Skip to main content

Cuti-Cuti Di Cameron

MALAM KAMI DI EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND





tiap kali pegi mana-mana wajib kena ambik gambar dengan signboard.motif?huhu

konon malam tu nak keluar la jalan-jalan tapi tak sampai ke mana-mana pun.cik abe nak kuar tengok bola pun terpaksa kensel,dari hotel nak turun ke Tanah Rata jalan sangat jem.huhu..tensen aku.rasa macam percutian kami ni semata-mata nak lepak kat bilik je.penyudahnya patah balik dan kami rasa bukan kami je yang buat camtu..aku tengok banyak keta patah balik..kecuali mereka yang terpaksa menempuh jem sebab tak tinggal kat situ.

PAGINYA..
lepas subuh aku dan cik abe dah kuar cari makan.lapar gila..mak aku kata kalau tahu macam ni punya sejuk dan lapar konfem dia usung periuk nasik dan buat sambal untuk makan-makan.aku jawab 'kan bercuti,,tak payahla nak masak-masak.makan je kat kedai' hehe.

kami turun ke Tanah Rata cari kedai jual nasi lemak..aku borong makan untuk lunch terus sebab kul 12.00 kami nak check out..lepas makan-makan,kami jalan kaki depan hotel yang jual macam-macam tu..ada buah,sayur,cenderahati..dalam tak sedar beli itu ini aku habis duit beli tah hapa-hapa.mak aku borong sayur dan balik hotel dia menung sebab tak sedar beli sayur macamlah balik umah tak de sayur camtu..aku pujuk 'takpelah..memangla kat kampung pun ada sayur ni tapi tak fresh dari ladang'.



jalan-jalan beli sayur..stoberi celup cokelat





rega ada macam-macam..ada yang rm12 skotak..ada yang 3 kotak rm20..kena pandai pilih la.diorang pun semua berlumba-lumba nak tarik pelanggan.murah ke mahal?sebab aku bukan penggemar stoberi so takde la teruja sangat



apa saja yang bermotifkan stoberi wajib singgah ambik gambar.hehe

jam 12 kami check out pastu jalan-jalan ke kebun stobery..tujuan nak gi makan aiskrim stoberi kat Al Mashoor,Kampung Sedia.



bergambar dulu sebelum check out..oho..cukup susah nak ambik gambar 5 beranak.selalunya gambar aku dan anak-anak je sebab salah sorang kena jadi jurugambar.hehe







makcik yang suka enterfrem :)

bersambung lagi selepas iklan ubat gigi cap gusi...

Comments

Deqna said…
wah sempat lagi gi cuti2 yer... takpelah boleh spend masa ngan kakak kan...

merujuk soalan kat permulaan entry tu ialah.. motif amik gambar kat signboard adalah bukti yg kita dah sampai kat sana.... hehehe
bangsawan nilai said…
pasar yg kau maksudkan tu ialah 'kea farm'...hi hi
uncle gedek said…
hanimoon jangan la bawak ramai-ramai...
Papa-NtiQ said…
dah lama x pegi cameron ader jer hal pada hal kg isteri kat ipoh jer bukan jauh pun dari tapah. nengok pics irfa nih rase cam nak gi sana semula. tengah blogwalk nih so singgah sini nak baca post2 menarik...oo yaa TQ kerana follow blog saya hari ni di www.blogmakanbest.blogspot.com nnt jumpa lagi ya...
Irfa said…
MISYA..
celup coklat lagi sedap :)

DEQNA..
mmg balik kg sbb rindu kat kakak.lepas ni mgkin bulan 3 bari dapat jumpa balik.

hehe..betul tu.bergambar dgn sign board bukti dah sampai ye
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
tq fr info..jalan tak tengok kiri kanan..redah je smpi lupa nama tempat.hehe

BRO GEDEK..
honeymoon?eh mana boleh tinggal adik bongsu saya tu..mana2 pegi mak ayah mesti bawak dia
Irfa said…
PAPA NTIQ..
tq sudi singgah sini :)
oh org ipoh dekat la tu ..pegi sana balik hari je pun boleh
[z@ck] said…
mak akak serupa dgn tok saya.pergi bercuti nak jugak angkut periuk nasi semua. nak masak. kita kalau berjalan ni selagi boleh nak kurang barang. tapi dia nak tmbh barang lagi. hahaha.
Unknown said…
kepoh je ko interprem..haha..
Cantik pemandangannya..terasa cam nak pegi lagi...

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...