Tuesday, December 10, 2013

BBQ Santai di Wetland Putrajaya

INI KISAH SABTU LEPAS
# sehari sebelum si abam bersunat

Ini bukan family day opis aku, tapi opis adik aku CikViva
cerita penuh boleh baca kat blog dia

pintu masuk Wetland Putrajaya
selepas 'berpusing' beberapa kali, akhirnya jumpa pintu masuk
jangan marah je CikViva

model of the day
tak berapa sihat, bila batuk nampak mencungap je
sian kita (dia suka bahasa kan diri dia sebagai 'kita') 

cuba teka mana satu kaki sikenit Ajaa?
soklan mintak pelempang, hehe
aku dengan adik2 dan anak2 je
# en abe keje 

love heart, diamond umbrella
'ini burung, bukan rama-rama tau'
# marah dia bila kami kata dia buat rama-rama

dari tempat parking keta, naik tram ke tempat kejadian
Elok kami sampai, hujan pun turun .. tak lebat tapi kalau berdiri tengah hujan tu selama 15 minit, basah jugak la baju tu. Sarapan dulu sebelum bertolak ke tempat kejadian. Tram bawak kami pusing2 kat tempat tanam pokok, pastu lalu kat tempat flamingo, masa tu flamingo pun menyorok sebab hujan. nampak sipi-sipi je.

Pemandangan hijau dan tasik yang tenang, rasa lupa sekejap dengan kesibukkan kota. Booking 3 buah bangsal orang panggil bangsal ke chalet? Bagus tempat ni, senang sebab setiap bangsal ada tempat bbq, sesuai utk buat family gathering, tak payah bawak set membakar, masuk token je terus boleh main masak-masak. Perut cepat lapar bila hujan .. Antara menu ialah nasi goreng, bihun goreng, sandwich, bbq ayam, sosej, daging burger dan jagung. Aku makan mana yang selera kat tekak je ..

antara makanan yang 'dibakar' pada hari tersebut  
makan sampai muncung2 mulutnya
dia memang 'penggemar segala jenis buah' 
Lepas makan ada games untuk anak-anak, kakak dan abam join semua acara. Sikenit join acara rebut gula-gula je, kecik sangat .. nanti kena langgar je.

dialog dari hati si kenit
'kita tak nak gula-gula, nak belon je boleh tak' 

dalam malu2, kakak pun join sekali wpun acara rebut gula2 

'kita ada banyak gula-gula. sapa nak angkat tangan?

acara makan buah tembikai sampai licin

makan sampai tinggal kulit putih tau

hadiah banyak berupa makanan/jajan
ada flight toiletries bag tapi dalam tu jajan jugak isinya

ada jugak hadiah gelas kaca berkaki ni
bila di kumpul semua, dapat 1/2 dozen
Lebih kurang jam 4.00 petang majlis bersurai, sebelum balik singgah tengok Putrajaya di Menara Pandang Jauh, boleh tahan tinggi anak tangganya. Naik tangga macam nak tercabut kepala lutut. 

kat belakang tu menara pandang jauh, boleh nampak Masjid dari atas ni
terbaca amaran ni, cepat2 rasa nak turun walaupun cuaca baik je
tau takut ye

bukti dah sampai sini, haha

kat sini kalau malas jalan kaki, boleh sewa basikal untuk pusing2
rm4/satu jam 
adik2 perempuan kesayangan ku, love u all muah muah
*tangandibahumatakeatas*

kita boleh lompat sampai ke bintang

apa motif gambar ni?
emm ... saja suka, lawa gambar ni
macam kreatif je, macam iklan jual beg je
hihi
Pukul 5.00 kami dah beransur balik, sebelum tu singgah tengok gelagat manusia depan masjid besar tu, ramai orang bersantai bawak anak2 main basikal kat situ. Anak2 mintak nak main basikal apa tah namanya, layan jelah budak nak kena sunat tu main ..

senyum lebar nampak
jaga2.. esok jumpa tok mudim, hihi 
Sekian kisah beriadah bersama adik2 dan anak2.. Tempat ni sesuai bagi korang yang suka ber gathering bersama family, sambil berbbq boleh melihat keindahan alam sekitar, hijau je pemandangan.
# hijau bagus untuk mata, hihi


14 comments:

  1. ingat ada kepok lekor , rupanya bakar sosej...mataku kelabu

    ReplyDelete
  2. penah sekali pi...sesat barat...hahhaa

    ReplyDelete
  3. tertarik aku dgn tempat bakar bakar masuk token tu..huhu

    ReplyDelete
  4. Rahsia menang pertandingan makan tembikai walau beri sepuluh biji..he..he.. - jangan makan guna sudu. pakai tangan... masa ambik tu perah airnya kemudian baru suap ke mulut...

    ReplyDelete
  5. Bestnye....rietta blom pernah smpai sni...klu putra jaya asik amek gmbar area masjid ngn jambatan jerr...

    ReplyDelete
  6. Aku suke aktiviti mcm ni. Entah bila nak bt n kumpulkan family. Paling best, aktiviti makan2 tu. Haih!!! Bestlah tgk aktiviti ko ni.

    ReplyDelete
  7. Menarik tempat ni. Saya pernah ajak suami singgah tapi dia ssyik kata lain kali . Bilalah lain kali kami tu.

    ReplyDelete
  8. seronok bila dah berkumpul anak2 kan dik

    ReplyDelete
  9. irfa, atas bagi teka teki. tapi bawah dah bagi jawapan. hahaha.

    by the way, aku suka kasut yang merah itu. menawan!

    ReplyDelete
  10. Macam best buat i tertaeik la nk kesana. Tak pon pi situ sblm ni walaupon slalu ke putraja

    ReplyDelete
  11. bestnyer dapat beraktiviti gini...cantik tempat ni...

    ReplyDelete
  12. Apa-apa pun kalau jenjalan atau keraian ada family akan tambah seronok.
    Ajaa lagilah dia yg kecik mestilah jadi tumpuan. Pandai pulak tu ikut collect gula-gula:)

    ReplyDelete
  13. hai.nak tanya mcm mana nak booking tempat bbq?

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)