Skip to main content

Day Trip To Saigon,Vietnam Part II

masih lagi citer pasal DAY TRIP TO VIETNAM..sebelum tu nak bagitau sikit..pengalaman aku dan orang lain yang penah ke sana mungkin tak sama.jadi apa yang aku ceritakan di sini adalah mengikut pengalaman aku sendiri.takde tokok tambah pun..kalau tak sama dengan orang lain..MAAF YER..tapi aku nak kongsi pengalaman untuk yang pertama kali atau yang sedang merancang nak kesana.okey :)

kerana aku adalah orang terakhir yang nak join trip tu so aku paling lewat tukar duit.orang lain dah tukar awal so diorang dapat 1USD=RM3.16 sen tapi aku dapat 1USD=RM3.17 sen..memangla beza 1 sen je tapi 1 sen pun duit gak kan?hehe

memula aku nak bawak USD100 je tapi ada rakan blog kata 'USD100 mana cukup.nanti nyesal'..so aku up sikit lagi..tak banyak pun.setelah di tolak bahagi dan darah aku tukar RM507 menjadi USD160.sambil cakap dalam hati nak bawak balik atleast USD50..tapi itu mimpi siang..tunggu sampai akhir cerita.kasi suspen sikit :P

SEDIKIT INFO:
-kat sana boleh beli guna matawang pakai USD ataupun DONG.tapi kata adik aku yang pegi sana dan tido semalam,RM pun diorang terima kat pasar malam.kawan aku pulak kata '10000 Dong bersamaan RM1.60 SEN'tapi aku tak check pun.bagi aku lebih senang pakai USD..nak pakai Dong banyak sangat kiraannya.puluh-puluh dan ratus ribu gitu.kalau bawak USD1000 lagi best kot nak menyoping.macam murah la konon kalau ko beli satu barang dengan rega USD5 sedangkan kalau di darab 3 dah jadi RM15.sedangkan kat Malaysia pun aku takkan beli dengan rega tu tapi bila pakai USD rasa macam murah tetiba.padahal........lupa nak darab.ingatkan RM5 je.hehe

sambung kisah kat kedai masa ambik stok baju kurung cotton tu..memang rambang mata nak memilih..kami lama kat situ sebab member yang berniaga memilih baju yang di order oleh pelanggan..dah siap pilih dan pack masuk dalam beg kami usung beg naik taxi ke Ben Thanh Market..lebih kurang Pasar Siti Khadijah la kot (perumpamaan paling dekat aku bagi..hehe).kat sini ruang kedai sangat sesak dan sempit.boleh gesel-gesel bontot dalam tu..sangatlah tak selesa nak memilih boleh sesak napas.

ops..sebelum masuk sini kami singgah satu kedai menjual beg.sbb aku datang dengan satu sling bag je..untuk isi passport/duit dan tiket..so kenalah beli bag back nak isi barang sopink ala-ala itu.checkin bag kawan dah bawak tapi itu untuk isi barang dia..aku cuma tolong bawak je.jangan lupa,nawaitu aku datang situ ialah 'tukang bawak barang'.hehe..jangan lupa diri.

dalam kedai bag tu pun banyak beg pack berjenama yang boleh dipilih.sib baik aku orang Malaysia yang pandai tawar menawar.aku tengok beg sama yang aku beli tapi bila Mat saleh beli..reganya berganda dari harga yang aku bayar.mat saleh tu selamba je bayar tanpa tawar-menawar almaklumlah bagi dia 20USD tu macam RM20 je bagi dia.kalau aku USD20 tu nak kena darab ngan 3..tawar selagi boleh :)

lepas beli beg kat kedai tu kami mintak tumpangkan beg kami yang besar bagak kat situ dan kami berjalan-jalan dalam Ben Thanh Market.banyak barangan dijual kat sini..kena pandai pilih dan tawar-menawar.aku cuma beli telekong untuk kakak dan smocking gown untuk sikenit..itupun puas jugak memilih.dah kata nak yang cantik tapi murah.ingat senang ker?

kat sini jugak aku terkena.nak marah pun ada.dia yang suh aku tengok barang dia,so aku saja la gatal tanya 'how much?' sekali dia paksa aku beli.lepas tu bila aku kata 'no money' terus dia bengang dan kata 'no money,why u ask'boleh?agak kurang ajar disitu..lepas tu aku mmg buat muka selamba kalau diorang panggil tengok barang.aku hanya akan tanya harga bila aku betul-betul berminat nak beli.

