INI KISAH SABTU LEPAS # sehari sebelum si abam bersunat Ini bukan family day opis aku, tapi opis adik aku CikViva cerita penuh boleh baca kat blog dia |
pintu masuk Wetland Putrajaya selepas 'berpusing' beberapa kali, akhirnya jumpa pintu masuk jangan marah je CikViva |
model of the day tak berapa sihat, bila batuk nampak mencungap je sian kita (dia suka bahasa kan diri dia sebagai 'kita') |
cuba teka mana satu kaki sikenit Ajaa? soklan mintak pelempang, hehe |
aku dengan adik2 dan anak2 je # en abe keje |
love heart, diamond umbrella 'ini burung, bukan rama-rama tau' # marah dia bila kami kata dia buat rama-rama |
dari tempat parking keta, naik tram ke tempat kejadian |
Pemandangan hijau dan tasik yang tenang, rasa lupa sekejap dengan kesibukkan kota. Booking 3 buah bangsal orang panggil bangsal ke chalet? Bagus tempat ni, senang sebab setiap bangsal ada tempat bbq, sesuai utk buat family gathering, tak payah bawak set membakar, masuk token je terus boleh main masak-masak. Perut cepat lapar bila hujan .. Antara menu ialah nasi goreng, bihun goreng, sandwich, bbq ayam, sosej, daging burger dan jagung. Aku makan mana yang selera kat tekak je ..
makan sampai muncung2 mulutnya dia memang 'penggemar segala jenis buah' |
Lepas makan ada games untuk anak-anak, kakak dan abam join semua acara. Sikenit join acara rebut gula-gula je, kecik sangat .. nanti kena langgar je.
Lebih kurang jam 4.00 petang majlis bersurai, sebelum balik singgah tengok Putrajaya di Menara Pandang Jauh, boleh tahan tinggi anak tangganya. Naik tangga macam nak tercabut kepala lutut.
dialog dari hati si kenit 'kita tak nak gula-gula, nak belon je boleh tak' |
dalam malu2, kakak pun join sekali wpun acara rebut gula2 |
'kita ada banyak gula-gula. sapa nak angkat tangan? |
acara makan buah tembikai sampai licin |
makan sampai tinggal kulit putih tau |
hadiah banyak berupa makanan/jajan ada flight toiletries bag tapi dalam tu jajan jugak isinya |
ada jugak hadiah gelas kaca berkaki ni bila di kumpul semua, dapat 1/2 dozen |
kat belakang tu menara pandang jauh, boleh nampak Masjid dari atas ni |
terbaca amaran ni, cepat2 rasa nak turun walaupun cuaca baik je tau takut ye |
kat sini kalau malas jalan kaki, boleh sewa basikal untuk pusing2 rm4/satu jam |
adik2 perempuan kesayangan ku, love u all muah muah *tangandibahumatakeatas* |
apa motif gambar ni? emm ... saja suka, lawa gambar ni macam kreatif je, macam iklan jual beg je hihi |
Pukul 5.00 kami dah beransur balik, sebelum tu singgah tengok gelagat manusia depan masjid besar tu, ramai orang bersantai bawak anak2 main basikal kat situ. Anak2 mintak nak main basikal apa tah namanya, layan jelah budak nak kena sunat tu main ..
Comments
by the way, aku suka kasut yang merah itu. menawan!
Ajaa lagilah dia yg kecik mestilah jadi tumpuan. Pandai pulak tu ikut collect gula-gula:)