Skip to main content

Besan Sebantal

Eh, dah nak balik ke? Rasa cam laju je rasa jam bergerak hari ni kan? ini semua poyoo, hihi. Break time 2 jam tadi sempat ke kelas ilmu, panel jemputan ialah Ustazah Zawiah Hassan. Sebelum Ramadhan lepas, beliau penah datang ceramah kat opis aku. Klik sini untuk kisahnya. Kali ni buat kat bangunan sebelah, kena naik shuttle la nak gi sana sebab jauh sikit, nun kat surau di bangunan cik CV keje.

Beliau share ilmu tentang hak-hak wanita, samada masih dalam perkahwinan atau sudah bercerai. Tapi ustazah kata, masalah jarang timbul masa rumahtangga aman damai Tapi kata ustazah 'masa bahagia takde masalah, masalah hanya akan timbul bila berlaku penceraian jika wanita tak tahu apa hak--hak mereka'. Jadi aku share sikit apa yang aku ingat sekali lagi masuk kelas ilmu tak bawak buku nota, huhu. Pen je bawak takkan nak tulis atas tapak tangan kot

Antara yang aku ingat ialah tentang :

1- Bila dah kawen, isteri patut menyimpan sendiri surat nikah. Banyak berlaku bila dah bercerai/nak proses bercerai dan hakim bertanya 'mana surat nikah?' isteri jawab 'takde tuan hakim, surat nikah suami yang pegang/simpan'. Kalau tengah takde masalah okeylah, semua manis je. Tapi bila ada masalah kan susah nak rujuk sebab takde surat nikah. Takde sapa yang kahwin nak bercerai, tapi hari akan datang kita tak tahu.

Ada dua jenis haram dalam sistem perkahwinan

HARAM MUABBAD (haram kekal)
cthnya: haram berkahwin antara bapa saudara dengan anak saudara, ibu tiri dan anak tiri dsbnya

HARAM MUAQQAT (haram sementara)
cthnya: seorang lelaki boleh berkahwin dengan adik iparnya (adik isterinya) jika sudah bercerai dengan si kakak samada ceraihidup/ceraimati. Tak boleh berkahwin serentak dalam satu masa

LELAKI ADA EDAH
lelaki juga ada edah (jangan ingat pompuan je ada edah) tapi edah ini hanya boleh digunapakai oleh lelaki yang sudah mempunyai 4 isteri tetapi berhasrat nak kawin sorang lagi. Jadi dia kena ceraikan salah seorang isterinya (sebab kuota isteri cuma 4 je kan). Bila dah cerai, dia kena tunggu bekas isteri itu habis edah (3kali haid), barulah dia boleh kawen lain (yelah, kang tetiba dalam edah bekas isteri peknen@tetiba rasa nak berbaik) dah jadi masalah sebab bininya dah jadi 5.

BESAN SEBANTAL
yang ni aku tak penah dengar, rupa2nya ini berlaku bila situasi seperti contoh dibawah:

Anis berkahwin dengan Ali, mak dan ayah mereka (janda dan duda) selalu la datang umah mereka sebab nak tengok cucu. Bila dah selalu berjumpa dirumah anak mereka, selalulah mata bertemu mata dan hati sudah jatuh suka. Dipendekkan citer Ayah Anis melamar Mak Ali, diorang yang dulunya cuma besan tapi bila dah kahwin mesti la tido sebantal. Maka jadilah pepatah 'besan sebantal'. So cute kan?

emm apa lagi ye? itu je kot, ada ingat nanti aku tulis lagi. apa lagi pepatah yang korang rasa cute? cer share

Selamat berhujung minggu



Comments

Unknown said…
Tima kasih berkongsi ilmu. Baru tahu lelaki ada edah dan besan sebantal ni. Tapi memang ramai wanita tak tahu hak2 mereka, bila ada penceraian, mereka selalu jadi mangsa. KZ pernah ada kawan yg bergantung tak bertali 8 tahun. Ada org nak tapi dia masih bergelar isteri orang. Bila umur dah meningkat, ada org nak pun dia dah tak berselera nak kawin.
Yunus Badawi said…
Kali pertama dengar istilah besan sebantal tu

Terima kasih berkongsi ilmu. Lain kali bawalah buku nota. Boleh catit lagi banyak ... hehehe
Unknown said…
comel je bunyi besan sebantal.. hahaha..
Unknown said…
Sharing is caring..kan irfa dapat pahala sebab panjang2kan ilmu (bukan panjang tangan tau hihihi)
sitiezahim said…
salam irfa, wah info menarik ni... tq for sharing :D
Unknown said…
Laaaa..
Sekapal pulak citer kita ari ni kan Irfa.
t.a.t.a said…
Edah perempuan 3 kali haid kan, biasanya haid yang normal adalah setiap bulan. kalau yang tak normal, macam 2 atau 3bulan sekali, haa tu memang kena tunggu waktu haidnya juga ke?
rostina76 said…
salam ukhwah bt ifa….pernah juga ikuti ceramah bab yg sama suatu ketika dulu, tapi biasala cepat je lupa…bagus dpt refresh kat sini. tq ifa ;)
Queenie said…
hehehe seronok baca ni...geliati pulak pasal besan sebantal..ya la..cucumu cucuku kan? thanks for sharing irfa..

cer ingat yg lain2 lg tu...best la baca..
Irfa said…
KAK ZAN..
sebab tu org kata nak bercerai lagi susah dr nak kawen
sy anak cousin yg digantung tak bertali berbelas tahun,puas dah dia turun naik mahkamah tapi endingnya di suruh balik berbincang.nak bincang apa?suami pun dah hilang tah kemana..tggl dia ngan anak2.masa muda ramai yg berminat nak ambik sbg isteri tp xboleh sebab dia status gantung tak bertali,dah tua,dia pun dah selesa hidup sendiri

besan sebantal tu biasa berlaku dlm masyarakat. cuma saya tak tahu mmg ada nama khas untuk kes macam tu.biasa dengar salin tikar je ;)
Irfa said…
YB..
kena buat alarm.makesure bawak buku kalau ada tazkirah ;)
rugi sebab banyak yg lupa.igt point penting je
Irfa said…
RAI..
org kita mmg kaya dengan simpulan bahasa,pepatah dan sebagainya
Irfa said…
TATA..
gitulah katanya
nasib lah kalau jenis yang haid datang 3bulan sekali :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...