Skip to main content

Day Trip To Saigon,Vietnam Part IIII-Gambar Bercerita Part2

mak ai bercinta nak upload gambar..sekali upload 5 keping je pun (ker aku je yang tak tahu cara nak upload sekaligus)..huhu



akhirnya dapat ambik gambar berenam.tapi nape aku pejam mata?muskil aku



drebar dia belah kiri yer,ingat sama macam kat tempat kita.nyaris aku nak berebut naik belah driver.hehe



member suh ambil gambar wayar berselirat tu buat kenangan..kalau black out camner yer?







motor sana sini sinun.jom merempit..walaupun banyak motor tapi aku tak nampak kemalangan berlaku(tapi masa pilih baju tu ada satu kemalangan.aku jenguk keluar nampak diorang berbincang kejap pastu terus blah..muka pun cam takde apa-apa berlaku).risau gak tadi kot ada yang keluar parang :)



ambik ko.datang bawak sling bag je..balik kena beli beg pack..tu pun beli yang mana patut..kalau beli semua (mmg tak pun) konfem balik ngan kontena.hehe



kedai telekong..aku suka kain telekong ni..berat dan sejuk :) .. (promosi ni..hehe)



rambang mata memilih.semuanya cantik di mata ku



baju aku..setelah di tapis banyak kali ni je yang aku mampu beli



ni untuk raya aku,kakak dan kenit :) alamak dah pecah rahsia tema baju raya tahun ni



tengah packing..



hai..hai hai..bersiaran dari Ben Thanh Market ;)



macam-macam kedai ada..diorang akan cakap 'i love u' untuk pujuk pelanggan :)tawar menawar selagi boleh walaupun guna bahasa ayam itik



curi ambik gambar pekedai yang tengah makan tengahari..dari kejauhan nampak sayur berenang-renang dalam itu sup :)aku agakla kenapa diorang ni sangat sabar dijalan raya sebabnya diorang banyak makan sayur..tu pasal sejuk :) makan daging dan makan kari cepat je panas..hahahhaa..ada yang marah ker?



di tengah pekan



selamba je mat saleh ni dukung anak atas bahu..kalau aku konfem tersungkur.tapi tengok la size apaknya macam mana pulak kan





selamba je acik ni basuh pinggan mangkuk main celup-celup je

okey..jom beli buah

bahagian buah-buahan..aku tak beli pun.tak kuasa nak mengusung





adik kakak sekalian..ini namanya buah Pear.



buah kiwi tapi bukan binatang bernama 'kiwi' hehe



ciku yang sangat besar

sebelum balik suh taxi tunggu sebab ada member nak beli barangan sukan..kat sini



kedai barangan sukan..bak kata Astro,macam-macam ada kat sini..aku beli jersi sepasang untuk hero sebagai buah tangan.bila ditukar dengan RM lebih kurang je rega kat Malaysia..mak tertipu nak



pilih jangan tak pilih



okey..baru sepasang pakai.dah macam gi kenduri dengan labuci penuh tu.tapi percayalah,kainnya memang selesa.



abang..bakal pelapis pasukan Harimau Malaya.boleh?



ni adik punya..kalau mampu nak beli 10 pasang.hehe

okey..dah abis :)

disini aku nak war-warkan PADA SESIAPA YANG ADA KEDAI DAN ADA PLAN NAK MENIAGA BAJU KURUNG LABUCI PENUH @ TELEKONG KAIN SEJUK DAN LABUH INI @ SMOCKING GOWN YANG KONFEM ANAK KORANG AKAN GLEMER BILA PAKAI (hehe..promosi kaw-kaw punya).BOLEH CONTACT AKU dengan tinggalkan mesej kat ruangan komen.kalau korang letak no phone aku tak publish komen itu ;)//beli banyak rega boleh runding.nak beli sikit untuk diri sendiri pun boleh.babai ;)

Comments

cheqna said…
wah syoknyer berjalan2 ni...=)
*SiRibenMerah said…
wahhh.. target2 next trip g sana lak.. thn neh da fully booked smp hujung thn. ahahaha~
fieda said…
seronoknyer jalan2 dan shopping kt sana..
Anonymous said…
salam,

nak tanya baju siap berlabuci tu saiz dia mcm biasa S, M ,L tu ye?...berapa hg sepasang siap labuci tu? cdg nak kirim dgn kwn yg nak pegi sana bulan depan.

