Skip to main content

The Inheritors (Pewaris) aka The Heirs

Ye haaaaaaaaaaaaa, lama tak berkisah tentang drama Korea kan? Bukan peminat drama korea harap dapat tahan diri dari muntah ye, hihi. Okey, ini drama yang terbaru aku follow selain  drama bertajuk 'The Birth of a Family' dan 'The Strange Housekeeper' emm, macam banyak je drama kena follow, macam banyak sungguh masa lapang ye, huhu

Masa memula iklan The Inheritors (The Heirs kalau kat Korea nun), aku dah set taknak follow. Sebab taknak terikat dengan cite tu, paham2 jelah bila dah tersangkut susah nak lepaskan diri. Tapi tertengok jugak pada episod ke2. Dan selepas itu tertunggu2 jugak episod seterusnya. Nak kata set alarm semata2 nak tengok tak jugak, siaran ulangan kan ada.

Tapi malam tadi, ketiduran awal akibat kepenatan bekerja seharian di kantor, tertido lepas Magrib, sedar diri dah jam 10 malam. Tapi, si anak dara tu rupanya tunggu drama tu. Dia dah follow masa kat kampung. So dialah yang apdet aku apa kisah malam tadi. Bila orang yang citer, mana sama dengan tengok dengan mata sendiri. Cam tak best je sebab kena membayangkan watak2 dan scene tersebut.

Tadi, lompat2 blog, singgah blog Moon, TQ Moon, bagi link tu ye, so dah khatam sampai episod 13. Peminat Lee Min Ho, mesti tak lepas peluang tonton citer ni.


Lee Min Ho
kakak suka hero ni
# dah anak dara rupanya anak umie ni, huhu

salah satu watak yang 'menyakitkan hati'
kakak tak suka sungguh mamat ni
bila scene mamat ni, mulalah kakak pot pet pot pet 


# ini kisah golongan kelas atasan
kisah anak2 remaja di kolej elit yang kasta tinggi
tentang kekurangan kasih sayang wpun $$ tidak menjadi masalah bagi mereka
kisah cinta antara seorang lelaki anak jutawan dan seorang gadis anak tukang gaji.

Nak tengok boleh klik link di bawah
Tapi baru setakat episod ke 13  
(katanya 20 episod je, so bolehlah lah layan, takdela lama sangat nak tunggu ending)


enjoy the drama
# tak puas hati tgk kat link ni
mcm ada scene yang tertinggal je
best lagi tengok kat tv
tp boleh lah layan 

(^_^)

UPDATE:
full episod The Heirs
EPISOD 1-20


Comments

hh said…
waa,, sukanya.. siap ada link lagi. nanti hani tgk ok... tq irfa
Unknown said…
arghh..jangan racuni daku..hahaha..

shujin pun kata cite ni cam menarik..tapi kitorang kalau nak tengok kena donlod atau beli cd..hihi
Irfa said…
RAI..
hahaha
kasi racun sama dia
en abe yang tak minat layan drama pun dah tersangkut ngan drama ni gara2 aku kontrol remote,hihi
Irfa said…
NUR HONEY..
sama2.. sharing is caring katanya
t.a.t.a said…
Kita layan The Strange Housekeeper!!!! bangga giler bila aku tulis aku layan cerita tu. sebab apa aku layan? sebab cerita tu pun cuma Isnin Selasa aje, so no hal la kalau dok terbatu depan tv hari-hari tu. hahaha
paridah said…
seronok jg layan cite korea ni...
happyichigo♥ said…
Dira cume tgk the great doctor je..
Klu tgk banyak2 nnt tak buat keje.. Hehehe
Lgpun baru sejak kebelakangan ni tgk korean drama. Nama pelakon pun tak tau
:: CIKVIVA :: said…
break time layan ni je..sebb dah tau mesti lupa nk tgk kat tv..
Irfa said…
TATA..
tgk jugak masa ep 1 dan 2
pastu dah tak tengok, geram je dgn si ayah dan pompuan simpanan tu
huh
anak lelaki no 2 dan anak anak bongsu tu comel sgt
geran
Irfa said…
KAK PARIDAH..
jangan mula, mmg susah nak stop
Irfa said…
DIRA HAPPYICHIGO..
yg tu pun ada LMH tapi sbb citer lasak..akak malas nak tengok
citer The Heirs ni dia sgt sweet ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...