Skip to main content

Anak Hilang di Pasaraya

Tora datang lagi, dengan gasing pusing. Ingat tak iklan nie?

Okeylah, sila abaikan entri sebelum ini yang ada unsur emo tu. Biasalah, hari tidak selalu cerah contohnya semalam, pagi tu cerah je tapi setengah jam kendian hujan turun dengan selebat-lebatnya, macam nak musim tengkujuh pulak. Kadang2, ada hari kita sensitif tentang perkara yang orang lain rasa remeh. Ek eleh, itu pun nak sentap .. jadi pujuklah hati sendiri. huhu. Sebenarnya aku ni memang takleh la sedih lama-lama, rasa cam pelik je. Orang yang kenal aku tahulah macam mana. Ada yang cakap 'ko ni bercerita tentang citer sedih tapi cara ko bercerita dah macam citer lawak pun ada' huhu.

Berbalik pada tajuk, ia adalah sedikit kisah mendebarkan malam tadi, kami anak beranak dinner kat luar, pastu singgah ke Tesco Nilai sebab en ayah nak menunaikan hajat anak daranya. Masa aku masuk, nampak kelibat sekumpulan mak Arab yang kelam kabut kesana kemari dengan muka cemas. Dalam hati 'eh apasal ni, anak hilang ke?' kebetulan salah sorang tu lalu depan aku, so aku pun prihatin la. Aku tanya dia 'why?' ala, kang tanya lebih2 dia tak paham pulak, hihi. Terus dia cakap aku rasa nenek dia kot 'son missing' terus dia tunjuk kat anak aku si kenit 'small like this, 3 years but boy '. Ambik ko direct translate lagi. Maknya pulak datang dengan muka dah nak nanges, adui lemah semangat aku dengar.

Pastu nampak diorang jumpa sekuriti, tengok cctv kot. Aku pun dah tak tahu apa endingnya. Tapi kata en Abe, anak dia dah jumpa. Aku pun doa moga anak itu dijumpai. Tesco tu tak besar mana tapi kalau nak jadi kes, apa2pun boleh berlaku.

Serius cakap, aku memang sedikit cuak kalau bawak anak ke shopping mall. Budak2 baya anak aku tu boleh tahan lasak. Pernah la terlepas pandang masa pilih barang yelah, budak kecik kalau masuk celah rak baju tu mana nak nampak, nak pulak yang jenis suka main sorok-sorok. Rasa macam nak luruh jantung mencari.

Senang citer, kalau yang boleh sorong dalam stroller tu baiklah letak dalam stroller tu. Nak melalak pun biarkan je, biar dia melalak dulu sekarang dari kita melalak kendian. Kalau yang besar macam si abam tu, tak duk diam aku cubit je seround. Penah dulu jadi isu yang pakaikan anak tali kat badan/tangan so dia tak terpisah dengan mak dia. Aku setuju je wpun orang kata dah macam anak anjing pulak pakaikan tali macam tu. Anjing tak anjing, kenapa kita nak samakan dengan binatang. Ye betul, benda nak berlaku depan mata pun boleh hilang, tapi sekurang2nya kita usaha.

Moga dijauhkan anak-anak dari bahaya dan orang2 yang berniat jahat.

# tengah tunggu sesuatu ni, alahai lambatnya lunch hour. Nanti aku share apa citer ye


Comments

LYAfrina said…
td dh komen.. dah publish, tp xtau msk x..
ermmm..maybe time tu parent dia tlalu ralik smpai x sdr ank main2/lari.. biasa la bdk usia ni tgh xtif.
lya klo bwk asya k psaraya.. mmg ltk dlm troli or papa dia pimpin tgn.. mmg xlps.. sbb tkt camni la..
t.a.t.a said…
budak gundut kat rumah tu dia memang sangat berani. dengan sesiapa aje dia akan tegur. kalau orang tu ajak dia pergi memana pun dia nak ikut. dia tak takut dengan orang. bahaya betul dia tu.

