Nak citer ke tak nak, nak citer ke tak nak (bayangkan sedang membuat pilihan dengan membelek kelopak bunga), okey..citer jelah.
Beberapa bulan lalu (hujung tahun lepas), konon nak wajah yang dah sedialawa ni bertambah shimmering and glowing, aku terpengaruh dengan satu produk muka. Padahal sebelum ni memang susah nak terpengaruh kalau benda letak kat muka ni, kalau takat sapu krim panas kat perut tu macam2 krim juga sudah dicuba. huhu. Oleh kerana tengok kesan pada orang lain macam good-good je, terus teruja.
Nama produk ialah As Beauty (ada 1 sabun, krim siang dan krim malam). 2 minggu lepas pakai ada la yang tegur 'awak nampak berseri, pakai produk apa ye? kongsilah rahsia kejelitaaan awak dengan saya' (lebih kurang gitu le ayatnya)
Tetapi, *tarik napas,hembus* beberapa minggu lalu aku perasan muka berminyak dan naik jewawat kat dagu (adakah sisa2 produk tu turun ke dagu lantas bertukar menjadi 'minyak dagu' ?). Peliknya, jerawat tu timbul macam tahi lalat dan takde isi dalam tu. tekan2 pun tak pecah. huhu. Jadinya, aku stop pakai kejap. Rajin kalu, aku pakai untuk malam je sebab aku perasan kalau pakai siang, muka berminyak macam dilumur minyak masak kat muka.
Kebetulan pula, 2 minggu yang lepas aku duk gila minum japanese green tea, baca kat gugel banyak kebaikkan minum green tea ni. So alang-alang dapat free, aku pun minumlah segelas sehari. Ada pulak yang tegur 'green tea tak elok minum selalu' pulak dah ......... sebabnya adik dia minum green tea dah macam minum air masak, muka tumbuh jerawat bagai dibubuh baja. Uwaaaaaaaaaa takutnya
So siapa harus dipersalahkan? As Beauty @ Japanese Green Tea ? Sebab memang aku pasti antara 2 benda ni yang memang puncanya. Bab lain emm.. makan cam biasa je takde yang luar biasa pun. Sesapa ada idea tak? Nak letak muka kat blog pun segan pulak.huhu
# kembalikan kulit wajahku yang dulu, tak shimmering and glowing pun takpe asalkan takde jerawat.
Beberapa bulan lalu (hujung tahun lepas), konon nak wajah yang dah sedia
Nama produk ialah As Beauty (ada 1 sabun, krim siang dan krim malam). 2 minggu lepas pakai ada la yang tegur 'awak nampak berseri, pakai produk apa ye? kongsilah rahsia kejelitaaan awak dengan saya' (lebih kurang gitu le ayatnya)
Tetapi, *tarik napas,hembus* beberapa minggu lalu aku perasan muka berminyak dan naik jewawat kat dagu (adakah sisa2 produk tu turun ke dagu lantas bertukar menjadi 'minyak dagu' ?). Peliknya, jerawat tu timbul macam tahi lalat dan takde isi dalam tu. tekan2 pun tak pecah. huhu. Jadinya, aku stop pakai kejap. Rajin kalu, aku pakai untuk malam je sebab aku perasan kalau pakai siang, muka berminyak macam dilumur minyak masak kat muka.
Kebetulan pula, 2 minggu yang lepas aku duk gila minum japanese green tea, baca kat gugel banyak kebaikkan minum green tea ni. So alang-alang dapat free, aku pun minumlah segelas sehari. Ada pulak yang tegur 'green tea tak elok minum selalu' pulak dah ......... sebabnya adik dia minum green tea dah macam minum air masak, muka tumbuh jerawat bagai dibubuh baja. Uwaaaaaaaaaa takutnya
So siapa harus dipersalahkan? As Beauty @ Japanese Green Tea ? Sebab memang aku pasti antara 2 benda ni yang memang puncanya. Bab lain emm.. makan cam biasa je takde yang luar biasa pun. Sesapa ada idea tak? Nak letak muka kat blog pun segan pulak.huhu
As Beauty produk |
@
Japanese Green Tea |
Comments
penah dengar ambik air beras tengah mengelegak pastu disejukkan dulu
sapu kt muka mcm masker.tak tahu pulak pasal air basuh beras ni
emm ..boleh cuba sebab ianya free :)
itulah pasal..
aku ada baca buang toksin kot green tea ni
sbb kan mahal reganya so bila dapat free..secawan wajib minum setiap hari ;)
aku dah stop minum,rasanya mmg xsedap mcm teh biasa tu ;)
tak pasan lak banyak angin ke tidak
hehe..kelakar kan?
sib baik takde kes melecur kulit
jaga makan x nak ..sapu losen panas dgn harapan inci pun kurang
ni nak try fellina inchloss lak.tp belum beli lg :)
wah..samalah macam akak kalau apa2 yang letak kat muka ni macam kurang nak percaya..
itu ajelah akak percaya jumpa doctor kulit yang memang pakar kulit
minta dia recommend kat cream kat muka yang banyak2 itam2 ni..heheh
huh lagi tak berani wpun testimoni mcm best-best je
sbb orang kata kesan awal (2 mggu kulit rasa cam perit)
tak sanggup
tanaka?bedak apa tu
selamat datang kembali :)
beli dan cuba bukan kena paksa
atas kehendak sendiri so xleh la salahkan orang.huhu
lepas beberapa bulan pakai as beauty tu,rasa macam muka berminyak
naik jerawat,,so stop kejap..ok je
aku rasa green tea tu kot x sesuai ngan aku
ada sebijik mak jerawat kat pipi.sebatu dah nampak.huhu
lawas tu mmg lawas la kot,pepagi wajib jumpa en tan
tp kesan sampingan tu x tahan wei
kan?
kat tpt lain berani sikit tp kat muka mmg hati2 sgt sblum ni
as beauty produk ke2 saya letak kat muka
dulu termakan iklan Safi Rania tp x sesuai
igtkan jumpa asBeauty ni dah jumpa la produk yg sesuai
rupanya tak sesuai jugak
mmg kena pakai bedak baby je kot.hahaha
tgh bersabar tunggu hilang lah ni..harap x de tinggal parut
nnti jatuh saham
eh!ada saham lagi ke?hahahaha
paham tapi kohor2 yg saya paham maknanya 'slow-slow'
kalau tak boleh kerap @ jangan banyak sangat tu 'jange make sokmo'
hehe
huhu, tak baik tau ;(
Sy jarang buka blog sekarang
Sy stop pakai dan bertahan tak pakai apa2 dan jerawat tu hilang sdiri , tp parut nya tu mcm2 ubat kt pharmacy sy beli utk hilang scar
After 3 year bru sy perasan ada komen
Maaf sgt2 sbb sy dh pencen berblog 😂
Teh tu kawan bagi, sy pun tak tahu mana dia beli