Skip to main content

Cotton Juga Idamanku

pagi tadi ada kawan bisik kat telinga aku nak gi Saigon,Vietnam hari Jumaat ni.katanya 'jomlah join.balik hari..pegi pagi balik flight malam'.teruja beb,dahlah aku tak penah sekali pun jejak kaki ke sana.tapi mengenangkan 'pokok duit' aku masih belum luruh..aku lupakan impian itu.

kalau tanya kenapa aku nak kesana..aku cuma akan jawab 'aku nak borong baju pasang kain cotton banyak-banyak.so aku tak perlu pakai baju sama dalam masa sebulan'.bukan tak leh beli je kat Nilai3 tu tapi reganya mahal dan upah jahit silap haribulan lebih mahal dari rega kain itu.

Saigon punya..dahlah coraknya cantik..riang ria gitu kalernya.siap berlabuci penuh dari leher bawak ke hujung lengan(w,pun aku tak minat sangat baju bermanik atau labuci..tapi sesekali apa salahnya).

aku suka cotton sebab dia sejuk..nyaman..dan penting sekali serap peluh.aku takleh pakai baju kain satin @ kain linen..sangat rimas bila di dalam cuaca panas..peluh membuat aku rimas dan kurang selesa.





*gambar kain yang cantik ini di ambil dari SINI-kain oh kain*

alangkah bestnya kalau dapat borong sebegini banyak kain cotton untuk buat baju keje..konfem sampai pencen tak yah beli baju dah.hehe *melampau yang amat la imajin sampi pencen tu*

emm kak oh kak..kirim sepasang boleh ker?*sambil kelip-kelip mata ala-ala menggoda*

Comments

Angah said…
Aku pegi jakel aritu..aku habis dekat 1k beli cotton ngan viscose..sale rm100 dpt 3 pasang..berbelas belas pasang kauuu haaa.puas hati aku.
emarieys said…
cotton memang best utk pakai..bab gosok tu agak leceh sikit..
JunAina said…
Pegi Bandung pun best jugak kalau nak beli cotton. AirAsia kan ada...Everybody Can Fly...:)
Mulalah aku nak jeles nie! Aku takde port nak kirim sesape. Aku tak ley nak g oversea sbb.....

Jadi, aku beli cotton kat Jakel je! Sedih oh!
Irfa said…
ANGAH..
mmg berbaloi la kalau rm100/3psg..kalau dapat jahit sndiri lagi jimat kot :)

MAMAEMA....
tak dinafikan..bab gosok tu sgt le leceh..tapi ada gak cotton yang tak perlu gosok sgt

JUN AINA..
bandung pun lom sampai lagi.saya tak nak naik 'kapal merah'..sebab setia ngan 'kapal biru'.hehe
Irfa said…
FARA..
oh fara sayang
takyah nak sedih-sedih sgt la..aku ni pegi keje balik umah je jakel pun tak penah sampai..lagi senang kirim kat org tolong belikan tapi ikut citarasa org la kan..tak boleh nak pilih-pilih sgt.huhu
Rumah Kuning said…
wah...balik hari tu. menariknya
Irfa said…
RUMAH KUNING..
kalau ikut orang yang dah selalu pegi sana..diorang selalu balik hari je..sopink sopink yang perlu dan terus balik..tak perlu tinggal anak lama-lama..macam pegi balik keje je ;)
eKa said…
hai irfa...salam kenal.thanx for visit.

eka pun suka pakai kain cotton.sgt selesa.kalu g skolah mmg selesa dgn kain cotton tu
Kakcik Seroja said…
Kakcik belum ada baju kain kapas buat masa ini (dulu2 adalah)... Sekarang selesa berjubah je ke pejabat. :)
NenetPenne (NP) said…
irfa
akak pun suka cotton tapi bab menggosok tu yang malasssshhh

cotton memang sejuk
cotton murah kita boleh see the difference dgn cotton mahal..tengok tekstur pun dah tahu

hari tu akak pegi vietnam beli 2 pasang baju cotton... siap labuci lap lap..harga USD27 jer (i tak pakai currency dong sebab tak reti nak kira, baik pakai US dollar jer) sekali orang butik datang, tengok kat butik dia baju yang mcm baju i pakai tu, u tahu berapa??? RM400 okay!! butik kat subang parade tu...
Irfa said…
HAI EKA..
tq sudi singgah sini :)
kalau cikgu mesti lagila 'panas' ngan karenah anak2 murid :) so sejukkan diri ngan kain cotton

KAKCIK..
ada kawan pakai jubah..sy tengok dia sgt selesa dgn jubah..senang sarung je.tapi buat masa sekarang belum mencuba nak pakai jubah.ada selai tapi kaler hitam dan pesen lama..hehe (alasan)
Irfa said…
NET..
hehe..igt lagi net citer psl cotton mahal cotton murah tu.mmg betul sbb kawan saya duk gila nak kesana lagi psl bisnes baju siap kain cotton dia cepat laku..masuk butik berganda mahal..tapi bukan senang nak bawak balik banyak..dgn kastam..tiket lagi..kalau pegi saigon nak beli banyak2 utk diri sendiri mmg berbaloi..kalau selai mmg tak berbaloi la
NenetPenne (NP) said…
@irfa
betul betul..kastam chek tau...
kalau sehelai dua tu kirim jelah kan..

tapi kan kain cotton yagn u tunjuk kat atas tu yang ada butterfly tu cantik laa pulak kan...
Irfa said…
NET..
kena lah berbaik ngan kastam :)
igt senang ker?huhu

mmg cantik2 kan?cube klik kat blog dia kainohkain.blogspot tu
Cik Sibuk said…
salam,

waahhh..pergi vietnam macam nak pegi seremban, pegi pagi balik petang..hehehe

tapi best kot kalau bole wat cam gitu, kita pon nak join ah..

orang lain lunch break pegi jalan TAR cari kain..kita pegi vietnammm..wohooo
Aidah said…
Akak sekarang ni buat collection baju kelawar je, Irfa. Dah namanya dok umah kan.
Asmara said…
hi Irfa, wah2 seronok kalau dpt shopping mcm tu. eh2 baru tau vietnam byk cotton murah. :D
*tq visit me.
Anaasuria said…
saya suka kain cotton sebab macam irfa cakap la sejuk dan serap peluh.. cuma yang tak tahan kena gigih menggosok.. tu yang surrender..

p/s: nak pakai jubah macam kakcik jugakk.. senang..
Irfa said…
CIK SIBUK...
saya ngan jalan TAR lagi jauh :)
lebih kurang je ngan naik kapal

KAK AIDAH..
baju kelawar lagi selesa..masuk angin je

ASMARA..
murah la kalau kita bawak banyak Dollar :)

ANAA..
kena pandai pilih..ada jugak cotton yang tak perlu gosok beria-ia..ha,jubah lagi senang.sekali sarung je
cik ina pun pengemar cotton, time raya beli baju kurung cotton. sejuk.
Unknown said…
boleh yer balik hari..tak letih ke..?
Irfa said…
CIK INA..
mmg sejuk pun :) takde la anak-anak sibuk nak bukak baju bila beraya umah orang..si kenit la tu

PAPA MIFZ..
eh boleh.saya dah buat pun.hehe.
tapi penat sikit la sebab terkejar-kejar.tapi mmg dah set kedai mana nak pegi..terus tuju kedai yang nak pegi.beli dan terus balik je la

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...