Skip to main content

BBQ Santai di Wetland Putrajaya

INI KISAH SABTU LEPAS
# sehari sebelum si abam bersunat

Ini bukan family day opis aku, tapi opis adik aku CikViva
cerita penuh boleh baca kat blog dia

pintu masuk Wetland Putrajaya
selepas 'berpusing' beberapa kali, akhirnya jumpa pintu masuk
jangan marah je CikViva

model of the day
tak berapa sihat, bila batuk nampak mencungap je
sian kita (dia suka bahasa kan diri dia sebagai 'kita') 

cuba teka mana satu kaki sikenit Ajaa?
soklan mintak pelempang, hehe
aku dengan adik2 dan anak2 je
# en abe keje 

love heart, diamond umbrella
'ini burung, bukan rama-rama tau'
# marah dia bila kami kata dia buat rama-rama

dari tempat parking keta, naik tram ke tempat kejadian
Elok kami sampai, hujan pun turun .. tak lebat tapi kalau berdiri tengah hujan tu selama 15 minit, basah jugak la baju tu. Sarapan dulu sebelum bertolak ke tempat kejadian. Tram bawak kami pusing2 kat tempat tanam pokok, pastu lalu kat tempat flamingo, masa tu flamingo pun menyorok sebab hujan. nampak sipi-sipi je.

Pemandangan hijau dan tasik yang tenang, rasa lupa sekejap dengan kesibukkan kota. Booking 3 buah bangsal orang panggil bangsal ke chalet? Bagus tempat ni, senang sebab setiap bangsal ada tempat bbq, sesuai utk buat family gathering, tak payah bawak set membakar, masuk token je terus boleh main masak-masak. Perut cepat lapar bila hujan .. Antara menu ialah nasi goreng, bihun goreng, sandwich, bbq ayam, sosej, daging burger dan jagung. Aku makan mana yang selera kat tekak je ..

antara makanan yang 'dibakar' pada hari tersebut  
makan sampai muncung2 mulutnya
dia memang 'penggemar segala jenis buah' 
Lepas makan ada games untuk anak-anak, kakak dan abam join semua acara. Sikenit join acara rebut gula-gula je, kecik sangat .. nanti kena langgar je.

dialog dari hati si kenit
'kita tak nak gula-gula, nak belon je boleh tak' 

dalam malu2, kakak pun join sekali wpun acara rebut gula2 

'kita ada banyak gula-gula. sapa nak angkat tangan?

acara makan buah tembikai sampai licin

makan sampai tinggal kulit putih tau

hadiah banyak berupa makanan/jajan
ada flight toiletries bag tapi dalam tu jajan jugak isinya

ada jugak hadiah gelas kaca berkaki ni
bila di kumpul semua, dapat 1/2 dozen
Lebih kurang jam 4.00 petang majlis bersurai, sebelum balik singgah tengok Putrajaya di Menara Pandang Jauh, boleh tahan tinggi anak tangganya. Naik tangga macam nak tercabut kepala lutut. 

kat belakang tu menara pandang jauh, boleh nampak Masjid dari atas ni
terbaca amaran ni, cepat2 rasa nak turun walaupun cuaca baik je
tau takut ye

bukti dah sampai sini, haha

kat sini kalau malas jalan kaki, boleh sewa basikal untuk pusing2
rm4/satu jam 
adik2 perempuan kesayangan ku, love u all muah muah
*tangandibahumatakeatas*

kita boleh lompat sampai ke bintang

apa motif gambar ni?
emm ... saja suka, lawa gambar ni
macam kreatif je, macam iklan jual beg je
hihi
Pukul 5.00 kami dah beransur balik, sebelum tu singgah tengok gelagat manusia depan masjid besar tu, ramai orang bersantai bawak anak2 main basikal kat situ. Anak2 mintak nak main basikal apa tah namanya, layan jelah budak nak kena sunat tu main ..

senyum lebar nampak
jaga2.. esok jumpa tok mudim, hihi 
Sekian kisah beriadah bersama adik2 dan anak2.. Tempat ni sesuai bagi korang yang suka ber gathering bersama family, sambil berbbq boleh melihat keindahan alam sekitar, hijau je pemandangan.
# hijau bagus untuk mata, hihi


Comments

Nieda Ramly said…
ingat ada kepok lekor , rupanya bakar sosej...mataku kelabu
NenetPenne (NP) said…
penah sekali pi...sesat barat...hahhaa
Unknown said…
tertarik aku dgn tempat bakar bakar masuk token tu..huhu
sweetie said…
Rahsia menang pertandingan makan tembikai walau beri sepuluh biji..he..he.. - jangan makan guna sudu. pakai tangan... masa ambik tu perah airnya kemudian baru suap ke mulut...
HeNRieTTa JoSe said…
Bestnye....rietta blom pernah smpai sni...klu putra jaya asik amek gmbar area masjid ngn jambatan jerr...
Aku suke aktiviti mcm ni. Entah bila nak bt n kumpulkan family. Paling best, aktiviti makan2 tu. Haih!!! Bestlah tgk aktiviti ko ni.
Aisy Nasiha said…
Menarik tempat ni. Saya pernah ajak suami singgah tapi dia ssyik kata lain kali . Bilalah lain kali kami tu.
asyifamustaffa said…
Cmne tmpt bakar msuk token tu....?
Acik Erna said…
seronok bila dah berkumpul anak2 kan dik
t.a.t.a said…
irfa, atas bagi teka teki. tapi bawah dah bagi jawapan. hahaha.

by the way, aku suka kasut yang merah itu. menawan!
QasehnyaRania said…
Macam best buat i tertaeik la nk kesana. Tak pon pi situ sblm ni walaupon slalu ke putraja
bestnyer dapat beraktiviti gini...cantik tempat ni...
Kakzakie Purvit said…
Apa-apa pun kalau jenjalan atau keraian ada family akan tambah seronok.
Ajaa lagilah dia yg kecik mestilah jadi tumpuan. Pandai pulak tu ikut collect gula-gula:)
Baizura Nawawi said…
hai.nak tanya mcm mana nak booking tempat bbq?

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t