Skip to main content

Kesian Cayang Omie

Dah 2 malam dia tak lena tido, ingatkan batuk biasa. Sampailah petang semalam ambik dia dari umah pengasuh, dadanya ada bunyi 'ek ek' susah la nak buat bunyi dalam bentuk tulisan. Harap korang boleh bayangkan sendiri macam mana bunyi orang susah nak tarik nafas.

Akhirnya lepas Maghrib malam tadi, kami ke klinik. Pertama kali hidup aku tengok anak2 pakai mesin tu. Doktor kata 'suspek asma, tapi masih peringkat awal, lagipun ini kali pertama terjadi' dan doktor tanya 'ada history ke?'. Ye, memang ada history. Cik Abe ada asma dari kecik lagi. Ingatkan takde anak2 akan dapat sakit tu. Sebab setakat ni kakak dan abam okey je. Rupanya 'anak ayah' yang dapat, takpelah dik .. moga cepat baik ye.

Doktor kata kena jaga 3 perkara
- cuaca sejuk (acaner nak gi main snow kat Korea ni, hihi)
- habuk @ bulu kucing (yg ni memang pantang nampak kucing, mesti nak gosok2, lps ni the BIG NO)
- elakkan dari asap (terutama asap rokok)

jom tengok gambar

muka cuak tengok nurse nak pasang alat tu

kecian dia, sabar ye sayang

eh! dah suka pulak pakai mende ni
muka ada senyum sikit

abam yang teruja tengok mende alah ni
nak cuba ke abam?
tak payah le nak oi
Buat aku yang pertama kami tengok anak sendiri pakai mesin ni, memang tak tahu nak cakap. Kesian dan risau tu semestinya ada. Ada apa2 petua/ubat tak? Kalau boleh taknak dia dapat asma ni sampai dewasa.


Comments

Biarlah rahsia said…
anak k.bi dulu pun pernah kena asma sampai 2 kali...lepas tu amalkan habbatus sauda dan madu...alhamdulillah dah 2 tahun dia sihat sepenuhnya...serik rasa bila ank kena asma yg teruk dulu...bila tidur adadnya berombak...nyawa mcm tak lepas...dgn kita2 tk dpt tidur sbb nk pantau dia...muju ank irfa masih di peringkat awal..tp elok amalkan madu dan habbatussauda....
sweetie said…
InsyaAllah Irfa, selalunya budak2 bila dah dewasa nanti asma mereka tu hilang. Sebab mereka tak makan macam2 sgt cam kita orang dewasa... Jaga je lah makanan dia dan kalau kat rumah bentang kapet elok gulung balik.. sebab budak2 suka baring dan golek2 atas kapet...

Kalau ada asma boleh je gi main snow... ada sorang kawan saya dulu... dia ada asma tapi selama beberapa tahun dia di UK sekalipun dia tak kena asma... tapi bila balik duk KL asma dia dtg balik... ini menunjukkan kualiti udara kita tak bagus... penuh habuk.
NenetPenne (NP) said…
akak tak asma tapi akak tak tahan sejuk....
Irfa said…
KAK BIE..
tq utk perkongsian,sy dengar jugak psl madu tu
nnti sy cuba cari madu tu sbb habbatus sauda dah ada stok kat rumah
harap dia sembuh dan tak melarat
Irfa said…
SIS SWEETIE..
rumah saya so far mmg tak pasang karpet.mgkin cuaca kot sbb skrg petang2 selalu hujan
malam pun kdg2 hujan ,, lepas ni mmg elakkan ekon waktu tido

betul tu kak, husband sy masa kami cuti kat oversea, wpun cuaca sejuk sy tak nampak dia kena asma pun..mgkin sbb udara bersih kot (tengok tempat la)
Irfa said…
KAK NET..
sy pun tak tahan sejuk, kalau kat opis ni siap pkai stoking
tido malam wajib selimut wpun org kata panas ;)
JunAina said…
Anak asthma ni kena hati2 bab makan dia jugak. Perhatikan makanan yg dia makan maksudnya bila makan kena serang asthma. Anak akak dulu kalau makan mangga memang cepat ja kena. Lain budak lain dia punya alahan makanan.
nita said…
Ala siannya.
ermm.. tak tahulah boleh pakai ke tidak, tapi dulu2 masa kecik adik saya asma teruk. Abah saya bagi makan gel aloe vera dengan madu.. Alhamdulillah lama jugak dia tak asma.. sekarang dah dewasa, sesekali datang jugaklah asmanya tapi tak sekerap masa kecik dulu.
t.a.t.a said…
cik abe smoke tak?
Unknown said…
asyikin pun ari tu dokto suspek asma,yg tersentuh hati ibu nie kan....satu malam tu bila dia dah tahan,sikin ajak jumpa dokto,pakai benda tu nangis nangis....kesian...tapi lepas pakai gas tu terus baik....sikin tak leh sejuk aircon,mandi malam,minum ais....macam macam lagilah kena jaga....
sarah said…
petua pertama:bg makan sup belut..tp belut tu jgn basuh dgn asam garam sebab nanti lendir dia hilang..lendir tu yg kita nak..buat mcm masak sup ayam..elok utk kuatkan paru2..
kedua:amik daun kapal terbang campur dgn kapur makan..tenyeh2 sampai berlendir, sapu kat dada masa anak tidur..InsyaAllah, lega batuk tu..cuba google daun kapal terbang tu camna?daun ni ada tepi jalan..tapi kalu pyh sangat, bg makan sup belut dah la..dok kl mana nak cr daun kapal terbang kan?
Zaitun said…
Semoga adik cepat sembuh.

