Skip to main content

Gambar Bercerita

Salam Hari Jumaat
moga hari yang dirahmati dan diberkati untuk kita semua
hari ni kita bagi gambar je bercerita
boleh gitu?

petang semalam:
jiran bagi 5 biji mangga
minggu lepas dia bagi yang belum masak
semalam dia bagi yang dah masak
manis macam gula buahnya
tq kak macam la dia baca, hehe
moga makin lebat berbuah pokok mangga akak

malam tadi:
dinner aku dan si abam
mee sup sempoi nama diberi
letak telur dan daun kucai je
aku makan dengan sambal kicap
licin, alhamdulillah

lepas maghrib malam tadi:
budak kenit baca Iqra'
lepas baca mintak di lukis bintang 10biji
kasi jelah sbg semangat
wpun baca masih merangkak2


pagi tadi:
lempeng untuk sarapan pagi
abam makan cicah ngan susu pekat manis
bertemankan segelas vico

Hari ini:
menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja 
korang apa citer?

(^_^)


Comments

Kakzakie Purvit said…
Suka kakak cara Irfa didik anak dara. Betul bagi aje bintang yg dia nak sebagai pemangkin semangat dia rajin... bukan susah pun buat bintang kan:)
Aisy Nasiha said…
Menarikla buat entry macam ni... nak buat jugala ..macam2 ada.....
Unknown said…
rajinnya ko masak breakfast.. aku kena rajin cam ko jugak lepas ni.. minggu depan la start..hahaha..
paridah said…
cerita bergambar xpenat nk susun ayat kan irfa...
||aLeaSaRa|| said…
irfa,oiii ni entri bagi kak lea lapar,he3...wah ye betul tu,anak nak bintnag bagi je,sebagai motivasi untuk mereka,kan :)

p/s-->malam tadi husband dah sms kawan tu,dia kursus kat luar.dia beritahu step by step tu lebih kurang je macam kawan2 tinggalkan komen kat irfa,semalam.memang kena pergi usya sekolah menengah yang jadi pilihan,dan proses tu ulang-alik dari sekolah tu ke sekolah rendah lama.memang leceh irfa,nak buat macam mana,kan.

dia pun busy tak reply sms yang lain.nak lagi mudah dia kata,irfa sendiri pergi je pejabat ppd kat salak tinggi,dekat tmn mawar ye.jumpa je kerani kat situ nanti dia guide untuk jumpa cikgu2 kat situ :)
t.a.t.a said…
malam tadi budak gundut discover sesuatu yang baru dalam 4tahun umur dia di dunia ini. malam tadi baru dia tahu yang pen biru itu boleh diconteng di badan nya selain di kertas dan di meja. expression dia sangat priceless, macam dia baru discover the newest wonders of the world. malam tadi juga baru dia tahu yang pen biru yang diconteng di tangan dan kaki nya tidak boleh dibuang dengan sekali usap sahaja. ia perlukan air dan sabun dan sentalan baru boleh hilang.

bila dia dah tahu, mengamuk sakan jadinya.
JunAina said…
Comel ja dak tu baca Iqra...

Akak hari2 putu mayam kat opis ni sebijik sehari masakbf entah bila. Hari minggu bawak rakyat bf kat luar. Masaknya idak jugak!
azieazah said…
Hahahaha tu budak bijak namanya. Pastu baru dia tahu, terlalu bijak pun sebenarnya tak bagus jugak! hahahaha!
azieazah said…
Takdak citer aaarrr... Dok baca citer orang jer nih!
t.a.t.a said…
bijak yang memakan diri. hahahah
NenetPenne (NP) said…
sib baik dia mintak lukis 10 bintang jer... legaaaa...hahaha
Irfa said…
KAK NET..
dia baca siap pilih mana yg dia suka
so sy lukis 5 bintang je tp dia mintak tambah lagi
siap cakap 'taknak sikit, ajaa nak manyak-manyak bintang'
layan jelah,sib baik dia tak mintak suh lukis gajah
Irfa said…
KAK AZIE..
ni pun entri takdak idea lah ni ;)
Irfa said…
SIS JunAina..
sedap tu
dah lama x makan putu mayam
saya main masak2 je ,hihi
Irfa said…
SIS LEA..
apa yg buat akak lapar tu?takde yg menarik mana pun,biasa2 je :)
tq fr komen psl tukar sekolah tu
nanti dah setel hal tu sy up kat blog,wajib tu kongsi cerita
Irfa said…
KAK PARIDAH..
kan?
nampak sgt malas nak menaip.hihi
Irfa said…
RAI..
itu hari rajin aku,kalau hari malas merasa la dia cicah biskut dengan air milo je ;)
Irfa said…
AISY NASIHA..
hehe,takdak idea jugak ye
buat jgn tak buat
Irfa said…
KAK ZAKIE..
hehe,belajar dari blog kengkawan jugak
katanya bagi reward,wpun kecil tapi kanak2 suka
tak dapat bagi hadiah..bagi la lukisan bintang ;)
Nieda Ramly said…
pokok mangga sapalah yg rajin berbuah tu?
Zaitun said…
Teringat mangga kak Zai yang tumbang akibat buah yang terlalu lebat.

Walau simple tapi sedap kak Zai suka hihi...
Lady Windsor said…
SAlam Irfa
amboii comeinya adik Aja tu..dah besar la dia..
tetiba akak teringat pisang yang Irfa bagi..:)
Cik Azz said…
Kerja kat KLIA ke..?

Jiran depan rumah ada jugak bagi buah mangga dia.. Memang manis dan sedap..
zino said…
selamat berhujung minggu...
Mummy Sher said…
salam.

terliur tengok mangga tu..hehe
Irfa said…
SIS NIEDA..
pokok mangga jiran yang baik hati
sy tanam pisang je
so sistem barter .hihi
Irfa said…
SIS ZAITUN..
sayang..x boleh diselamatkan ke?
jiran saya dulu pokoknya penah tumbang tp sempat di sokong dengan kayu
sekarang elok berdiri pokok tu

skrg mmg musim,semua laman yg tanam mangga tu nampak lebat berbuah
yg takde pokok ni telan air liur bila tgk
yg empunya tak heran pun
Irfa said…
SIS LW..
dah besar la tu..mulut pun boleh tahan
time dia mood baik..semua nak buat sendiri
katanya 'ajaa dah besar' tp kalau mood tak okey dia kata 'ajaa kecit lagi'
kalau jumpa lagi ada rezki . ada la pisang utk akak ;)
Irfa said…
CIK AZZ..
ye,di klia.jemputlah dtg ;)
manis buahnya mesti dia pun baik cam jiran saya jugak
Irfa said…
ABAH ZINO..
mmg berhujung minggu sungguh
2hari berkurung dalam rumah
Irfa said…
SHERWIEYNA..
mmg pun,tgk balik gambar ni rasa cam nak makan ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...