Skip to main content

Tadikan..Kita Kan..Cuci Mata Kat Sini..

tajuk macam mintak kena lempang je kan?eh buntu tau nak buat tajuk ni..korang break time 2 jam tadi pegi mana?kalau opis area KL nak pulak area jalan TAR tu boleh gak cuci mata kat Sogo kan?kalau kat opis aku ni..duty free shop banyak la.kalau duit tak berapa banyak duk la jadi 'jaga' kat opis.

selalu malas nak keluar tapi hari ni sian kat member.dia baru je dapat pas masuk kawasan dutyfree..selama keja tak penah masuk.so aku merajinkan diri teman dia 'tawaf kedai'.cuci mata je pun.

banyak kedai yang OMG mampu tengok dari luar je..nak masuk pun segan at salesgirl.almaklumlah..rega sebijik henbag bersamaan 3 kali gaji aku.buang karan je masuk..

tengah 'tawaf' tu jumpa ex opis lama tengah mengintai-intai cermin kaca.oh kat sini diorang yer.apa lagi kami join la 2 kaki..







pilih kak..jangan tak pilih



taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tumpang ambik gambar je.sib baik salesgirl tu memang ramah gile..tumpang ambik gambar je,sorang pun tak beli..kah kah kah (eh!mana tahu dalam diam ada yang balik gosok en suami mintak belikan.yang pasti bukan aku la tu).zaman sekarang nak pakai barang kemas pun takut.besar bagak camni lagi la aku takut



aku rasa semenjak dua menjak ni aku gile glemer..asik letak muka sendiri kat blog.bosan nanti aku remove le..kawan komen katanya tak nampak aku dicelah bunga tu sebab kaler baju ngan bunga sama sedondon.korang nampak ker?

Comments

Nieda said…
Baju Vietnam Ke ?
Irfa said…
NIEDA..
100 persen betul?berkenan?hehe
Irfa said…
FOR NIEDA..
eh silap letak tanda soal lak.
yes..vietnam mari :)
Acik Erna said…
dik..akak pejam mata pun nampak..he he
lieynanilaz said…
eh!...ko beli baju siap ke?ingat kain pasang..

betullah...nampak bunga2 jerk ko tenggelam..hehe...jgn mare...
MOKCIK AZWA said…
cantik baju berbunga2 hehehe.. kain cotton kan..

azwa memang tak gemar memakai barang kemas nie hehe MIL pun tegur sebab sebentuk cincin pun azwa rasa rimas memakainya ahakss
Aidah said…
Memang sedondon. Sesuai dgn background. Hahaha.
Mulan said…
sweet apa duduk celah2 bunga2 tu...
rumah kuning said…
cantik baju. hehehe
blog kita, lantak le kita nak letak apa pun kan.
Irfa said…
KAK ERNA..
huhu..terharu

LIENANILAZ..
aku beli dah siap.sbb kalau beli kain ela kena cari tukang jahit pulak.tapi next time nak beli kain ela pulak ;)tak nampak aku?pegi check mata.hehe

KAK AZWA..
cotton kak..sedap pakai.saya dulu rajin gak pakai barang kemas..dulu la..sekarang tidak lagi

KAK AIDAH..
dah macam wall paper kan?hehe

MULAN..
Sweet la sangat.awak,kita dah tak boleh komen blog awak..baca kat gugel reader je..sonok baca bab jalan-jalan ke amsterdam tu

RUMAH KUNING...
hehe..jangan letak gambar tak pakai baju sudah la :)
Mak...aku teringin nak ade 1...tp aku msh tak mampu bt ms nie...
Irfa said…
FARA..
samalah tu..tengah simpan rm1 sehari agak2 ko la bila tahun aku boleh beli yer?
Kayna said…
bersih kejap mata eh

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...