Skip to main content

As Beauty @ Japanese Green Tea ? Siapa punya angkara?

Nak citer ke tak nak, nak citer ke tak nak (bayangkan sedang membuat pilihan dengan membelek kelopak bunga), okey..citer jelah.

Beberapa bulan lalu (hujung tahun lepas), konon nak wajah yang dah sedia lawa ni bertambah shimmering and glowing, aku terpengaruh dengan satu produk muka. Padahal sebelum ni memang susah nak terpengaruh kalau benda letak kat muka ni, kalau takat sapu krim panas kat perut tu macam2 krim juga sudah dicuba. huhu. Oleh kerana tengok kesan pada orang lain macam good-good je, terus teruja.

Nama produk ialah As Beauty (ada 1 sabun, krim siang dan krim malam). 2 minggu lepas pakai ada la yang tegur 'awak nampak berseri, pakai produk apa ye? kongsilah rahsia kejelitaaan awak dengan saya' (lebih kurang gitu le ayatnya)

Tetapi, *tarik napas,hembus* beberapa minggu lalu aku perasan muka berminyak dan naik jewawat kat dagu (adakah sisa2 produk tu turun ke dagu lantas bertukar menjadi 'minyak dagu' ?). Peliknya, jerawat tu timbul macam tahi lalat dan takde isi dalam tu. tekan2 pun tak pecah. huhu. Jadinya, aku stop pakai kejap. Rajin kalu, aku pakai untuk malam je sebab aku perasan kalau pakai siang, muka berminyak macam dilumur minyak masak kat muka.

Kebetulan pula, 2 minggu yang lepas aku duk gila minum japanese green tea, baca kat gugel banyak kebaikkan minum green tea ni. So alang-alang dapat free, aku pun minumlah segelas sehari. Ada pulak yang tegur 'green tea tak elok minum selalu' pulak dah ......... sebabnya adik dia minum green tea dah macam minum air masak, muka tumbuh jerawat bagai dibubuh baja. Uwaaaaaaaaaa takutnya

So siapa harus dipersalahkan? As Beauty @ Japanese Green Tea ? Sebab memang aku pasti antara 2 benda ni yang memang puncanya. Bab lain emm.. makan cam biasa je takde yang luar biasa pun. Sesapa ada idea tak? Nak letak muka kat blog pun segan pulak.huhu

