Tuesday, April 10, 2012

Ikan Kakak Mati Lemas



sejak hujung tahun lepas (cuti sekolah bulan disember) kat umah aku ada 2 ekor anak ikan.walaupun aku tak suka membela tapi kali ni kalah dengan permintaan anak-anak yang nak sangat bela anak ikan tersebut.ni gara-gara terikut dengan hobi baru makwan yang bela ikan comel tu.ikan tu duk dalam bekas asing-asing..tak boleh duk dalam satu bekas nanti mereka akan bergaduh sampai carik-carik ekor comel tu.apa nama ikan tu yer?ikan laga ker?

satu ikan kakak yang makwan belikan masa kakak cuti kat cheras
dan satu lagi ikan abam yang ayahnya beli kat kedai area rumah kami

namun nama je ikan diorang tapi yang bagi ikan makan dan cuci balang ikan sudah jadi keje aku.memula je eksited lepas tu dah lupa.aku okey je takat bagi makan,bukan susah pun..tabur-tabur je bukan kena suap pun.hehe

tapi sabtu lepas..cik abe bagitau 'umie,satu ikan tu dah mati'.aku boleh tak perasan masa bagi makan tu yang satu ikan tu tak bergerak.huhu.kan aku dah cakap,inilah sebab aku tak suka nak bela apa-apa..bila mati mesti rasa sedih.

hero tanya 'kenapa ikan kakak mati?'.

aku jawab 'ikan tu mati lemas sebab tertelan banyak air'.

tapi dia kata 'abang rasa dia mati sebab umie bagi makan banyak sangat'

boleh?

aik..umie jugak yang salah

9 comments:

cheqna said...

ikan ekor comel tu??
ikan mende r erk nama dia..lupa...

Aidah said...

Kakak dah tahu ke berita sedih ni? Akak tak tahu nak sedih atau nak gelak bila dengar ikan boleh mati lemas. Kelakar pun ada. Hihihi (gelak perlahan je)

Rai Ourkizuna said...

hahaha...pandai anak ko menjawab eh..dahlah kita bagi makan..dia tuduh kita pulak bagi mati kan.. kalau aku menggelegak dah kat situ..

ikan tu aku panggil ikan laga je.. rasanya laki aku ada sebut nama saintifiknya..tapi aku tak ingat.. haha..

m.u.l.a.n said...

tak dibenarkan dalam rumah ni.. sbb depa2 ni kasi ikan makan dgn bersungguh2... sampai kembung & mati ikan2 tu..

oren said...

tu lah yg paling tak best bila binatang yg kita bela buleh mati..

Acik Erna said...

bersedia la nak bagi tau kakak..

Anonymous said...

Ikan saya pun mati pagi ni 5 ekor. tlupa beli makanan ikan, asyik bagi roti je, xbest kot, terus mati.

Lady Windsor said...

Irfa,
Peacock kot yg ekor comel macam renda tu kan...ahahaha jawapan abam kepada uminya pun comel...abam bijak! Hihi..

bangsawan nilai said...

lenkali bagila mkn nasi lemak ke roti canai ke...ha ha