Monday, December 9, 2013

Jawapan Teka Teka: Hati Unta Ubat Asma @ Semput ?


jawapan untuk teka teki minggu lepas
jawapannya ialah:

HATI UNTA YANG SUDAH DI KERINGKAN

wah! dalam 12 yang meneka itu ada 3 orang menjawab dengan betul
Kak Erna, KasihIbu dan Aini Zakaria

TAHNIAH kepada mereka
# maaf takde hadiah, huhu

ada yang mencadangkan cuba bagi dia makan hati unta
mana tahu serasi dan boleh jadi ubat untuknya dengan izin Allah 
kebetulan member ditugaskan mengurus jemaah haji yang lepas
aku saja la pm dia dalam nada gurau tetapi serius
nak hati unta sikit

ingatkan dia lupa
rupanya2 terserempak dengan dia last week
dia bagi hati unta tu
tak banyak, dalam 4 keping gitu 
memula tengok dia hulur tu aku macam terkejut jugak
sebab aku membayangkan hati unta tu macam hati lembu beli kat pasar
rupanya dah kering macam asam keping, hihi

aku tak tahu cara sebenar nak bagi si kenit makan tu
so aku rebus bagi minum air
itupun terpaksa bancuh dalam susu
aku cuba bagi macam minum air masak 
tapi dia taknak minum sebab air rebus tu tak jernih macam air masak biasa
aku tak pasti mujarab ke tidak sebab dah bancuh dalam susu

nak bagi dia makan macam mana ye?
ada sesapa boleh bagi cadangan?


14 comments:

asyifa mustaffa said...

Sy pun ada hati unta ni...pun x tau nak guna cmne....

❤Kamsiah❤ said...

pertama kali tgk..dh cuba google cara nak gunanya mcm mana?

Rai Ourkizuna said...

aku pun pertama kali tengok.. buat goreng kicap tak boleh eh? hahaha.. siyes aku tatau..

Acik Erna said...

dik..mana la sikenit tu nak..hati unta tu digoreng garing..tumbuk bagi halus..campur telur dan madu.diplastiknya ada tulis cara2 penggunaanya

Irfa said...

ASYIFA..
td baru jap gugel
ada yang kata
-rebus minum airnya
-bakar dan jadikan serbuk masuk dlm kapsul dan telan

tp paling senang bagi saya cuma rebus jelah kot.hihi

Irfa said...

SIS KAMSIAH..
banyak caranya, paling senang rebus minum air.hihi

Irfa said...

RAI..
kalau mentah punya, mgkin itu yg aku buat kot
ini dah kering..rebus lama pun lambat nak lembut

Irfa said...

KAK ERNA..
emm nak kena tumbuk pulak
kat plastik xde cara2 sbb member beli timbang kati kot.hihi

paridah said...

in sya Allah mujarab hati unta utk asma irfa....

Nazayiena Ayiena said...

Jwpnnya hati unta rupanya,kak Nurul baru first time tgk...

kasihibu said...

Akk pun si anak dara yg bgtahu
sbb dia pernah tengok

riezal said...

Assalamualaikum...
Kat mana sy boleh dpt kan hati unta ni..?
Dimana ada jual?

Irfa said...

wsalam riezal..
saya kirim pada member yang ke mekah, sy tak pasti kalau ada yang jual ke tidak kat sini. cuba lah tanya sedara mara gi umrah mintak belikan

Norazlina Mummy said...

http://www.hatiunta.com.my/cara%20penggunaan.html