Skip to main content

Ikan Kakak Mati Lemas



sejak hujung tahun lepas (cuti sekolah bulan disember) kat umah aku ada 2 ekor anak ikan.walaupun aku tak suka membela tapi kali ni kalah dengan permintaan anak-anak yang nak sangat bela anak ikan tersebut.ni gara-gara terikut dengan hobi baru makwan yang bela ikan comel tu.ikan tu duk dalam bekas asing-asing..tak boleh duk dalam satu bekas nanti mereka akan bergaduh sampai carik-carik ekor comel tu.apa nama ikan tu yer?ikan laga ker?

satu ikan kakak yang makwan belikan masa kakak cuti kat cheras
dan satu lagi ikan abam yang ayahnya beli kat kedai area rumah kami

namun nama je ikan diorang tapi yang bagi ikan makan dan cuci balang ikan sudah jadi keje aku.memula je eksited lepas tu dah lupa.aku okey je takat bagi makan,bukan susah pun..tabur-tabur je bukan kena suap pun.hehe

tapi sabtu lepas..cik abe bagitau 'umie,satu ikan tu dah mati'.aku boleh tak perasan masa bagi makan tu yang satu ikan tu tak bergerak.huhu.kan aku dah cakap,inilah sebab aku tak suka nak bela apa-apa..bila mati mesti rasa sedih.

hero tanya 'kenapa ikan kakak mati?'.

aku jawab 'ikan tu mati lemas sebab tertelan banyak air'.

tapi dia kata 'abang rasa dia mati sebab umie bagi makan banyak sangat'

boleh?

aik..umie jugak yang salah

Comments

Anonymous said…
ikan ekor comel tu??
ikan mende r erk nama dia..lupa...
Aidah said…
Kakak dah tahu ke berita sedih ni? Akak tak tahu nak sedih atau nak gelak bila dengar ikan boleh mati lemas. Kelakar pun ada. Hihihi (gelak perlahan je)
Unknown said…
hahaha...pandai anak ko menjawab eh..dahlah kita bagi makan..dia tuduh kita pulak bagi mati kan.. kalau aku menggelegak dah kat situ..

ikan tu aku panggil ikan laga je.. rasanya laki aku ada sebut nama saintifiknya..tapi aku tak ingat.. haha..
Mulan said…
tak dibenarkan dalam rumah ni.. sbb depa2 ni kasi ikan makan dgn bersungguh2... sampai kembung & mati ikan2 tu..
oren said…
tu lah yg paling tak best bila binatang yg kita bela buleh mati..
Acik Erna said…
bersedia la nak bagi tau kakak..
Anonymous said…
Ikan saya pun mati pagi ni 5 ekor. tlupa beli makanan ikan, asyik bagi roti je, xbest kot, terus mati.
Lady Windsor said…
Irfa,
Peacock kot yg ekor comel macam renda tu kan...ahahaha jawapan abam kepada uminya pun comel...abam bijak! Hihi..
bangsawan nilai said…
lenkali bagila mkn nasi lemak ke roti canai ke...ha ha

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

GA: Nak Bagi Hadiah Sempena Besday Aku, Nak Tak?

I LOVE FEBRUARY (^_^) kerana February adalah bulan kelahiranku *wpun mak kata, lahirkan aku 31Jan, tapi di daftar kan pada 1 Feb, huhu secara rasminya, dalam surat beranak n ic, aku lahir 1 Feb February banyak cuti kalau pandai plan, penjimatan berganda dibulan Feb ini Pada 1 February lepas aku dengan baik hatinya bagi cuti pada semua yang bekerja di Wilayah suka tak? sori gurau je eh Ok, yang ni tak gurau memandangkan aku dapat 'hadiah besday yang tak disangka' oleh 'teman sebilik' makanya, aku nak bagi hadiah kepada 5 pengomen bertuah #mintak tolong ye, kalau korang join, sila check balik kotlah korang menang yang lepas2 pun ada lagi yang yang tak claim hadiah GA aku pun dah lupa sapa yang tak claim, huhu soalannya berbunyi begini HAPPY IRFA ADA BERAPA ORANG ADIK? bukan adik-beradik ye sila jawab dalam sekali napas 5 orang terawal dapat jawab dengan tepat ada hadiah menanti selamat mencuba (^_^) ...