Tuesday, April 8, 2014

Pokok Kari, Masak Kari Entah Bila

hai, dah sarapan?
hari ni bekfes sambil dating ngan cik abe, sebab sama2 keje pagi

sambil makan, teringat anak2 kat rumah sarapan roti sosej
gitu lah bila jd mak bapak ni
makan apa pun mesti ingat anak-anak, kan? 

eh, sesapa kat sini suka kari?
sila angkat keyboard
aku kalau di suruh pilih untuk masak
antara gulai kari dengan gulai tempoyak
laju2 aku angkat tangan untuk masak gulai tempoyak
siyes, aku memang fail masak kari

kalau tanya mil, dia pun dah jemu kot bagi resepi
asal dia masak, aku pun tanya
'ma, lepas ni masuk apa?letak apa lagi?' 
tapi masaknya, haram tidak

 sabtu lepas hujan sepanjang hari, ahad je tu baru nampak matahari
so kuarlah kemas laman
nampak pokok kari tepi tembok segar bugar kena air hujan
wpun hari2 siram guna air paip tp tak sesegar kena siram air hujan
sekali aku tengok
'eh! pokok kari tu beranak, dua anak dia'
haha, gila. pokok kari beranak
kebetulan ada pasu extra, terus pindah ke pasu kecik tu

ni mak dia, kecik je mak dia
  
ni anak dia, comel kan?
nak ambik buat anak angkat tak?
bagi free ngan pasu sekali , haha 
apa daa, citer pasal bekfes sampai ke pokok kari
nampak sangat takde idea nak hapdet blog
daaa

(^,^)


32 comments:

  1. dik kalau tanam kat tanah..lagi beranak pinak..jenuh pulak nak cantas..banyak sangat dia membiak

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK ERNA..
      ni pokok rumah baru
      rumah lama dulu tanam atas tanah, mmg tak larat nak cantas sebab banyak sgt daunnya

      Delete
  2. kami pangge pokok kari karapole..pucuk muda bleh buat ulam..sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. SARAH..
      ulam?
      akak x tahu plak pucuk kari org buat ulam
      boleh cuba nih..mesti sendawa bau kari nanti

      Delete
  3. pokok kari ni biak anak daripada akarnya...masak kari kalau xguna daun kari mmg xumph karinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK PARIDAH..
      betul tu, hati2 saya cabut supaya tak putus akarnya ;)

      Delete
  4. tuler pasal dari kisah bekfes McD terus ke pokok kari.. ingatkan tadi McD nak buat perisa baru kari...
    ha.. ha.. ingat masak karini teringat 1st masasak habis kena buang dalam tong sampah...rentung.. kelakar... sebabnyer per pakai api kuat lepastu idak nak kacau2.. suami tak tau sampai sudah... dulu duk ngan mak kita masak goreng2jer.. gulai2 mak yang masak.. padan muka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHO ZILA..
      hihi, kalau jawab peksa gini mmg zero le jawabnya
      dah terkeluar tajuk

      betul tu, masa bebaru kawen konon nak masak utk suami
      banyak jugaklah masakan sy yg jd habuan tong sampah
      yg sy igt smpi sekarang ialah goreng pisang
      x tahu mana silap, pisang saya goreng tak melekat dgn tepungnya, togel je ;)

      Delete
  5. 1) saya kan, kalau tengah makan sedap (urusan kerja), for sure mmg ingat kat suami n anak2.
    2) filet o fish, feveret saya tu kak.
    3) saya vote utk masak kari compare to gulai tempoyak.
    4) umah saya takde daun kari
    5) saya suka kari mamak. sedap sehingga menjilat jari.

    sekian terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAI UNI..
      comel sgt komen pakai nombor nih ;)
      -mak mak mmg gitu, makan sedap igt anak2, tambah lg klu makanan tu kegemaran si anak
      -give me five, akak kalau makan burger, mesti order filet o fish ;)
      -gulai tempoyak tu dr kecik dah pandai masak, sbb itu feveret family kami
      -umah akak ada, nak free dtglah petik.hihi
      -kari mamak yg xde santan tu lambat basi, tp tak tahan bau yg melekat kt tgn,

      watammat ;)

      Delete
  6. eeehhh branak? klu rietta dekat nak jugak buat naka angkart nie....sebab xpndai msak kari, tapi suka goreng ayam campur daun kari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RIETTA..
      hai lama x nampak? bz ke?
      malas2 sgt nak buat kari, buat je ayam goreng berempah taruk daun kari
      ada jugak pekdahnya kan

