Wednesday, April 16, 2014

Sarapan Bajet di Klia

sesapa yang penah datang Klia ni
tahu lah mana nak sarapan murah
* masa nak gi Medan tu hari, member di Medan kirim nasi lemak
pepagi tu gerai lom bukak, 
aku beli nasi lemak ayam rendang di klia, rm29.90 sen untuk 4 bungkus*

nasi lemak dengan sambal, sehiris timun dan 1/4 telur rebus
pun bodo-bodo rm2.50 sen, itu belum tambah air lagi

tapi, semalam aku nampak iklan promosi kat tiang besar tu
*sebelum ni takde pun, baru lagi nih*
Breakfast Value Meal RM2
terpampang gambar nasi lemak bungkus dan teh o

dari parking lot ke terminal dah nampak tiang ni
(tingkat 2) 


abaikan gambar blur tu, sebab snap pic sambil berjalan
seganlah nak ambik berdiri tegak depan tiang tu
nampak sangat i blogger sendu


dalam hati terfikir 
'eh! biar betul, ada ke sarapan rm2 siap nasi lemak dan teh o rm2 kat klia nih?'

Pagi ni, kebetulan lalu situ, saja lah nak tengok
eh eh, memang ada lah

tapi masa bayar jadi RM2.10
aku tanya '10sen tu untuk apa dik?'
dia jawab '10 sen tu airport tax kak'
oh okey
   
sarapan bajet ni kat Food Garden Level 2
dari jam 7-11 pagi
harganya agak okey setakat untuk sarapan siap dengan air
tapi takleh makan hari-hari lah
kang mengecut baju tak muat pakai



aku makan nasi lemak je, teh o tu aku bagi akak cleaner yang lap meja tadi
rasa nasi lemaknya boleh tahan jugak
# boleh tahan tu bukan sebab murah je
sebab ada jugak nasi lemak mahal tapi sambalnya hancus

okey tu je nak share

sarapan apa pagi ni? 


23 comments:

paridah said...

sedapnya nasi lemak yg mengenyangkan masih mampu dibeli di klia ya...

zana-norzana said...

Irfa,

Nasi lemak pun ada airport tax jugak ker???

HeNRieTTa JoSe said...

pagi nie nasi kerabu....eeeh ada lagi harga murah mcm tu erk...okay larr tu....jnj sedap kan...

Sherwieyna Muzzawer said...

Eh betul ke nih? rasanya kat klia semua makanan mahal tau. tapi bila baca entry adik pagi ni macam best je. haaa lepasni nak suruh asben makan kat situ je tak perlu pergi tempat2 mahal tak berbaloi pun sebab makanan dia tak sedap pun kan. apa pun terima kasih untuk info ni ye..:)

t.a.t.a said...

Kak, baju akak jenis cotton yang mengecut tu kan? Hmm patut la mengecut baju tak muat.

Cho Zila said...

oooo yer akak kalau kat klia cari McD atau KFC tau dah harganyer...

Sweetie said...

Irfa! ko ni keje bagian promotion ke... kheh..kheh..kheh...

faizah muhammad said...

nasi lemak fav. hari2 mkn mmg nnt tak muat baju :D ke baju tu yang mengecil ek?

Shamsiah Abdul Rahman said...

Mekasih Irfa,
Manalah tau kut kami terpaksa ambik flight pagi.. tahulah mana nak pi utk lapik perut.

Irfa said...

KAK SHAM..
sama2, tu lah niat sebenar saya share
kot sesapa nak sarapan murah boleh gi situ ;)

Irfa said...

HAI FAIZAH..
hehe, sila salahkan baju ye

Irfa said...

KAK SWEETIE..
eh! akak x tahu ke?
sy buat partime waktu lunch 1 jam
promote klia di mata dunia gitu, hahaha

Irfa said...

CHO ZILA..
boleh lah pegi kalau rasa nak makan nasi lemak murah
mcd n kfb di klia pun lebih mahal dr kat luar bila tambah airport tax

Irfa said...

TATA..
eh! sapa jual cotton mengecut tu?
so far akak jual insha Allah tak kejut, haha
ambik ko. sempat promosi gitu

Irfa said...

SHERWIEYNA..
alahai geli tekak dengar dipanggil adik
ni akak lah,,awak lagi muda ;)

menu sarapan murah ni baru wujud
sblom ni takde pun

Irfa said...

KAK PARIDAH..
bolehlah kak setakat lapik perut ;)
yg penting murah.haha

Irfa said...

ZANA..
tu lah pasal, sib baik masuk toilet x kena bayar, hihi
tp penumpang still bayar airport tax termasuk ngan tolilet sekali lah ;)

Rai Ourkizuna said...

sama saiz nasi lemak kat opis aku rasanya ni.. tapi aku rasa tak berbaloi la.. sbb takde air..dan opis aku bukan kat airport!! walau pun jalannya jalan subang airport dah..

Irfa said...

RIETTA..
sedap tu nasi kerabu, nak pulak siap ikan celup tepung dan solok lada

dekdaa said...

berbaloila harganya tu hehe.

sudipVSsenduk said...

semenjak dua menjak ni, baju akak pun banyak yg dah kecut... kenapa ek?

Nastyna said...

nnt I nak ambik flite pekena nasi lemak murah pastu terus balik berlin balik, kalau la aku kayo muahaha.

Izzati Amira said...

tgah on diet ni. tapi kalau dengar nama 'nasi lemak'... rasa nak je makan.. adoi... mengundang sungguh.. heheh

btw, dtg sini klik tabung uniten 3x, thank u (: