Thursday, November 28, 2013

Homemade Kimchi dan Mangga Manis

KISAH PETANG SEMALAM

Balik keje semalam, ada parcel untuk aku
yang di alamatkan ke rumah pengasuh
dalam hati berkata
'yeayyy.. kimchi sudah sampai'
kiriman dari Rai Ourkizuna
# siap ugut sambil hentak2 kaki suh dia pos sebalang untuk aku, haha

aku kan peminat tegar drama Korea
bila scene makan2 mesti diorang hidang kimchi
dalam hati teringin nak cuba
tapi tak pernah pun ke restoren makanan korea
ada je resepi si Rai tu bagi
tapi ... buat sendiri konfem lah bukan aku orangnya

Home made kimchi
apa rasanya?
masam2 pedas, boleh tahan
memang jeruk kubis le, tapi ada rasa pedas2
aku makan ngan nasi je sebab dah malam
lauk dah habis tapi malas nak masak lauk
si abam suka, makan bersuap aku dengan dia semalam
kata si tukang buat, buh dalam nasi goreng pun sedap
boleh ler cuba nanti    

KISAH PAGI INI

di opis, baru fikir apa nak buat pagi ni
tetiba ada kol dari 'seseorang'
ingatkan dia nak 'terbang' kemana2
rupanya nak bagitau kat rumahnya banyak mangga, tak tahu nak bagi sapa
kalau aku nak, dia nak datang hantar ke opis
dah kebetulan nak keluar gi check up, katanya

wow! tak cukup tapak tangan
lapangan terbang Klia aku tadahkan, hihi

ni dia rezki hari Khamis
dah bagi kengkawan sikit
memanjangkan pahala si pemberi
TQ Sis Nysya
(antara blogger terawal yang aku kenal masa memula menulis blog)  

manis buahnya semanis tuannya
Alhamduillah

(^_^)


18 comments:

  1. Wow1 buah kundang kan? Sedapnya!!!

    Aku ni tgk kimchi si Rai, teringin rasanya tp tkut tak termakan sbb aku tkot tak tertelan. Huhuhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. FARA..
      mangga la wei.. baunya harum, rasanya manis
      mcm sedap je klu buat jus

      Delete
  2. ala siannya..kuah da habis keluar eh..sori eh irfa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEAR RAI..
      sikit je meleleh pun, posmen bukan tahu apa isi dalam tu

      Delete
  3. sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEAR MASY..
      hehe
      ada selera makan jugak salah satu rezki

      Delete
  4. yummy....sedap erk...nk order jugak la dr kak rai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. RIETTA..
      x penah makan sblom ni
      so bila rasa yang rai buat ... masih boleh diterima tekak
      yang pasti halalan toyyiba
      tapi x pasti pulak dia nak bisnes @ saja suka2
      cuba tanya dulu

      Delete
  5. demam kimchi skrg ni..sedap ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHOT..
      rasa macam jeruk kot
      tp bukan jeruk buah, ia jeruk sayur
      ada karot, timun dan jugak kobis
      hehe .. rasa mcm acar pun ada

      Delete
  6. mangga masak ranum, manis tu...

    ReplyDelete
  7. alaaaaa..ingat nk share resepi kimchi tu...

    ReplyDelete
  8. wah!!!bestnye dpt mangga satu plastik gitu. btw kimchi tu xminat le, mmg pelik je napa xminat sgt sedangkan ramai yg memuja. heheh

    ReplyDelete
  9. Telan air liur K.Sham tgk yg dlm beg plastik tu..

    ReplyDelete
  10. sedapnya mangga..lama x mkn :)

    p/s: sy xjual plastik pos laju..tp ada je org jual..cuba la search kt fb or gugel mana² blog :)

    ReplyDelete
  11. Wow..kalau Cik Rai nak biz kimchi..azwa pun nak order gak nie hehehe

    Mangga manis..hmnnn..nampak sedappp tu..

    ReplyDelete
  12. tak pernah makan kimchi...nak try la pg restoran korea lepas ni. tgk dlm drama korea sedap jer dia org mkn...
    check out my blog: comfortandblissfullife.wordpress.com

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)