pastu kalau gi memana, memang kena pegang tangan dia. tapi dia yang tak nak pegang kita. haish. risau betul.
NenetPenne (NP) said…
rupa anjing ke tak, tak kisah tapi kalau anak tu hilang, orang yang kata kita pakai tali kat anak mcm anjing tu ada nak tolong cari anak kita kalau anak kita hilang?? nan hadooo...
Dr K said…
Kalau anak mmg jenis buas/lasak,pasangkan strap kat badan tu...Anak saya walaupun tak lasak, kadangkala saya pasangkan aja strap tu masa gi shopping complex..Abaikan aja pandangan mata mata yg sinis, sebab kalau hilang, bukan anak mereka yg hilang.
HeNRieTTa JoSe said…
klu kena batang hidung rietta pown cuak jugak nie...mna xcuak..anak hilang...
Yatie said…
tau macam mana perasaan itu...pernah terjadi. maklumlah anak tak reti dok diam walau dah besar. masa tu kat KLCC..orang sibuk beli barang yg silaki masa tu darjah satu...suka merayau..hilang 15 minit, nasib baik mak guard simpan dia kat info counter.
sawanila.com
sarah said…
memang la kalu bawa anak pi soping kena jaga betul2..risau tul..zaman la ni bukan bleh harap..
Unknown said…
Assalamualaikum Irfa,
Apa nak kira apa org kata.. anak kita..
Kut hilang.. ada ke dia orang nak tolong cari?
Mana yg faham.. alhamdulillah.
Sekali dpt yg pi pakat ngata.. "tu la, mak bapak shopping sampai x ingat anak.."
Semoga kita semua dijauhkan dari bencana yg sebegitu.. insya'Allah..
Mummy Sher said…
paling risau kalau bawa anak2 ke tempat2 mcm ni, mcm-mcm boleh berlaku sbb tu klu boleh kena jaga betul2..ish takutlh baca..
shida said…
tu la... sangat2 risau. betui.. biaq la anak2 melalak dlm troli tu dari mak bapak pulak yg melalak di kemudian hari
Zaitun said…
Usah anak kecil, anak sudah besar pun kak Zai risau. Ke mana saja mesti dalam pantauan.
aizamia3 said…
ai sangat obses bila pergi shopping dengan anak2, anak2 mesti kena dekat dengan ai.. kalau jauh sikit mulalah ai bising sampai en. suami rimas.. yang penting anak depan mata, nak cari dalam lautan manusia bukan kerja senang.
saya kalo kluar ngan anak-anak...memang takkan lepaskan dierang saya pegang sorang ayahnyer pegang sorang...lagi bagus ader strap tu senang sikit...
wakgelas said…
wak pon penah hilang anak wak bocah cilik sekejap 15menet kat shopping mall jugakk.,uuHHuu
4feet8 said…
harini ada mcm2 rasa..
nak kata nak period, mcm dah lepas.. T_T
CikPuan Adda said…
Mujurlah anak2 saya jenis makan saman x berenggang masa gi shoppink. Saya pernah merasa anak hilang kat rumah. Khalish dan Ilhan tgh main kat laman. Time tu pula saya larik jap gi toilet. Tup...tup anak dh xde. Jiran kiri kanan mmg xde rumah. Meraung xingat cari diorg ingatkn menyorok. Tup2...5 minit lps tu jiran sblh telefon kata husband dia 'kidnap' anak saya bawa amik anak dia blk skolah. Mmg lega sgt2 walaupun rasa nak marah apasal tak gtau saya dulu. Grrr...
happyichigo♥ said…
Tak bernafas dira baca entry akak ni..betul, letak aje anak kecil dlm stroller atau pkaikan tali, biarlah org nmpk mcm hape tp selamat..! Jauhkanlah perkara2 spt ini. Semuga Allah melindungi kite semua
MOKCIK AZWA said…
Memang saspen kalau berlaku kejadian macam ni kan...
Unknown said…
part anak ilang ni mmg tak sanggupp.... mintak di jauhkan
sweetie said…
Saya pernah merasa hilang si abang di Taman Tasik Titiwangsa... Gelab rasa dunia ni... nak bunuh diri pun ada rasanya... pulak masa tu kes anak cina yang nama Song Seng hilang sedang hangat... Nasib baik dia di temui oleh satu family yang baik... dan serahkan balik pada saya.... sampai sekarang kalau saya ingat2kan balik menggigil badan saya.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...