Skip to main content

Mana Ada Stress dan Lawatan Lepas Exam

TQ untuk semua yang memberi komen tentang en3 sebelum. Ada orang kata 'ala, baru upsr je pun. takyahlah stress sangat' eh! sapa kata aku stress? aku bercerita sebagai salah satu coretan perjalanan hidup aku je. Semua ibubapa ada harapan besar untuk anak masing2 tapi takdelah sampai nak pukul/marah anak kalau tak mencapai target. Dia dah usaha setakat termampu, sebagai ibubapa .. kami selalu doa yang terbaik untuknya dan selebihnya serah pada Allah.

Tadi kol kakak, macam biasa dia punya ayat 'okey je, cuma BM tu macam pening sikit' emm dah agak. Jangan ingat kita orang Melayu, Bahasa Malaysia tu mudah, tidak ye. Soalan je mudah, tapi jawapan susah, hehe. So pesan aku pada dia 'yang dah lepas tu lupakan, kita fikir yang esok pulak'.

Okey, titik pasal anak exam. Meh kita citer mende lain pulak ye.Tapi masih tentang si kakak.

Memang sejak zaman aku sekolah lagi, bila lepas exam je mesti sekolah anjurkan program lawatan. Release tension kononnya. Ingat lagi masa sekolah rendah, ada lawatan ke KL dan Melaka. Tapi mak ayah tak benarkan, huhu. Bukan sebab $$ tapi lebih pada risaukan keselamatan naik bas dari Timur ke Barat tu. Bukan sejam dua tapi lebih dari 8 jam kot kalau naik bas, benti makan berak kencing segala mak nenek. Sedih dan kecewa kerana permintaan tak di luluskan rasa macam nak lari rumah pun ada, tapi nak lari kemana? tapi merasa la sekali ikut rombongan sekolah ke pantai dekat Besut dan lawatan ke pameran buku di Kota Bharu.

Sekarang turn aku pulak, sebelum raya tu ari dia bagitau yang sekolah nak buat lawatan lepas exam. Lawatan ke Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Alahai, tok nenek pun duk KL nak jugak melawat KL. huhu.

Mak ayah aku yang very protective tu konfem la tak benarkan cucu diorang travel jauh2 dari Kelantan ke KL naik bas. 'Nehi, nehi, nehi' katanya. Aku pun dah serba salah, yelah kenalah fikir jugak perasaan mak ayah aku sebab kakak jugak bawah tanggungjawab mereka sebab duk di kampung.

Lepas pujuk dan bagi alasan kenapa tak boleh ikut, aku bagi dia pilih mana dia nak pegi hujung tahun nanti wpun bajet lom ada, takpe itu kita fikir kendian. Tak kusangka dalam banyak2 negeri dalam Malaysia ni, dia pilih nak gi Zoo Negara. alahai, nanges dalam hati. Ingatkan dia nak mintak gi Langkawi ke hapa. Jauh sangat tu, Cheras ke Zoo Negara, hihi.

Rupa2nya dia dah lama teringin nak gi Zoo Negara. Cam biasalah, bila dah dekat lagilah tak berminat nak pegi. Macam aku yang dah masuk tahun ke 15 duk sini, baru sekali ke Menara KL itupun masa memula datang dulu, dan Tugu Negara tak penah jejak kaki, lalu je sambil tengok dari dalam keta.

Sebelum peksa tu ari, cikgu bawak pelajar2 yang terpilih gi barbeque dekat air terjun, aku izinkan dengan pesanan 'pandai2 jaga diri' dan minggu lepas dia bagitau cikgu nak bawak gi pantai tak pasti le pulak pantai mana. Pun aku izinkan, sebab perjalanan pun tak jauh mana dan masih dalam negeri.

Entahlah, bukan senang jadi ibubapa ni. Kontrol sangat pun tak boleh, dibiarkan lepas bebas lagi tak boleh. Macam ni le agaknya fikiran mak ayah aku dulu ... sekarang daku merasainya.

