit tu,yelah pertama kali dapat yang pe'el macam tu so gelak je la..irfan pun gelak tengok adik dia macam tu 'adik ni tak malu ke orang tengok'.tak ingat pulak dia dulu raja airmata..
asik melalak je

MAMA AMANA...
emm..manusia tak sempurna

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...