kawan-kawan ada yang beli buah-buahan.dan buah cikunya sangatlah besar berganda dari ciku tempatan kita.aku tak beli..malas nak membawak.satu pemerhatian aku kat sini kaum pompuannya slim-mlim sebab aku tak jumpa pun yang se size ngan aku.yang gemuk memang takde la.apa taknya..aku tengok diorang makan (waktu kami sampai memang waktu lunch diorang).diorang makan nasi dan sup sayur/ikan rebus dengan sejenis sambal kicap.sepanjang jalan aku tengok itu je la menu diorang.patutla slim..muka nampak tua tapi body menten muda dan bergetah.(tetiba rasa macam nak tukar menu bila balik nanti.hehe)

diorang makan pun tak pilih tempat.depan kedai banyak penjaja tepi jalan yang bukak meja kecik..sebelah meja tu ada baldi isi air.kat situ lah jugak penjaja cuci mangkuk.main celup-celup je dalam air dalam baldi tu..tak bersabun pun aku nampak.so far sikit pun aku tak rasa berselera nak makan.memangla tak lapar sebab dalam kapal aku dah belasah nasi lemak sambal udang.siap tolong makan kawan punya sebab dia tak lalu makan bila kapal langgar awan.hehe,hilang selera katanya.aku okey je

pusing-pusing cuci mata tengok kain cotton lawa-lawa..jeling poket dah semakin menipis so aku tak beli pun kain cotton tu..lagipun aku dah beli baju kurung cotton yang dah siap..kang beli kain ela nak kena hantar jahit pulak.

lepas sesi beli belah kat situ kami jalan kaki ke satu butik sebab member ada lagi barang nak beli..lama gak kat situ diorang siap menerai jubah yang lawa-lawa dan rega pun memang konfem tak dapat kalau kat Malaysia.hebat peniaga kat sini..dalam kedai tu jual pakaian orang Malaysia je..konfem Vietnam punya orang takkan beli tapi dia boleh menten meniaga.kedai pun lawa tahap butik siap berekon..sib baik aku tak lena dalam tu..sejuk dan badan dah mula lenguh sana sini.kalau ada bantal konfem aku lelap dalam tu.

abis je beli belah balik semula ke kedai letak beg tadi dan cepat-cepat tahan teksi kedai sukan.tak salah aku CITY SPORT namanya.masa dah suntuk suh je taxi tunggu kejap,dahla macam ayam ngan itik..kami suh tunggu 5 minit boleh selamba dia keluar dari taxi dan keluarkan beg kami...kenalah kami berbahasa isyarat bagitau suh tunggu kejap.masa tu boleh lak terlupa nak bagitau tuan kedai suh tolong bagitau drebar taxi tu tunggu.hehe.kami kena cepat sampai airport sebab nak balik malam tu jugak.jalan hari tu sangat jem sebab diorang sibuk menghias bandar..risau sangat kalau sangkut dalam jem.

kawan-kawan beli jersi dan raket pastu terus gerak ke airport.sampai sini terus buka beg dan timbang bagi sama berat.sorang 20kg je kan.terlebih kg nanti kena bayar excess baggage pulak.satu kejadian disini ada satu group mintak tolong nak tumpang beg ngan kami.katanya dia dah terlebih 65kg.kena bayar hampir 400USD.sian memang kesian tapi tak dapat nak tolong sebab kami punya group pun cukup-cukup je.tak tahulah apa citer group tu dengan berat beg yang terlebih sudah.

lepas checkin bag..cepat2 cari tempat lapang untuk solat zohor dan asar.kami ambil tempat kat tepi tiang sebelah toilet tu.harap-harap lepas ni pengurusan lapangan terbang Vietnam ni ambil inisiatif buat tempat solat memandangkan ramai orang Malaysia yang datang berniaga ke sini.tak perlu luas macam surau kat Malaysia asalkan tak terbuka dipandangan umum.boleh ker?harap-harap la..

kami naik flight jam 7.45 malam dan selamat mendarat di KLIA jam 9.30 malam.tapi ada lagi sesi berpeluh ketiak sebab nak lalu kastam.dengan doa janganla kena tahan dengan pihak kastam.siap baca doa lagi.hehe..kami tak keluar ramai-ramai ..semua buat hal masing-masing..ambik beg sendiri dan menonong keluar.dah lepas dari kastam barulah boleh tarik nafas lega.check wallet..tinggal USD2 je untuk dibawa balik ke Malaysia..hebatkan?dah sehabis jimat tu

alhamdulillah..10.30 aku dah sampai umah.anak-anak pun okey..kenit dan hero pun dah tertido.tak tahu pun yang umienya dah terbang sampai ke Vietnam hari tersebut.terima kasih pada cik abe yang bagi lampu hijau untuk aku berjalan-jalan ngan kengkawan.
kalau korang nak tahu ini kali pertama aku ikut trip dengan kengkawan tanpa cik abe dan family,nampak gaya cik abe dah boleh takecare anak-anak so boleh la aku buat lagi..hehe..

