Skip to main content

Kisah Balik Kampung la la la la

apa punya tajuk daa.........hehe

PLAN AWAL..
aku dan anak-anak akan tumpang adik balik kampung malam sabtu @ pagi sabtu.dan cik abe akan balik kampung naik flight hari ahad tu..dan beliau akan menyewa kereta untuk membawa kami semua bercutian ke Cameron Highland (ini adalah percutian ganti bulan 12 tu ari tak bawak anak cuti kemana-mana pun).memula ingat nak gi Universal Studio kat Singapore je..tapi aku bangkang sebab kalau nak cuti ke sana ofkos kakak kena ponteng lama sikit dan mak ayah aku juga akan bising.huhu

PLAN YANG JADI..
kami semua balik dengan 2 keta pagi sabtu bila cik abe check flight semua penuh.konon konvoi la..janji 8.00 pagi aku subuh-subuh sapie dan siap beg depan pintu tapi adik datang jam 9.00 pagi.cair mekap mak tau..mekap la sangat.gedebuk gedebak 9.30 juga baru bergerak dari rumah.

perjalanan nak kuar dari KL pun dah hazab.dah kuar KL nak masuk tol Karak pun hazab jugak..lepas tol Karak baru okey.matahari tengah nak naik..mata sangatlah mengantuk.nak tido pun kesian kat tukang bawak keta..so buat la lawak sengal bagi mata tak ngantuk.

singgah makan plus buang apa yang patut kat medan selera Benta,makan nasi lauk ikan patin masak tempoyak.tapi aku cuma puji ikan patin tu sedap tak hanyir pun cuma aku tak rasa tempoyak dalam gulai itu.huhu..makan 4 dewasa campur air sirap rm29.oklah tu

dipendekkan citer 6.30 petang kami selamat sampai ke kampung halaman ku.oh rindu pada anak dara sulung itu terubat bila tengok muka dia tersengih menunggu kami dari pagi duk sms 'kat mana?bila nak sampai?'..sian dia tak sabar-sabar tunggu kami balik.



cayang adik kakak..rindu sangat kat adik





keceriaan diwajah masing-masing yang kerinduan tak jumpa kakak 19 hari..hehe

sekarang kakak kat rumah..jauh dirindu,dekat bergaduh jugak la kan.dah namanya budak-budak :)

bersambung...

Comments

emarieys said…
ema balik tak kena jem langsung..hehehe
Kakcik Seroja said…
Comel betul anak2 tu. :)
Zareda Norman said…
jadi jugakbalik kb ek?



/
Irfa said…
MAMAEMA..
mmg ramai yag balik masa yg sama ngan kami tu psl jalan jadi jem..apapun perjalanan selamat dan takde kejadian eksiden sepanjang perjalanan itu

KAKCIK..
mekasih :)

KAK ZAR..
jadi kak..rindu punya pasal.nampak gaya tahun ni dan tahun depan kerap la kami balik kg :)
Cik Sibuk said…
ala..sure kakak excited, sampai sms2 tu..heheee

memang, budak2 ni..kalau jauh rindu..dah dekat kejenya mmg gadooo aje..
Anonymous said…
Very useful blog. Keep up the good work.
Acik Erna said…
tak pasal2 air mata acik keluar bila tengok kakak pelok adik..aduhai la kakak..acik sedih tak dapat jumpa dan peluk kakak..
Yellow said…
muka anak dara dah anak ko irfa! baru duduk kampong 19 hari!!! ayu gitu! kalau duduk ngan mak dia, muka kena buli....! hahahahaha



wei aku gurau je... nanti aku email ek? ala... buat tak tau pulaks!
Irfa said…
CIK SIBUK..
kami pun rindu kan dia.rasa mcm dah berbulan tak tengok dia

RUMAH KUNING..
ceria yg amat sebab banyak simpan citer nak citer kat umie ;)

CIK ANON..
thanks :)

KAK ERNA..
dah agak akak mesti komen bila nampak muka kakak.tak sempat nak gi melawat cik pina..dah nak balik pun jumaat ni

YELLOW..
mmg dia ayu dari dulu..ikut umie dia la.(sila muntah)hehe.jahat la ko..bila masa aku buli kakak,anak sulung mmg banyak tanggungjawab :)
Aidah said…
Dah 19 hari kakak tinggal jauh dari Irfa, makin dewasa muka dia, akak tengok. Memang jalan jam teruk baik ke utara mahupun ke selatan kan.
Irfa said…
KAK AIDAH..
ye ker?tapi yang pasti dia nampak berisi sikit sbb pagi2 sarapan makan nasi berlauk atau nasi kerabu katanya ;) sblm gi skolah

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...