Korang ada cerita yang lebih kurang sama?
Masa korang kecik2 dulu mak ayah korang bagi ke ikut lawatan sekolah?
Kalau ada, negeri mana?
Seronok kan naik bas ramai2 dengan kengkawan 

[^_^]



Comments

IndaMarya said…
dear Irfa,masa anak sulung saya ambik UPSR dulu saya org paling gementar, takut gila.walaupu setiap ujian klas dia score, and always got first in class , saya masih takut, kalau2 dia over confident pulak. saya coach dia sejak early primary seawal drjah 1.memang aim nmber satu saja.lepas tu adik2 dah tengok kakak, depa pun tk mau kalah..tips utk Irfa slalu bayangkan kehidupan masa dpan yg hebat for them, tunjuk contoh org brjaya and help them to pursue their target.jgn pksa tapi bagi psychology secara halus..bila kakak dh cmrlang adik2 naturally ikut.smpai sekolah menengah kita tk bmbang lagi..disiplin masa kecik akan diteruskan..lega..
HeNRieTTa JoSe said…
Semua ibubapa ada perasan mcm tu kan...rietta dulumak ayah ksi jerr ikut rombongan skulah...sebab rombongan dlu xlamer pown...dlm pulau nie jer...lgpown msa tu dah besar...mak ayah xde la wsau sgt...
NenetPenne (NP) said…
soalan BM mencabar yer...jangan ingat kita pandai cakap Melayu, BM kita bagus..ohhh nooo...hahha...

akak dulu firts time datang KL masa umur 12 tahun, masa tu terpilih untuk pertandingan pesta kebudayaan..akak wakil negeri u!!! hahahaa... merasalah pegi chowkit... globe silk store.. ingat dulu mcm sampai ke tua lah tak akan dapat datang ke KL, la ni err sampai ke tua lah dok KL..
sweetie said…
Sama je kita Irfa... saya dulu si abang lepas exam UPSR cikgu bawak gi Langkawi... hati berat tapi saya lepaskan juga. Pergi 3 bas... Bas yang dia naik sume budak2 kelas dia dengan cikgu kelas dia juga. Kat Langkawi duk sebilik ngan cikgu dia tu.. cikgu lelaki. Si Ojet lepas exam UPSR cikgu bawak gi Cameron Highland. Bertolak malam... Bas naik ikut Tapah... mau tak runsing memikirkannya... melepaskan mereka cam rela tak rela je.
Cik Azz said…
Dari zaman sekolah rendah sampai la sekolah menengah, tak pernah ikut rombongan sekolah.. Memang mak tak bagi.. Sedih sungguh.. huhuhu..

Bila masa kerja je ikut rombongan.. Itupun pergi laut.. Itupun mak tak bagi tapi pujuk2 jugak, cakap ramai yang pergi, naik bas ramai2..

Sekarang ni kalau ada geng2 makcik kat sini yang buat rombongan, mak suruh jugak saya pergi.. tapi hati saya dah takde rasa nak pergi rombongan tu.. Dah malas dah.. Lagipun dah tua, penat nak jalan jauh2.. Duduk rumah lepak baca novel je.. hehh...
saya dulu masa lepas exam pi penang time tu punya lah susah nak mintak kebenaran mak ayah, mak la terutama sekali risau & memacam... nasib ayah bagi kemain melonjak gembira time tu dierang suruh aper pun saya buat...hehe
tapi dulu seronok sangat pi penang tengok jambatan pulau pinang tu kagum sangat rasa nanges...
aNIe said…
Salam Irfa... kakak pun ambil UPSR tahun ni ye...semoga dia berjaya dgn keputusan cemerlang...ameen...
aizamia3 said…
dulu ai tak pernah merasa nak berjalan bagai.. mak tak bagi ikut :( terlepas peluang nak berjalan dengan kengkawan.. miss that moment yang takkan berulang dah.. :(

la ni.. anak yang sulung pernah pergi ke negeri melaka.. tu pun tak cukup adventure sebab kami follow bas dari belakang pastu terus balik kg.. hahaha..
dak adik pulak pergi ke pusat sains.. masa ni ai tak dapat pergi sebab tengah dalam pantang dak Nuha..
eemm.. tapi dari gaya babah dorang.. senang anak2 ni dapat pelepasan ikut rombongan sekolah.. ;) sebab babah dorang dulu selalu travel.. hehehe.. untung2 anak2 sekarang.
happyichigo♥ said…
Dulu rombongan paling jauh pun pergi melaka aje.. Tp mak kata jauh! (kami menetap di pj) tergelak bila mak kata melaka tu jauh..bila sekarang saya fikir nnt klu anak nak gi rombongan, gi melaka pun rasa jauh dah tu! Rombongan area kl ajelaah! Haha hamek! Baru tau rasa mcm mana..apepun, mgkin dira akan benarkn klu anak nk ke mana2 rombongan, kita sebagai ibu sentiasa doa anak kita sentiasa selamat dan dilindungi Allah :)

