Dah 2 malam dia tak lena tido, ingatkan batuk biasa. Sampailah petang semalam ambik dia dari umah pengasuh, dadanya ada bunyi 'ek ek' susah la nak buat bunyi dalam bentuk tulisan. Harap korang boleh bayangkan sendiri macam mana bunyi orang susah nak tarik nafas.
Akhirnya lepas Maghrib malam tadi, kami ke klinik. Pertama kali hidup aku tengok anak2 pakai mesin tu. Doktor kata 'suspek asma, tapi masih peringkat awal, lagipun ini kali pertama terjadi' dan doktor tanya 'ada history ke?'. Ye, memang ada history. Cik Abe ada asma dari kecik lagi. Ingatkan takde anak2 akan dapat sakit tu. Sebab setakat ni kakak dan abam okey je. Rupanya 'anak ayah' yang dapat, takpelah dik .. moga cepat baik ye.
Doktor kata kena jaga 3 perkara
- cuaca sejuk (acaner nak gi main snow kat Korea ni, hihi)
- habuk @ bulu kucing (yg ni memang pantang nampak kucing, mesti nak gosok2, lps ni the BIG NO)
- elakkan dari asap (terutama asap rokok)
jom tengok gambar
Buat aku yang pertama kami tengok anak sendiri pakai mesin ni, memang tak tahu nak cakap. Kesian dan risau tu semestinya ada. Ada apa2 petua/ubat tak? Kalau boleh taknak dia dapat asma ni sampai dewasa.
Akhirnya lepas Maghrib malam tadi, kami ke klinik. Pertama kali hidup aku tengok anak2 pakai mesin tu. Doktor kata 'suspek asma, tapi masih peringkat awal, lagipun ini kali pertama terjadi' dan doktor tanya 'ada history ke?'. Ye, memang ada history. Cik Abe ada asma dari kecik lagi. Ingatkan takde anak2 akan dapat sakit tu. Sebab setakat ni kakak dan abam okey je. Rupanya 'anak ayah' yang dapat, takpelah dik .. moga cepat baik ye.
Doktor kata kena jaga 3 perkara
- cuaca sejuk (acaner nak gi main snow kat Korea ni, hihi)
- habuk @ bulu kucing (yg ni memang pantang nampak kucing, mesti nak gosok2, lps ni the BIG NO)
- elakkan dari asap (terutama asap rokok)
jom tengok gambar
muka cuak tengok nurse nak pasang alat tu |
kecian dia, sabar ye sayang |
eh! dah suka pulak pakai mende ni muka ada senyum sikit |
abam yang teruja tengok mende alah ni nak cuba ke abam? tak payah le nak oi |
Comments
Kalau ada asma boleh je gi main snow... ada sorang kawan saya dulu... dia ada asma tapi selama beberapa tahun dia di UK sekalipun dia tak kena asma... tapi bila balik duk KL asma dia dtg balik... ini menunjukkan kualiti udara kita tak bagus... penuh habuk.
tq utk perkongsian,sy dengar jugak psl madu tu
nnti sy cuba cari madu tu sbb habbatus sauda dah ada stok kat rumah
harap dia sembuh dan tak melarat
rumah saya so far mmg tak pasang karpet.mgkin cuaca kot sbb skrg petang2 selalu hujan
malam pun kdg2 hujan ,, lepas ni mmg elakkan ekon waktu tido
betul tu kak, husband sy masa kami cuti kat oversea, wpun cuaca sejuk sy tak nampak dia kena asma pun..mgkin sbb udara bersih kot (tengok tempat la)
sy pun tak tahan sejuk, kalau kat opis ni siap pkai stoking
tido malam wajib selimut wpun org kata panas ;)
ermm.. tak tahulah boleh pakai ke tidak, tapi dulu2 masa kecik adik saya asma teruk. Abah saya bagi makan gel aloe vera dengan madu.. Alhamdulillah lama jugak dia tak asma.. sekarang dah dewasa, sesekali datang jugaklah asmanya tapi tak sekerap masa kecik dulu.
kedua:amik daun kapal terbang campur dgn kapur makan..tenyeh2 sampai berlendir, sapu kat dada masa anak tidur..InsyaAllah, lega batuk tu..cuba google daun kapal terbang tu camna?daun ni ada tepi jalan..tapi kalu pyh sangat, bg makan sup belut dah la..dok kl mana nak cr daun kapal terbang kan?
Dulu keluarga hubby kak Zai ada asma tapi bila sudah besar hilang begitu aje.
Tak sampai hati tengok si comel buat nab..
..kemudian..bagi vit.c makan sampai sekarang..setakat ni Alhamdulillah..tak pernah kena katanya..dulu pun kena ambik gas macam adik ajaa tu..doktor kata asma..bila bawak lagi..doktor pulak boleh tanya balik..siapa kata aimi ada asma..aik..doktor jugak yang kata..Alhamdulillah sejak dah makan hati unta..dan amalkan vit.c..dia dah jarang demam..selsema pun tak..akak harap berterusan la sihatnya..tapi vit.c tu akak tak lupa belikan..pesan dia makan setiap hari sebiji..beli di farmasi..
Cepat baik ye Hajar! :)
ni pertama kali tgk anak sdiri kena ambik gas
sian sangat tengokn dia mencungap x cukup napas
ko ada tak hati unta tu?
kalau takde.. ambik sikit aku punya ni
tq utk komen panjang lebar, hihi
nanti kena beli vitamin c jugaklah
oh haruan pun bagus utk asma jugak ye? igt utk org lepas bersalin je
nanti boleh cuba
eh! kenal sangat la daun kapal terbang tu
banyak jumpa kat tepi padang masa kecik2 dulu
daun tu bagus utk stopkan luka kecil jugak kan
Doc pun ada pesan jugak, alahan berbeza bagi setiap org
mcm en abe, alah dengan tembikai
so sy pun x bagi anak makan tembikai
dulu2 masa x tahu.. dia mmg suka tembikai..kalau gi kenduri jamu tembikai
dia x lgsung x nak makan nasi.huhu
tq utk perkongsian
nanti sy cuba
mana tahu dalam banyak2 ni ada yang serasi dengan dia
biasa ler
mmg kesian sgt bila tgk dia mencungap tu
dahlah badan kecik sgt lagi, huhu
moga mereka membesar dgn baik
oh ada jugak kes boleh hilang bila dah besar ye?
harap nanti asma hilang seiring dengan usianya
tq 'maktok'
alahai comel je gelaran maktok ni
bila agaknya boleh jumpa face to face dgn maktok ye?
hihi
sy baru dpt hati unta tu
cuma x tahu cara betul nak bagi makan
kalau org dewasa/budak besar boleh la dipaksa makan
tp budak kecik ni..aduhai, susah jugak
setakat ni sy rebus dan campur air rebus dlm susu
nak bagi minum macam air masak dia xnak pulak
harap2 cepat lah hilangnya
x sampai hati tgk