Skip to main content

Ehem Ehem

Emm, nak tulis ke tak nak? Tulis jelah, kalau korang nak gelak, sila kover sikit. Pc aku ni spesel, buleh nampak kalau korang gelak tau walaupun korang nyorok bawah meja. Sekalipun korang bukak blog ni kat Kutub Selatan. Tak caya? Saya tak tipu, saya tak tipu, hihi.

Tak pasti la korang perasan ke tak, sejak 2 hari lepas aku ada tambah pages kat blog ni. Ala tak nampak? malunya kita nak citer, huhu. Dia ada kat situ (sambil jari jemari tunjuk kat bahagian header, atas iklan Nuffnang tu)

Okeylah, citer terus terang jelah. Aku memang ada buka satu blog bisnes kononnya. Baru lagi dalam bulan Julai yang lepas. Hajar Closet nama diberi, konon nak bisnes kain cotton. TAPI, blog tu ala hidup segan mati taknak la pulak. Sebabnya takde barang baru pun upload kat situ. Macam mana nak upload gambar kalau barang dah sikit, nanti orang kata barang dah tak abis baru nak jual kat blog. Bukan gitu ye..

Gini kisahnya, bila ada stok masuk ... aku akan open table kat kengkawan terdekat dulu. Jadi, belum sempat aku nak ambik gambar, barang dah tinggal selai dua. Segan lah aku kalau setakat 2,3 pasang je nak letak kat blog. Semalam saja aku dah jual 3 kodi Inner Magic (60 helai) kat kengkawan terdekat je. Dalam hati naklah jugak buat majlis potong riben untuk blog bisnes tu tapi asyiklah bertangguh. Maklumla, bisnes modal kecik je, lainlah kalau beli barang pakai kontena. Bolehlah panggil wartawan sekali buat liputan, hihi.

Aku nak share sikit kisah, sebenarnya aku akui tak mudah nak bisnes online ni. Kena betul2 minat dan sabar lebih sikit. Semalam ada satu kes, ada orang sms nak Inner Magic 10 kodi (1kodi=20 helai). Kalau 10 kodi korang kira la sendiri. Aku ni bisnes kecik2 so bila order banyak kenalah check stok. Kol supplier tak berjawab. Mungkin dia ada hal masa tu dan tak perasan sms/kol aku. Customer dah tanya banyak kali ada ke takde stok. Aku dah cuak ni, malu kat customer pun satu hal. Last2 supplier reply bagitau stok tak cukup. Aku masa tu baru nak taip sms bagitau stok tak cukup, elok pulak customer sms bgtau kensel order  ada la alasan kenapa nak mintak kensel.

Tarik napas panjang aku masa tu.

1-Nafas LEGA = sebab aku pun memang nak cakap stok tak cukup, ingat nak bagi stok yang mana ada dulu

2-Nafas KECEWA = kecewa sebab urusniaga tak menjadi, sedikit kecewa juga kerana membayangkan $$ yang dah nak masuk poket, terbang begitu sahaja. Tapi aku sedar ada hikmahnya. Korang bayangkan kalau masa aku ctc supplier tu dia terus jawab 'ada stok, nak hantar sekarang ke?'. Tak ke naya, bila stok ada tetiba customer kensel. Apa jadi?

Jadinya, kesimpulan yang aku dapat ialah SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.

1- aku dapat kawan baru (customer yang tak jadi bisnes tu ler. kami siap berbalas wsap mcm kawan, mungkin lepas ni kami boleh bisnes cara lain, sapa tahu kan)

2- kalau dah bukan rezki kita, tetap bukan rezki kita.

Apapun aku happy dengan apa yang aku buat sekarang. Mungkin sedikit susah payah sekarang, tapi semua itu mungkin akan jadi pengalaman yang manis bila dah berjaya nanti. Insya Allah. Doakan aku ye

Konsepnya, BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH. berbelit kan? Apapun aku tabik spring pada mereka2 yang berjaya dengan income 4,5 angka cuma dengan bisnes dalam talian (online bisnes).

Okey, itu je nak share

Sekian

~SayaMakBudakBaruBelajar~



Comments

sweetie said…
ehem..ehem! dah mula meniaga online!
Unknown said…
Rezeki tu ada dimana-mana. ..yg penting usaha. Saya biasa jugak bisnes kain pasang, kerongsang, tupperware. tapi kat opis jer. hehehe...yg jadi mati mood nk bisnes bila ada ynag berhutang liat nak bayar.
CikPuan Adda said…
Cayalah Kak Irfa. Kayuh pelan2...
Kakzakie Purvit said…
Betul ada hikmahnyalah tu..

Kakak suka lihat mereka yg berjaya business online, teringin juga nak buat tapi tak tahu nak business apa. Kalau kakak pandai rasanya kakak tak mahu kerja kat office lagi.
sitiezahim said…
wah wah tahniah. selamat maju jaya :D
Irfa said…
NEA LOPAH..
bermula ngan suka-suka jugak ni
mmula tlg jual orang lain punya stok,sekarang baru berani melangkah setapak
takut memang ada,tapi lambat @ cepat abis juga..

so far kat opis ni diorang ambik dulu n bayar gaji
xde lagi kes culas mmbayar
sy pun bagi 2x bayar sebab tu diorang ambik kot
Irfa said…
SIS SWEETIE..
doakan saya ye ;)
Nieda Ramly said…
akak pun teringin nak bisnes tapi tiada ilmu di dada.
selamat maju jaya irfa!
Aisy Nasiha said…
Kagum dgn irfa..dah mulakan langkah utk buat pendapatan sampingan.. saya lak masih dalam angan angan...entah bila nak mula
azieazah said…
Bisnes sambilan ni memang kena selalu bertenang. Tak leh terlalu excited. Biar ia berjalan perlahan tapi konsisten. Moga terus maju! Ada rezeki tak ke mana...
Unknown said…
Wah" Bagus tu irfa, dah mula meniaga. kak yus ada hati juga, tp selalu tak menjadi. Nanti kot, dah takde anak kecik, nak juga buat bisnes online, tp takut dah terlambat je...huhu.
Unknown said…
ehem ehem.. page kat FB tak promote!!
Lady Windsor said…
bagus Irfa, FB medan marketing terbaik..promote la kat situ
Unknown said…
insyaallah akak support awak dari belakang yea.....

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...