Skip to main content

Hepi Besday To Adik,Kini 2 Tahun Sudah



gambar ini dirakamkan oleh hp umie pada 09 Jan 2010 bertempat atas katil hospital Tunku Jaafar,Seremban..hari ini sikecil berpipi merah yang lahir secara normal dengan berat 3.3 kg itu sudah pun genap 2 tahun usianya.sekejap sungguh masa berlalu..cabaran semasa mengandungkan adik(umie kena diabetes semasa mengandung sampai kena masuk wad untuk jumpa pakar pemakanan..huhu,sedih saat itu) kini berbayar kerana adik selamat dilahirkan dan sihat walafiat.(adik dilahirkan jam 8.00 malam)

doa umie..moga adik jadi anak solehah dan berjaya dalam hidup dunia akhirat.amin


pssssssssst...hari ni genap 2 tahun.target BF sampai 2 tahun je.ingat nak 'putuskan Bf' tapi masih terfikirkan dengan cara apa.adakah dengan minyak cap kapak,bawang putih atau pun sirap ros merah?hehe (tak paham kalu..diam2 je la)

Comments

qaseh tia said…
wahhh sama date ngan anak kita.. :) happy birday 2 anak u ok..!! semoga panjang umur dan dimurahkan rezki.. amin..
Irfa said…
Tia..
oh yer ?boleh la potong kek sesama hehe..anyway.hepi bday utk anak awak jugak
misya said…
selamat hari lahir adik,jgn noty2 yer
Yellow said…
mm tak tahu la irfa, mmm anak aku semua berenti sendiri dekat dekat @ tahun... hehehe abih la ko lepas ni, kompom badan naik sebab dah tak BF.. hehehe
Irfa said…
Misya..
'shaye gud girl la acik':)

Yellow..
si hero dulu pakai bawang putih je.
ala aku ni bf pun badan naik gak camner tu?huhu
happy bday adik....sebaya dgn anak saya...harris...semoga menjadi anak yg soleh....amin....
Aidah said…
Happy birthday adik. teruskan kecomelan tu ya. Akak paling suke cium bau kepala baby, harummm sangat.
-- said…
kalau try lumur kopi pahit ok tak?

happy 2nd bday adikkk!
Zue AnnaLeeya said…
hepi utk adik...
jd anak yg baik tau...
jgn nakal2....

akak dlu letak sirap tuh byk2, pastuh ckp darah byk... ummi sakitla klu adik neneng.... Alhamdulillah, pastuh anak akak takmo dah... hehehe....
yani-pali said…
akk sama harijadi ngan yani la...9 Jan kan????
Irfa said…
ZURINA..
thks :)

KAK AIDAH..
saya suka bau mulut baby..wangii je

FIDA..
kopi pahit?nanti aku masuk dalam list petua yer

ZUE..
samalah dgn anak no2 dulu letak sirap tapi dai ambik kain sapu..
pastu selamba isap balik.huhu
terlebih cerdik..bagi bawang putih lama2 berenti itupun 2 tahun 2 bulan baru stop

YANI..
yer ke?hepi bday utk yani jugak la
Unknown said…
happy birthday budak kenit..

rupanya kenit sebaya dengan damia anak aku yg no 2..hehe..

aku cuba macam2 kurang berjaya.. lastnya mak mertua aku ambikkan air..sapu dgn bagi aqil minum..
Irfa said…
RAI..
pertama-tama aku pelik nama komen ko masuk spam?tak paham aku

sebaya tahun ke sebaya bulan atau sama besday?

air apa mil ko buat?

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...