apa-apapun aku sangat enjoy ke sana.dan niat nak pegi lagi..kalau ada orang nak bayarkan tiket dan airport tax.ni aku pakai tiket free tahun lepas.tahun ni punya nak simpan pegi jauh sikit kalau ada rezki :).

pstttttttttt:
semalam lupa bawak kamera tapi hari ni kamera bawak tapi usb kabel tertinggal pulak..esok aku janji letak gambar.hari ni korang baca citer je dulu.okey ;) daaaaa

Comments

Cik Sibuk said…
bestnyaaa gi jejalan shopping ngan kengkawan. kita ni kalo jalan shopping ngan somi aje. bosan, balik2 suruh cepat.

btw sori ter-miss entry2 yang seblom ni..keje mas ke?
NenetPenne (NP) said…
kira dalam USD lagi senang..kan..
percayalah buah ciku yang besar2 tu adalah tawar...buah mata kucing yang besar2 tu tak sama dengan buah mata kucin tailand mari..
buah mata kucin tu nampak besar tapi bijik kat dalam pun besar jugak...isinya nipisss je....

depa memang makan meehon sup pastu sayur selambak2..

yang i tringin nak makan ialah popia vietnam tu tapi syang kat dalam tu ben thant tu tak halal...

terbuntang kan bijik mata tengok baju kurung kain cotton cantik2 kan?? pening nak memilih...

memang ada satu kedai tu jual baju kurung cotton, ramai peniaga2 butik amik dari dia tapi i lupa lah nama kedai tu...4 tingkat kalau tak silap..pastu ada dua cawangan...
emarieys said…
bestnya dengan story orang bercuti kat vietnam..tp lagi best diselang seli dengan gambar..
Unknown said…
hamboi..jalan2 vietnam macam jalan2 sogo..eh sogo pun aku jarang pi.. haha..
Nieda said…
Tabik spring kat Irfa jln2 shoping mcm ni. Macam pergi ke petaling Street / Masjid India pulak.
Nida said…
Nanti masukkanlah gambar2 percutian di sana..:)
Elly said…
Hi Irfa... kawan u jual cotton erk! Nakkkkk me peminat setia cotton.
Unknown said…
nanti kita gi berdua duaan plak yea....temani akak hi hi
MOKCIK AZWA said…
uikss..seronok gak kalau buat trip macam ni kan... dpt berjalan2, dpt shopping2.. nak kena cuba buat jugak nie..
Aidah said…
Hiii bestnyeee jenjalan dgn geng 2 mcm ni. Akak tak pernah, hokey! Keluar minum2 teh ngan kengkawan pun tak pernah, Irfa. Siaaaan akak kan (tetiba). Hmmm tak sabar nak tengok gamba pulak.
Mulan said…
awat tak pi masa kami kat sana..?? tapi time tu AA tak mai lagi... teruja pulak nak pi sana balik hari.. seronoknya..!!! nanti sambung citer lagi..
Anaasuria said…
macam dekat jer vietnam tu ye bila boleh pegi balik hari... tapi non-stop la seharian berjalan kan, sebab nak kejar masa.. ok la kan, berbaloi penat.. :)
Hafiz Bohari said…
HI. nak tanye. Korang bawak barang byk2 dari ben tanh market tu pastu check in. pihak kastam vietnam tak tahan and kena kan tax ke? thanks
Hafiz Bohari said…
hi nak tanya korang bawak barang byk2 dari vietnam tak kene tahan oleh pihak kastam vietnam or malaysia ke? thanks
Irfa said…
hafiz..
kalau bawak barang lebih dr berat yang sepatutnya memang kena bayar tax.tapi kami bawak barang cukup2 je.tak lebih dari itu so xde excess baggage
Irfa said…
hafiz..
vietnam dan malaysia semua okey sbb kami xde buat salah pun
hehe.
ayuni said…
Kalu 30psg eng cton lbh x 20kg?
Sume hotel ke ada penimbang
Irfa said…
Ayuni...
30 psg ?
Lebih 20 kg rasanyaa
klu nk beli..cuba tmbag dulu 10psg bpe kg.xpun handcarry je belen tu
rasanya smua hotel ada pnimbang
sbb dia thu org mlysia dtg utk sopim

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...