As Beauty produk


Japanese Green Tea

# kembalikan kulit wajahku yang dulu, tak shimmering and glowing pun takpe asalkan takde jerawat.

Comments

paridah said…
basuh muka tu dengan air basuhan beras gerenti shimmering n glowing semula...petua org dulu2 nk hilangkn jerawat...
Unknown said…
eh? aku minum green tea hari2 ok je.. akak aku minum green tea siap lawas lagi..da makin selim aku tengok..
Dulu aku hari2 minum green tea. Tapi lama2 tak ley blah sbb aku tak tahan angin. Jgn igt green tea tak de angin ya?
Irfa said…
KAK PARIDAH..
penah dengar ambik air beras tengah mengelegak pastu disejukkan dulu
sapu kt muka mcm masker.tak tahu pulak pasal air basuh beras ni
emm ..boleh cuba sebab ianya free :)
Irfa said…
Rai..
itulah pasal..
aku ada baca buang toksin kot green tea ni
sbb kan mahal reganya so bila dapat free..secawan wajib minum setiap hari ;)
Irfa said…
FARA..
aku dah stop minum,rasanya mmg xsedap mcm teh biasa tu ;)
tak pasan lak banyak angin ke tidak
Acik Erna said…
assalam dik oii..sama la kita..kot pasal sapu ni memang suka beno mencuba..tang minum ni..baru 2 jenih je cuba..terbaru cuba 3cixty..
Irfa said…
KAK ERNA..
hehe..kelakar kan?
sib baik takde kes melecur kulit
jaga makan x nak ..sapu losen panas dgn harapan inci pun kurang
ni nak try fellina inchloss lak.tp belum beli lg :)
:: CIKVIVA :: said…
gunalah tabita..takpon bedak sejuk tanaka tu..
sarah said…
haaa..terpengaruh lagi dgn kata manis mereka..berhati2 kalu nak beli brg...lamanya tak lawat blog nih...
Cikja said…
la ye ker green tea tue sebabkan jerawat..patutla aku dah 2 bulan minum green tea tue jerawat bermaharajalela kat muka..pelik pulak selalu ada time je dia muncul..tapi minum green tea tue jadi lawas..hihihihi...
Ayu said…
Assalam irfa,
wah..samalah macam akak kalau apa2 yang letak kat muka ni macam kurang nak percaya..
itu ajelah akak percaya jumpa doctor kulit yang memang pakar kulit
minta dia recommend kat cream kat muka yang banyak2 itam2 ni..heheh
sitiezahim said…
salam irfa, sbb tu saya takut sangat nak pakai apa2 kat muka. kalau tambah lawa takpe, dibuatnya jerawat sebesar jari kelingking naik, puas plak..hehehe..
Mulan said…
ada kawan kata, apa2 benda pon kita telan, tak boleh kerap & banyak sangat.. kena kohor2 (paham tak kohor2..?? hehehe)
Irfa said…
CV..
huh lagi tak berani wpun testimoni mcm best-best je
sbb orang kata kesan awal (2 mggu kulit rasa cam perit)
tak sanggup
tanaka?bedak apa tu
Irfa said…
SARAH..
selamat datang kembali :)
beli dan cuba bukan kena paksa
atas kehendak sendiri so xleh la salahkan orang.huhu
Irfa said…
Cikja..
lepas beberapa bulan pakai as beauty tu,rasa macam muka berminyak
naik jerawat,,so stop kejap..ok je
aku rasa green tea tu kot x sesuai ngan aku
ada sebijik mak jerawat kat pipi.sebatu dah nampak.huhu
lawas tu mmg lawas la kot,pepagi wajib jumpa en tan
tp kesan sampingan tu x tahan wei
Irfa said…
HAI AYU..
kan?
kat tpt lain berani sikit tp kat muka mmg hati2 sgt sblum ni
as beauty produk ke2 saya letak kat muka
dulu termakan iklan Safi Rania tp x sesuai
igtkan jumpa asBeauty ni dah jumpa la produk yg sesuai
rupanya tak sesuai jugak
mmg kena pakai bedak baby je kot.hahaha
Irfa said…
SitieZahim..
tgh bersabar tunggu hilang lah ni..harap x de tinggal parut
nnti jatuh saham
eh!ada saham lagi ke?hahahaha
Irfa said…
Mulan..
paham tapi kohor2 yg saya paham maknanya 'slow-slow'
kalau tak boleh kerap @ jangan banyak sangat tu 'jange make sokmo'
hehe
izawani said…
Irfa... PADAN MUKA... hahahaha...
Irfa said…
KAK IZAN..
huhu, tak baik tau ;(
Unknown said…
nak tanya, akak beli green tea osk tu kat mana? :)
THISfeeling said…
Hi, saya pun ada masalah yg sama. Saya pakai as beauty and minum green tea osk. Saya nak tanya mcm mana awak hilangkan jerawat sbb muka saya naik jerawat bila minum green tea tu. Tak sure green tea ke as beauty :'( please reply!!
Irfa said…
Hai THISFeeling
Sy jarang buka blog sekarang
Sy stop pakai dan bertahan tak pakai apa2 dan jerawat tu hilang sdiri , tp parut nya tu mcm2 ubat kt pharmacy sy beli utk hilang scar
Irfa said…
Hai Patricia
After 3 year bru sy perasan ada komen
Maaf sgt2 sbb sy dh pencen berblog 😂

Teh tu kawan bagi, sy pun tak tahu mana dia beli

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...