Tuesday, April 15, 2014

Rasa Nak Boikot Kurier Skynet

* Ya Allah, berikan aku extra kesabaran, kebengangan dari semalam membawak sampai ke pagi ni*

Last week aku order banyak stok Genie Bra, supplier hantar guna servis Skynet (katanya PosLaju mahal, nanti kesian lah kat awak kena bayar pos mahal sebab barang tu banyak).

So aku check tracking number, 12April barang dah sampai kat cawangan Skynet area perumahan aku. *aku masih baik hati sebab tak sebut nama cawangan tu kali ini, tapi kalau korang baca kat link yg aku penah tulis pasal Skynet, korang akan tahu cawangan mana*

12 April adalah hari Sabtu, okey aku bersabar sebab hari tu cuti, mungkin dia akan hantar Isnin. Semalam aku kol cawangan, bagi tracking number. Yang jawab kol pompuan, katanya 'taman tu tak masuk hari2, mungkin esok baru masuk situ*. Perkataan 'Mungkin' bukanlah ayat yang patut diguna dalam situasi mencemaskan macam ni. Mungkin bermaksud samada 'masuk @ tak masuk tu tak dapat dipastikan, tengok keadaan' boleh gitu?

Tak masuk hari2, padahal dari cawangan tu ke rumah aku ambik masa 30 minit je kot. Nak kata taman tu jauh pendalaman memang tak la. Jenuh aku bagitau customer sebab kelewatan, dahlah aku ni tak pandai mereka-reka cerita. Sib baik customer semua baik, TQ to my customer.

Orang boleh kata 'eleh komplen je pandai, kalau nak cepat nape tak gi ambik sendiri je kat cawangan tu' ye, aku boleh gi ambik kalau nak cepat. Tapi kenapa aku sebagai customer yang membayar perkhidmatan tu pulak nak kena buang $$, buang minyak keta dan buang masa sedangkan diorang patut hantar ke rumah?

Semalam kata tak masuk taman tu, so aku harap hari ni dia hantar. Untuk puaskan hati, pagi ni aku call cawangan sekali lagi. Tapi yang jawab kali ni lelaki. Aku tanya 'hari ni masuk tak taman Astakona? (nama taman rekaan semata), sebab akak dari semalam tunggu barang tu, pompuan yang jawab call semalam bagitau Skynet tak masuk hari-hari kat taman tu, boleh akak tahu hari apa sepatutnya Skynet masuk? jadi senang akak nak bajet bila barang sampai'

Tahu apa yang dia jawab? 'takdelah kak, hari2 masuk patutnya' sib baik dia jawab dengan nada sopan.

Kalau korang jadi aku, apa korang rasa?
sorang kata A sorang kata Z, mana satu yang aku nak dengar nih?

Dear Skynet

Tolonglah jangan buat customer macam ni, kalaupun kami bayar murah berbanding ngan PosLaju, jangan buat kami macam orang mintak sedekah. Baiki servis Skynet kepada lebih baik, Insha Allah korang makin maju.

Ni kali ke2 aku tulis pasal servis Skynet Yang Teruk

# jam 12 tgh hari tadi, call akak pengasuh, barang dah sampai ( selepas diperam selama 4 hari dari Sabtu lepas, grrrrrrrrrrrrr


14 comments:

  1. mmg x suke servis yg lembab.. x kisah la murah ke apa.. but kita bayar kan..

    ReplyDelete
  2. melampau gila kan courier service kat malaysia ni..

    ReplyDelete
  3. Baru 4 hari dik..barang akak guna pos laju pun 7 hari gak baru sampai

    ReplyDelete
  4. guna poslaju jelah..laju je sampai..bwk bersabar ye

    Salam kenal :)

    ReplyDelete
  5. Citylink pun sy selalu guna tapi sekarang asyik buat hal mcm ni jgk..poslaju jugak efficient tapi mahal skit..

    ReplyDelete
  6. Kalau macam tu baik la depa call akak dan suruh pick up sendiri di centre sana. Tak la dok menunggu je.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah selamat juga barang tu akhirnya walaupun pada awalnya mempunyai masalah.

    ReplyDelete
  8. cari yg xbermasalah irfa...bisnis mesti up to date selalu.

    ReplyDelete
  9. saya & isteri lama dah boikot Skynet...mmg bermasalah..
    Poslaju, walaupun kadangkala mahal sikit, tapi perkhidmatannya so far, tak mengecewakan

    ReplyDelete
  10. Sebab tu agaknya servis dia murah sikit...hmnnn

    ReplyDelete
  11. xpernah lg try skynet...tpi selalu dgr org complain pasal servis diorang

    ReplyDelete
  12. Anak2 makchaq pun ada komplen pasai ni.. la ni depa guna pos laju pulak.. tapi masalah pos laju pulak, kadang2 tak ketuk terus tinggal note ja.. kita kena pi ambik sendiri.. tapi tu tak kisah la..

    ReplyDelete
  13. kita bakojer.. kita bakojer.. ha.. ha...

    ReplyDelete
  14. lembab... barang den tak sampai lagi walaupun haei rabu pagi dah sampai somban.. somban dgn jompul jauh sangat ko?
    Yang den hangin bukan apo, janji jumaat sampai pasal khamis cuti tak polah. den call jumaat katonyo budak tu yg nak ngantar tu cuti. abih den tanyo, gantinyo takdo ko? tau apo dijawabnyo? Tak masuk ke jompul budak ganti tu...
    Mcm ni pun ado....

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)