      Delete
  7. dulu kami tak pernah hingin nak masak kari ke apa, tapi bila duk sini yang macam mission immposible untuk dapat daun kari, mula la duk mimpi2 daun kari. COmelnya anak dia... post sini boleh? Promise hari2 I masak kari nnt hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUMMY JJ..
      dah susah dpt mmg gitu ler, emm tak cuba tanam ke?
      mana tahu boleh hidup cuaca sana

      Delete
  8. saya ingat daun kari ni tak boleh dimakan tau. just letak dalam kari untuk dapatkan aroma nya sahaja. so one time saya try makan yang digoreng punya. sedap weh. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TATA..
      kalau xleh dimakan, apa guna di letak dlm makanan, ye tak?
      org lain siap wat ulam pucuk kari
      hihi, itu pun baru tahu bila org komen, nnt leh cuba

      Delete
  9. Irfa... apalah susah no nak masak kari.... hiris2 bawang putih dan merah, halia ... pastu tumis.. campakkan sekali daun kari ke dalam... masukkan serbuk kari yang dah di bancuh ngan air/ santan... kacau2 sampai bangkit baunya baru masukkan ikan/daging/ayam... dah nampak kecut masukkan santan, garam dan asam... ha dah jadi masak karinya... saje je ko ni...

    eh mintak satu anak kari tu... cantik nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS SWEETIE..
      semudah itu ke? tp kalau tumis rempah tak garing, tak sedap kan kak?
      sy penah buat kari sadin, so far licin
      tak tahu lah diorang mkn sebab sedap @ sbb kesian, kikiki
      kalau dekat boleh je dtg ambik sepasu tu

      Delete
  10. - tak suka masak kari
    - tak suka makan kari
    - tak suka masak gulai tempoyak
    - tak suka mkn gulai tempoyak
    - tak suka masak tp suka makan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEKDAA.
      oklah tu, suka makan pun jdlah
      ada jugak yg suka ;)
      part masak bg org lain buat

      Delete
  11. Kari.. masak rajin tapi makan kurang laa..
    Tapi kalau masak lemak.. lajuuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAK SHAM..
      masak lemak pun jarang kt rumah, penat lah
      sekali masak, berkali2 kuar masuk peti ais, berkali2 jugak dipanaskan
      so masak yg simple2 je.. janji licin

      Delete
  12. Saya gagal juga bab2 kari ni. Lulus untuk tekak sendiri jer. Tapi kalau ikut piawaian hubby dan MIL, memang gagal teruk. Tapi kalau masakkan untuk orang yang pemakan masak lemak, kari saya diterima dengan meriahnya. Pokok kari saya ditanam dalam tanah terus. Maka dia membesar dan beranak cucu dengan bahagianya. Maka, selain dari masak kari, saya guna daun dia untuk buat ayam goreng berempah atau untuk dibalut dengan ikan bakar.

    Kesimpulannya, saya adalah penternak pokok kari yang berjaya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AZIELA..
      hihi, tipulah klu kata lgsung x penah masak kari tp mcm u cakap lah
      lulus tekak sendiri je, nak masak utk org lain mmg xde keyakinan
      wah hebat, boleh bukak ladang daun kari nih, hihi
      cipta serbuk kari jenama Aziela

      Delete
  13. Penah masak kari ke?? Kari best boleh carik kat Casarina...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV..
      hellooo. penah lah i masak kari
      kari sadin je ;)
      emm dah lama x gi Casarina

      Delete
  14. aku segan nak mintak sebab takut mati di bawah jagaanku..

    aku pun fail bab kari.. mana boleh lawan tekak dah biasa makan nasi kandar, mamak kat penang tuhh..

    so gulai2 mmg aku tere la kot..hahaha.. daun kari.. kering je dalam peti sejuk..wakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAI..
      haha, ko ada juri pengkiritik
      nak lawan kari mamak penang mmg bau asap jelah kat belakang
      tp ko boleh wat kimchi, orang korea makan pun nanges

      Delete
  15. kalau masak kari, awak suka guna rempah apa? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ..
      ntah lah, selalu beli paket yg jual kedai runcit tu
      lupa dah jenama apa?
      ada cadangan jenama apa yg bagus?

      Delete
  16. Dah lama tak.makan mc d. Dekat 6 bulan gak le.. diet katanyerrrr x makan fast food

    masak kari akak expect. See the face le pulak kan hahaha. Bila surub buat gulai tempoyak.. mulalah ternganga nganga.. hehe

    ReplyDelete
  17. salam blogwalk :)
    santai je gaya tulis, nice pc of reading :)

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)