Skip to main content

Mesej Dari Perut ke Otak ialah 20 minit

Assalamualaikum
wow! awal post entri hari ni
yelah, aku kan antara makhluk terawal sampai opis
sib baik ada yang lagi awal tolong bukak pintu
kalau aku paling awal konfem tersadai menunggu
sebab aku takde kunci opis pun, huhu

Okey, sebelum terlupa meh nak sambung sikit lagi
sambungan tazkirah yang aku dengar semalam
kan aku dah citer, panel tu cakap banyak benda
tapi sikit je yang aku ingat
Tapi bila ingatan tu datang balik
rasa rugi kalau tak share.

Okey, panel jemputan ada bertanya 
'kenapa kita makan?'
so mestilah ramai yang menjawab 
'makan kerana LAPAR'

Betul ke jawapan tu?
ye, betul kalau masuk exam pun betul kita jawab
tapi dari segi lain jawapannya ialah 

SAYA MAKAN KERANA ALLAH.

Susah aku nak huraikan, tapi aku cuba seboleh mungkin ye
Harap korang paham

Apa2 je kita buat kenalah niat kerana Allah 
(benda baik le, takkan mencuri nak niat kerana Allah)

Kalau kita cakap 'aku makan sebab lapar', konfem semua benda depan mata nampak sedap. So kita makan macam lupa diri. Mulut terima je apa yang di suap sedangkan perut dah menjerit2 cakap 'wei mulut, cukup-cukuplah makan tu, dah takde ruang nak letak ni' tapi mulut tak dengar cakap perut. Sebabnya ikut kajian sains (panel jemputan tu sebenarnya Doktor) katanya, proses untuk menyampaikan maklumat dari perut untuk sampai ke otak dan menyuruh mulut berhenti makan ialah selama 20 minit.

Okey, dalam masa 20 minit agak2 berapa banyak kita boleh makan? Konfem masih boleh abiskan sepinggan hanith lamb kan? eh! tetiba sebut hanith lamb ni nape? huhu

Sebab tu dah di pesan 'berhenti sebelum kenyang'. Kalau kita makan sebab lapar, kita akan makan sakan-sakan tapi kalau kita awal2 dah set 'aku makan kerana Allah' insya Allah kita akan makan sekadarnya. Kita ni mudah percaya bila dibuktikan dengan kajian Sains, sedangkan semua tu dah tersebut lama dulu lagi iaitu dalam kitab suci AlQur'an.

Okey tu je nak citer,selamat menunaikan tugas yang di amanahkan (^_^)


Comments

NM03 said…
ok, lepas ni saya akan latih diri utk cakap "saya mkn kerana Allah" tiap kali sebelum mkn. tengkiu share ilmu yang sangat berguna ni
Kakcik Seroja said…
Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini. :)
t.a.t.a said…
ilmu turunan Kevin eh? hehehe..
Unknown said…
sebab tu kena kunyah selo selo kan.. tapi aku kalau dah kebulur mmg takde maknanya nak kunyah selo banyak banyak kali.. ngap gitu je..
:: CIKVIVA :: said…
Makan kerana Allah sebab tu bila makan kite mesti baca doa kan, so bismillah bermaksud dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani..
lieyalatif said…
sweet sharing dear...
Kakzakie Purvit said…
Sepatutnya macam tu tapi kalau dah sehari keluar-masuk rumah terbuka sampai 5-6 tempat dah lupa dah semua tu. Aduhai... ingatan buat kakak ni. Makan sikit-sikit kalau nak pergi banyak tempat (entah boleh buat entah tak ni dik.. huhu...)
Cho Zila said…
Subhanallah kadang2 kitani tak sedarkan... terima kasih untuk perkongsiann ini...
Hanis Azla said…
As-salam Irfa..

haahlah lebih kurang sama entry kita hari ini.. semuanya mesti kerana ALLAH.. thanks Irfa atas perkongsian yg baik ni..
NenetPenne (NP) said…
apa2 sahaja yang kita buat adalah kerana Allah..perkara yang baik2 sahaja..bukan yang jahat2 tu..

aku masak kerana Allah
aku pi kerja kerana Allah
nescaya semuanya akan selamat....
aku pakai tudung pun kerana Allah...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t