Monday, January 20, 2014

Cuti 3 Hari Buat Apa?

Isnin datang lagi, Alhamdulillah dan terima kasih padaNya kerana masih berkesempatan bernafas hingga kini.

Adoi la, korang jangan lah pandang serius sangat pasal aku nak tulis novel tu. Aku gurau je, takde masa lah nak perah otak tulis novel (tulis ambik masa berbulan2, orang baca satu malam pun boleh khatam). Tak dapat bayangkan rupa novel yang bakal aku tulis tu. huhu.

Cuti 3 hari buat apa? Aku ? emmm, jap tengah ingat balik apa yang aku buat selama 3 hari tu, hihi

DAY 1
Pagi tu tengah bergelimpangan dengan anak-anak melayan kartun animasi bertajuk Frozen, en Abe lak keje shift pagi. Tetiba cik Abe call bagitau, sil ontheway nak pick up kakak dan abam. Diorang nak gi cuti2 kat A Famosa Resort. Apalagi, sepantas kilat budak berdua tu bersiap. Sil sampai dengan anak2nya dan mil, masa diorang nak bertolak kesian pulak dengan si kenit, dia pun sibuk cari tudung dan tarik bag nak ikut. Sil offer kalau kami nak ikut,  Tapi mana muat satu keta. Bila cik abe dengar pasal si kenit heret beg, apa lagi .. tak sampai hati lah pulak (mungkin kerana sesi penceritaan aku tu yang telah di tambah tokok, buat citer tu nampak sangat sedih, hahaha. versi aku haruslah over kan?).

So cik abe suh ajak CV, maka bermulalah sesi memujuk CikViva dengan janji manis 'u bawak je, ai isi minyak dan bayar tol' hehe. Sib baik dia sudi melayan kakaknya nan seorang ini.

Dipendekkan citer, kul 12.30 dia dan adik pompuan sorang lagi datang ambik kami dua beranak, tak jauh pun dari rumah aku ke A Famosa tu, masuk tol Seremban dan kuar tol Alor Gajah je, kul 1.45 kami dah sampai ke condo yang disewa oleh Sil.

sebelum bertolak
# pakai tudung lengkap

dah sampai
# eh! mana tudung dik? huhu 

Xceli, kondo tu kepunyaan bos Sil dan dalam proses nak dijadikan kondo sewa. So sil mendapat tugasan membeli perabot dan kelengkapan untuk kondo tu, so kami lah yang rasmikan semua perabot baru dalam tu, hihi.

puan blog interframe 

Anak2 apalagi, aktiviti diorang ialah berendam kat swimming pool sampai kecut dengan dengan sepupu2 mereka. Naik hanya untuk makan je.

sesi kecutkan jari jemari bersama kazen2
# ada sapa nampak mana anak bujang aku?
wah!kemaen dia, lupa diri kejap 

entri kali ni banyak gambar si kenit
abam dan kakak dah malu nak bergambar
bila hala kamera, diorang siap tanya
'nak letak kat blog ke?taknaklah, malu'
takpelah, adik je layan umi ye


kita dan kakak kesayangan

pemandangan dari beranda bilik
pakcik makcik jepun@korea tengah standby nak 'menebas'

Petang tu aku dan adik2 pusing2 Melaka tapi tak sempat pegi jauh takut lewat balik, so sempat ke Tesco Cheng je cuci mata. Malam tu tido Melaka lah kami.  

DAY 2
Dari Melaka kami bertolak balik jam 9.30 pagi sebab adik pompuan yang sorang tu keje kul 12 tgh hari, anak2 stay dengan sil dan mil. Bagi peluang berendam lagi. Dalam perjalanan balik sempat beli cencalok dan belacan (untuk buat nasi goreng dan kangkung goreng belacan? kangkung kan dah turun harga, hihi). Kata ke Melaka kan? tak sah lah kalau tak beli cencalok dan belacan, hihi. Sampai umah jam 10.40 pagi (40 minit perjalanan je, jalan tak jem), sambung tido sebab ngantuk sangat. Kat kondo tak lena tido, mungkin beralih bantal kot.

apa motif ni?
sapa tah memfofularkan gambar kaki@kasut macam ni

okey, kita balik dulu ye 
ByeBye Melaka, hajat hati nak datang lagi, tak puas pusing Melaka. Nak gi Jonker Walk pun tak kesampaian, nak makan ikan bakar tersohor pun tak sempat. Insha Allah ada siaran ulangan kalau ada rezki. Tak gitu CV

DAY 3
duk umah je sambil main basuh dan lipat kain, sesambil bergaduh manja dengan kekanak ribena tu, masuk dapur main masak2 pastu main makan2, kendian tengok tv, bosan2 tv tengok aku. huhu

Sekian kisah cuti 3 hari (macam lah ada sapa kesah ye)

# korang buat apa cuti 3 hari? 




14 comments:

  1. Jelesnya tengok org gi bercuti... saya macam n3 kat blog tu lah.... stress dan hari cuti pun kerja...

    ReplyDelete
  2. saya duduk rumah je cuti 3 hari ni, tak kemana :)

    ReplyDelete
  3. Tak kemana2 dik..cuma balik kampung je ada kenduri kawen

    ReplyDelete
  4. kita mak2 ni pun kalau berendam sampai kecut2...hhee

    ReplyDelete
  5. seronoknya dpt cuti lama n ronda2 melaka....

    ReplyDelete
  6. Untung laaaaaa dpt rasmi condo berperabot baru...hihihih
    Bos tu nak sewakan berapa per night?

    ReplyDelete
  7. best nya jalan hujung minggu...this weekend cuti raya china leh la jalan lagi...Cik Viva?..leh bwk akak sorang ni jenjalan heeee

    ReplyDelete
  8. alamak best gak yerk rasmikan barang baru... berbaloi2...
    memang seronokler dapat tidur situ der swimming pool lagikan...
    dapat gi lama2 lagiler best...

    ReplyDelete
  9. Kak Irfa, tengok baki cuti ada yang 0.5 tak?

    Hahaha.

    ReplyDelete
  10. Sy x penah lg smpi a famosa ni...x jauh dri umh pun...5 min dah smpi...sebab tu la x pegi2 gaknya....

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. saya first day memang set appointment ngan doc gigi...pastu pegi huha kat alamanda
    tapi sabtu dan ahad memang tak kemana-mana...cuma gi jogging kat area rumah jer

    happynya muka si kecik bergambar apabila dapat join bersama!

    ReplyDelete
  13. adik bongsu aku datang weekend aritu.. aku takde nak posing2 gambo ngan dia..aku kan pemalu..poyo je kan..hahaha..walau pun adik aku tau aku ni blogger.. hahaha...

    ReplyDelete
  14. Sempat lg sayur kangkung kak..hik hik
    Dira sukaa melaka especially jonker walk!!

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)