Monday, November 25, 2013

Janji 1: Mandi Manda di Bukit Lagong

Waktu kakak di kampung, bila si abam teringin nak kemana2 mesti akan cakap 'boleh tak bila kakak balik, kita pegi sini?' jadinya dia dah lama sebut nak mandi sungai/air terjun. Tapi aku bagi alasan 'tunggu kakak balik sini'. Sekarang kakak dah balik, apalagi .. menagih janji ler. Ini antara senarai janji bila kakak balik # mandi sungai. 

Kebetulan Sabtu kami ke Cheras, sementara mak dan adik ke rumah adik lelaki. Kakak nak jumpa atok dan makwan (mak ayah en Abe). So Ahad tu takde apa2 program, kami buat keputusan ke area Selayang, ada sungai ala2 air terjun tak berapa nak terjun sangat. Banyak kali dah kesana, sungai tu dalam kebun perkampungan orang asli kot. Ada dusun durian tepi sungai tu.

Bawak seperiuk nasi + sebotol kicap dan tapau kepsi buat bekalan mandi mandi. Call adik ipar ajak join, dan mil n fil pun join last minute. Sebelum tu 'cilok' 2 orang anak sil buat teman si kakak n abam. Diorang tu memang sepupu kamceng, seronokla sebab lama tak jumpa. Lebih kurang jam 11 pagi kami sampai, dah ada 2/3 family tengah bentang tikar. Kami share satu pondok dengan family lain.

Jom layan gambar

airnya cetek dan jernih
takdelah banyak batu bata
monitor anak dari pondok tepi tebing pun okey je

layan nasi dengan kicap dan ayam kepsi
korang mampu?
orang lain siap bbq tapi kami selamba makan kfc je
tak kuasa nak kipas2 bara api
sampai je terus makan dan berendam

wajah2 ceria kanak2 ribena 

pandangan sisi mil, fil, adik bongsu en abe dan isterinya 

ni rayyan, hero paling kecik dalam family mil
anak dara kenit bersama ayah dan baby rayyan

aku kat mana?
semestinya tak kuasa nak basah2 baju, jadi aku booking kat pondok je
sambil layan budak kenit ni
Lebih kurang jam 3 petang, panggil anak2 naik. Pandai lak buat2 tak pandang umie, takut kena panggil naik. Kang umie jadi tarzan kat situ, baru korang tahu ye ..

Ada lagi 2/3 permintaan anak2, antaranya ialah nak ke Zoo Negara (sebagai ganti kakak tak ikut rombongan sekolah melawat KL tu hari) bila tah nak pegi, kena check tiket masuk Zoo berapa RM. Selama duk sini, aku pun tak penah gi Zoo Negara. Tunaikan permintaan yang dekat2 dan mampu dulu.. yang jauh sikit tunggu la karung $$ jatuh depan pintu, hihi.

Korang kemana cuti sekolah ni?

21 comments:

  1. As-salam irfa..

    wah.. bestnya mandi sungai.. lebih2 lg yang tak banyak batu macam tu.. paling best makan nasi kicap bersama ayam kepsi.. mmg berselera jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS HANIS AZLA..
      bdk2 ngan air mmg suka sgt
      sy x minat sgt sbb malas nak salin baju, lagipun tpt salin baju pun mcm x sesuai je
      segan jugak nak bukak bekalan sbb org satu pondok ngan kami tu siap bbq.tapi last2 dia pulak yg tegur kami 'senang bawak ayam kfc je td, bbq ni lambatnya masak' hihi

      Delete
  2. nmpak ok tempat tu utk bawa anak2 kecil berkelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PARIDAH..
      ramai yg bawak anak kat sini.rasanya kalau psangan bercinta mesti segan kot sbb ramai dtg family ;)
      air pun cetek je cuma tpt ni x besar mana..kemudahan mcm bilik air pun sedih
      bilik air ada tp air takde ;(

      Delete
  3. Ni kat belah mna ni kak...x pnah plak tau ada tmpt ni...
    Kan...snang mkn kepci...nasi kicap.. Tp ada tlor dadar tu...lg mkn x hingat!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASYIFA..
      sy ni bukan tahu sgt bab jalan2 ni
      tp area selayang ontheway ke gombak tu
      dekat kawasan perumahan .. area blkg tu sikit je .tak jauh dr jalan besar

      Delete
    2. Nampak meriah org kat sana tu. Ingat nak bawa famili ke sana.

      Nak masuk tempat ni ikut mana ek?

      Delete
  4. Inilah masa mereka main sakan. Kalau tak cuti sekolah tak ada peluang besar kan...
    Kalau kakak pun tak kuasa nak mengipas. Baik bawa yg dah siap - lapar terus ngap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ZAKIE..
      hehe,betul tu kak
      bukan selalu jumpa,cuti panjang ni ler..
      tu lah pasal sy tapau je.. cepat boleh makan

      Delete
  5. oh..ada eh..aku mmg tak tau bab2 air terjun ni..lagipun anak2 kecik lagi takut tak mampu nak handle bawak pegi air terjun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      aku pun pilih kawasan jugak..tinggi sgt air terjun nya x berani juga
      tak pasal dr nak seronok lain jdnya
      so far tpt ni dh byk kali pegi..okey je

      Delete
  6. Anak2 makchaq pun dok ajak pi mandi sungai.. tapi hujan2 ni takut la pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAK CHAQ..
      kami pegi awal sbb sekarang petang je mesti hujan
      bahaya pegi air terjun waktu musim hujan sbb 'kepala sungai' ke apa namnya tu sekali turun..boleh hanyut, nauzubillah

      Delete
  7. mujur permintaan abam yg boleh kontrol bajet...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN..
      psttttttttt.. itu permintaan kecil
      permintaan besar x leh citer sbb tkde bajet sekarang.haha

      Delete
  8. seronoknya dapat berkelah camtu, semalam anak2 sayapun pergi mandi manda kat air terjun, tapi mama pulak tak ikut sebab kerja.. cam sedap jer makan nasi kicap ngan ayam kepsi..nak tirulah lain kali hehehe..

    ReplyDelete
  9. Salam Irfa..part last tu memang best..azwa pun tunggu karung $$ jatuh depan pintu rumah hahaha..

    ReplyDelete
  10. perasan tak, kalau kita pergi piknik ke, mandi manda ke, aktiviti kita adalah sampai cari port dulu, makan, mandi manda, makan, berendam, makan, terjun masuk air, makan, kemas nak balik, makan.


    asyik maaaaaakan aje la memanjang tu eh. hahaha

    ReplyDelete
  11. Anak2 Irfa, jgnkan anak Irfa yg kecik2 tu, anak Akak ALong ngan Wardahpun sama, ambik peluang depa.

    ReplyDelete
  12. Bestkan kalau kita bawak family kita pulak yg g mandi manda ni...hahaha...walaupunn

    ReplyDelete
  13. Haah,baru blk dr bukit lagong. Sakit kpale pas mndi..knp tah.emm

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)