Dulu keluarga hubby kak Zai ada asma tapi bila sudah besar hilang begitu aje.
IndaMarya said…
alooooor kesyiaan dia tu.muka comel ken pakai bnda tu pulak..mak tok doakan cpat2 baik..km salam kat anak dara u tu Irfa
Kakzakie Purvit said…
Sayangnya hati unta yg kakak bawa balik umrah dah habis agih pada yg mahu. Org kata bagi makan hati unta. Dulu anak saudara kakak masa kecik kena tapi tak sedar hilangnya - tahu-tahu masa nak khatan doktor tanya baru sedar dah tak ada asma lagi. Kak Long kakak bagi anak dia makan hati untalah ikut kata mak saudara kakak yg suruh..

Tak sampai hati tengok si comel buat nab..
Acik Erna said…
assalam dik..aimi 4 kali akak bagi makan hati unta+madu+telur ayam kampung sebiji
..kemudian..bagi vit.c makan sampai sekarang..setakat ni Alhamdulillah..tak pernah kena katanya..dulu pun kena ambik gas macam adik ajaa tu..doktor kata asma..bila bawak lagi..doktor pulak boleh tanya balik..siapa kata aimi ada asma..aik..doktor jugak yang kata..Alhamdulillah sejak dah makan hati unta..dan amalkan vit.c..dia dah jarang demam..selsema pun tak..akak harap berterusan la sihatnya..tapi vit.c tu akak tak lupa belikan..pesan dia makan setiap hari sebiji..beli di farmasi..
Aisy Nasiha said…
Semoga lepas ni tak kena asma lagi ye.. in shaa Allah kalau jaga baik tak berulabg.. sian tk anak kecil ni kena asma...
-- said…
Raees dari baby merah lagi kan dh kene sedut gas. Lepas bagi madu habbatussauda.. alhamdulillah dah makin ok. Hati unta nak bagi..tp tunggu umur setahun nanti.

Cepat baik ye Hajar! :)
Irfa said…
FIDA..
ni pertama kali tgk anak sdiri kena ambik gas
sian sangat tengokn dia mencungap x cukup napas
ko ada tak hati unta tu?
kalau takde.. ambik sikit aku punya ni
Irfa said…
KAK ERNA..
tq utk komen panjang lebar, hihi
nanti kena beli vitamin c jugaklah
Irfa said…
DEAR SARAH..
oh haruan pun bagus utk asma jugak ye? igt utk org lepas bersalin je
nanti boleh cuba
eh! kenal sangat la daun kapal terbang tu
banyak jumpa kat tepi padang masa kecik2 dulu
daun tu bagus utk stopkan luka kecil jugak kan
Irfa said…
SIS JunAina..
Doc pun ada pesan jugak, alahan berbeza bagi setiap org
mcm en abe, alah dengan tembikai
so sy pun x bagi anak makan tembikai
dulu2 masa x tahu.. dia mmg suka tembikai..kalau gi kenduri jamu tembikai
dia x lgsung x nak makan nasi.huhu
Irfa said…
DEAR NITA..
tq utk perkongsian
nanti sy cuba
mana tahu dalam banyak2 ni ada yang serasi dengan dia
Irfa said…
TATA..
biasa ler
Irfa said…
SIS LIENDA..
mmg kesian sgt bila tgk dia mencungap tu
dahlah badan kecik sgt lagi, huhu
moga mereka membesar dgn baik
Irfa said…
SIS ZAITUN..
oh ada jugak kes boleh hilang bila dah besar ye?
harap nanti asma hilang seiring dengan usianya
Irfa said…
SIS INDA MARYA..
tq 'maktok'
alahai comel je gelaran maktok ni
bila agaknya boleh jumpa face to face dgn maktok ye?
hihi
Irfa said…
KAK ZAKIE..
sy baru dpt hati unta tu
cuma x tahu cara betul nak bagi makan
kalau org dewasa/budak besar boleh la dipaksa makan
tp budak kecik ni..aduhai, susah jugak
setakat ni sy rebus dan campur air rebus dlm susu
nak bagi minum macam air masak dia xnak pulak
Irfa said…
AISY NASIHA
harap2 cepat lah hilangnya
x sampai hati tgk

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adaka

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku Dayus m