terima kasih


ina
Irfa said…
CHEQNA..
jalan-jalan mmg seronok kalau di taja lagi seronok kot.hehe

SIRIBEN MERAH..
pegi jangan tak pegi.kumpul duit lebih sikit baru boleh sopink sambil senyum lebar :) mmg tak nyesal kalau kesana
Irfa said…
FIEDA..
apalagi..cepat2 booking tiket :)

CIK ANON..
emm camner nak jawab tu.mmg ada size dr XS.S.M.L.XL.XXL..rega pun kena pandai cari kedai yg offer harga bagus.pakai USD kena darab 3x duit kita.kalau nak mengirim tu jgnlah kirim cukup2 kesian pada orang yg mmbeli.bagi lebih sikit pun takpe sbb org tu bayar rega tiket kapal.
ct rahani said…
sonoknya jalan2.. wah awal2 dh beli baju raya yer kak.. bagus persiapan awal nih.. x la kelam kabut nanti.. hehe..
Tie HT said…
seronoknya dpt g jln2 tgk negara orang..nice holiday :)
gerhana luka said…
wah rambang mata tengok gambo2 baju ni, sib baik la negara orang ni jauh dan tak mampu nak pegi kalau tak kompem nak gi shoping gak hee...
Cik Sibuk said…
awalnye beli baju raya..heheee

telekung dia lagi best dari telekung indonesia ke?
Aidah said…
Akak tak sangka kat Vietnam tu ada tmpt mcm pasar siti khadijah. Siap jual telekong ngan baju kurung lagi. Bestlah.
Nieda said…
Macam best saja pergi Vietnam shooping
bangsawan nilai said…
irfa,
ni baru one day trip. kalau 3-4 hari kat sana maunya kena bukak blog baru bergambar...!
Mummy Rizq said…
Pompuan....sonoknya ko gi jalan2 ngan member erk! Aku ke Vietnam tak pernah sampai lagi. Maybe one day akan kesana. Insyaallah...
Irfa said…
CT RAHANI..
Mmg tak plan pun nak beli baju raya..nampak je terus berkenan dan kebetulan mmg ada size utk anak2 yg sedondon umie.so beli jelah,
tapi baru pagi tadi cik abe cakap lambat lagi nak raya..pakai je la.huhu

TIHARA..
Mmg seronok.Bukan selalu pun dapat peluang gini

GERHANA LUKA..
Mmg rambang.naik kapal xde jauhnya.
rasa dekat je ..baru 1jam45 minit

CIK SIBUK..
Mungkin org lain berbeza pendapat.
tp kalau saya lebih suka telekong dr Vietnam berbanding Indonesia punya

KAK AIDAH…
Mcm2 ada kak.tinggal lagi sediakan duit je

NIEDA..
Bukan macam best tapi memang best.
jomlah

BANGSAWAN NILAI..
Hahaha.tak baik tau.ini dah tapis tau kalau tak 2malam pun belum abis upload lagi

MR..
Aku tertunggu komen dari ko.aku ambik motivasi dr ko la ni..jalan-jalan dengan kengkawan sesekali,
Jomlah kita wat trip kesana
Yellow said…
irfa.....
nak beli kain telekong boleyyyyy??? hehe
Irfa said…
YELLOW..
boleh boleh..bape pasang nak?50 pasang kah?
Hanis Azla said…
wah best shopping.. tgk gambar pun dah rambang mata..
CikPuan Adda said…
Bestnya baca cerita trip akak ni. Harap-harap ada rezeki ke sana pasni. Patutlah baju kat kedai vietnam tu mahal2 reganya, rupanya diorg bw terus dr sana ye.
NenetPenne (NP) said…
terror kan depa naik motor simpang siur tapi tak ada accident...

haaa baju kurung mcm tulah yang i ada..tapi still tak pakai2 sebab i mana suka manik2 labuci gitu pi office..ada lagi tergantung kat tempat gantung (almari tak ada...)

ben tharn..best!

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...