Upsr stress ok!!
Tie HT said…
akak masa kecik2 dulu gi rombongan kuantan je..
tp enjoy la juge :)
shida said…
masa kecik2 ada latan ke taiping naik keretapi lagi... tp mak ayah ngn tok tak benarkan. sedih giler. masa lepas spm ada lawatan ke kelantan terengganu. tau dah mak takkan izinkan punya, then berpakat ngn kwn2 suruh pujuk mak. mak bila org lain pujuk, cairlah dia.. akhirnya dapat jugak p kelantan dan terengganu.
bangsawan nilai said…
irfa,
erol pun ambik upsr gak.
minggu depan ada rombongan sekolah ke langkawi.tapi dia x nak pergi sbb dah pergi katanya. lagipun nak pulun main games puas-puas. nak balas dendam. dah sebulan kena banned...hehehe
Irfa said…
SIS INDA..
itulah pasal, result masa trial kategori okey
so sy takut dia 'over confident'
sebab dia anak sulung lah harapan agak tinggi pada dia
apapun keputusannya kami akan terima dengan hati terbuka
Irfa said…
RIETTA..
yelah kot, dulu sedih sgt mak ayah tak bagi ikut rombongan
sekarang baru saya tahu mcm mana perasaan mak ayah saya,terutama mak la
ayah ada kala okey je..
Irfa said…
SIS NET..
betul tu,jgn igt BM mudah
soalan paling tak suka ialah yang kena pilih-pilih tu
cthnya macam:
II,III dan IV betul,huhu mencabar sangat

tu dia,wakil negeri u
mesti ada rerakan yang jeles ngan akak kan?haha
mak saya selalu kata 'kecik2 ni je mak nak larang pun, dah besar dah keje nanti pegilah sendiri'
Irfa said…
SIS SWEETIE..
kan?tak bagi serba salah,kesian kat dia.nak jugak merasa
dekat2 okeylah lagi..tp jauh berbatu mau tak risau
lagipun key el dan melaka dia dah penah pegi cuma tak pegi dengan rombongan
pegi ngan family je,tak sama la kot ;)
Irfa said…
Cik Azz..
hehe,macam majuk pun ada ye ;)
Irfa said…
LIZZ..
biasanya halangan dr mak le.
ayah lebih rasional :)
tapi macam saya mak ayah sama je,dua-dua tak bagi kalau jauh
ambik ko sekarang..jauh pulak merantau dr kampung

dulu pun jambatan pulau pinang tu tgk dlm buku teks dn tv je
Irfa said…
SIS ANIE..
ye kak
sama ngan si kecik akak tu
moga mereka berjaya,tinggal sehari je lagi esok
Irfa said…
AIZAMIA..
sbb fikirkan itu akan jadi kenangan bila dia dewasa,sy pilih2 tempat yg dia boleh pegi @ tidak
taknak la nanti dia takde kenangan zaman sekolah nak citer kat anak2 dia ;)

follow bas?
kami mmg ada cadangan nak buat macam tu
igtkan nak ambik dia dr kg bawak balik sini naik flight
pastu bila rombongan dari sekolah sampai..kami hantar je kat mana lawatan tu..tp kesian kat dia, kot dia malu kat kengkawan ;)
Irfa said…
HAI DIRA..
see?
pj ke melaka pun dah rasa jauh
inikan pulak kelantan ke melaka,hihi

ye,doa moga mereka selamat walau dimana pun berada
Irfa said…
TIHARA..
sebenarnya budak2 ni seronok sebab dapat naik bas ramai2 dgn kengkawan
tak sama pegi naik keta dgn family ;)
Irfa said…
SHIDA..
oh pandai ye, sib baik mak makan pujuk ;)
best tu naik keta api
Irfa said…
BN..
ye, tahu hero ko pun upsr
moga yg terbaik utk mereka

langkawi tu dah banyak kali pegi tapi kalau pegi lagi pun okey je
aku suka gi langkawi wpun pusing2 dlm pulau je ;)
pastu makan cendol dan laksa landasan ketebang tu
eh!mcm aku lak yg nak pegi.hahaha
:: CIKVIVA :: said…
Nak join lawatan mmg tak dapat derr...first time pg lawatan sekolah masa form 6..pergi jalan2 kat kl & putrajaya & jugak klia..tak sangka sekarang keja kat klia...huhu
Unknown said…

Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...