Skip to main content

DiTutup Terus @ Di Private



senarai belah kanan yang aku letak nama Bloglist I Like tu adalah senarai blog-blog yang aku suka singgah...tapi sudah banyak yang dah tak apdet..hari ni bila aku singgah kembali tapi yang ada cuma message

Blog has been removed

User does not have permission to read this blog

mungkin mereka sudah tidak mampu untuk berkongsi cerita lagi atas banyak sebab.mungkin juga kerana :

-tiada masa

-kisah itu terlalu pahit untuk di kongsi

walau apa pun alasannya,ini mesej aku untuk kamu

'aku penah kenal kamu satu ketika dulu.walaupun hanya melalui tulisan sahaja.aku harap kamu sentiasa gembira walau di mana pun kamu berada'

Comments

HS said…
salam..hey nice blog..follow mine^_^

http://penhijaupenpink.blogspot.com/
Lady Windsor said…
laa Irfa nape nak tutup..kalau u tutup dah x bleh nak skodeng hero dan kenit ..uhuk!
LIEZA said…
Saya la tu!hehehe..xde msa la kak nk update..
Yunus Badawi said…
Terima kasih masih sudi singgah di blog saya lagi. Biasanya hujung minggu saya tak update sebab saya sibuk dgn kegiatan keluarga dan kemasyarakatan. Tambahan, bilangan pembaca juga kurang semasa weekend.
Irfa said…
HAI HAJAR :)
tg sudi singgah sini

LW..
saya tak tutup blog tapi dah ramai kawan-kawan blog yang dah tak aktif.rindu nak tahu apa citer mereka
Irfa said…
LIEZA..
tahu takpe..sibuk yer?
akak paham

YB..
samalah//hari cuti saya pun x apdet sbb boleh bukak internet kat opis je
hehe
Kakcik Seroja said…
Pernah juga kakcik terfikir nak privatekan blog kerana lebih mudah untuk mencurah rasa. Tapi, adakalanya kakcik juga perlukan pandangan orang lain...
Unknown said…
aku kalau tak hapdet tu maksudnya takde idea la tu.. Hehehe
Anonymous said…
cheqna pun mungkin akan berhenti jugakla suatu hari nanti...
sila rindukan cheqna =)
Irfa said…
KAK CIK..
bila private dah tak ramai yang dapat masuk..

RAI..
aku pun..tp sebab blog ni kisah biasa2 je..so aku apdet jugak w,pun citer tak hapa-hapa ;)

CHEQNA..
nape pulak?jangan la..nanti saya rindu-rinduan
Aidah said…
Akak sejak akhir2 ni pun dah jarang apdet sebab kadang2 kurang sihat. Lagi pun dah tua2 ni makin slowlah pulak nak berfikir, Irfa. Hehehe.
LIEZA said…
Hehehe..sejak2 betkar profesion ni,mls da nk update..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...