Skip to main content

Jom Ke London..Sapa Nak Ikut?

sebenarnya aku tak penah lagi buat entri promo iklan ni.tapi masa log in blog tadi,aku nampak iklan SAMSUNG GLOBAL BLOGGER , aku terpanggil nak buat entri ni sebab terpikat dengan peluang makan angin free ke Kota London.aku cuma nak share pengalaman je.

pertama kali aku jejak kaki ke London ialah pada tahun 2004.gile dah lama kan?sekarang dah tahun 2012.maknanya kejadian itu berlaku 8 tahun yang lalu.kalau budak tu lahir tahun 2004 sekarang dah darjah 2.hehe.ada gak plan nak pegi lagi sekali tapi memandangkan kadar tukaran wang sangat mahal,hajat itu di bekukan dulu.

masa kami pegi dulu kalau tak silap 1Pound=Rm3.++ sekarang ni dah naik sampai 1Pound=Rm5.++.airport tax untuk sorang pun dah rm600.++ kalau 5 orang dah bape Rm?cer kira..



TAHUN 2004:kakak masa tu umur 3 tahun lebih dan hero dalam perut kalau tak silap 6 bulan kot

TAPI...........sekarang ni ada peluang bagi sesapa yang nak ke London.free lagi.tak nak ker?





Win a trip to London 2012 as a Samsung Global Blogger

klik sini SAMSUNG GLOBAL BLOGGER mana tahu ada rezki.caranya mudah sangat.buat video 30 saat dan korang berpeluang nak ke London.dulu ingat lagi kalau berangan nak belajar luar negeri je mesti pilih London.sebab tak tahu nak sebut negara lain.haha

cepat-cepat jangan lepaskan peluang ni (macam jual ubat la pulak).tarikh tutup 29 April katanya,dah tak lama tu

kalau sesapa menang nanti jangan lupa ole-ole utk aku.dapat FM seketui pun ok je

Comments

Kakcik Seroja said…
Nak buat video pun tak reti, macamana nak join ni? :)
aNIe said…
Assalamualaikum Irfa.. seronok bila terfikir nak pergi London free... tapi bab nak buat video tu...huhuhu...malaslah pulak...

Akak masih belum berpeluang ke luar negara yang jauh2... yang baru dpt pergi tulah ke Medan Semarang & Thailand je....
Lady Windsor said…
Irfa, jom balik kampung I kat London....warghahaha bajet perasan ni...sorry bagi I feeling2 Europe ya....kuikuikui. Ingatkan peraduan apa u, kena buat video memang serender, mak buta IT. Nak juga pergi ni..tsk!
Salam ziarah... very informative blog.. I x pernah sampai London lagi..
Irfa said…
KAKCIK..
saya pun :( lagipun takde gadjet canggih nak buat video

KAK ANIE..
ada rezki nanti dapatlah pegi kak.
saya pun x penah pegi medan ngan thailand
Irfa said…
LW..
wah.hebat lah,kg kat london.
kg saya kat NewZealand..hehe
yg pasti jom balik New Castle.hehe
Irfa said…
OGYEP YUMMY MELLOW..
tq sudi singgah sini :)
insyaAllah..
panjang umur sampai la awak ke London

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Kenapa Korang Buat Blog?

Hai korang, sarapan apa? aku tengah heavy breakfast ni (roti telur kuah banjir) makan sambil melawat blog i' am si typo  , dik..pinjam entri kamu ye. Blog dia banyak gambar cantik. Walaupun entrinya agak panjang tapi aku suka je baca   (sbb tu boleh baca bila free je)  . Dia ada buat entri ' kenapa korang buat blog?' dan tetiba aku timbul idea nak buat entri ni. Sebenarnya aku pun dah lupa penah citer ke tak sebab ' kenapa aku buat blog' . Kalau ada sila abaikan. Once upon the time, tinggallah seorang puteri yang sangat cantik .. wajahnya bujur sireh, bermata jeli dan pipi bagai pauh dilayang di sebuah gunung. hehe. Okey, maaf gurau je. Blog pertama aku baca ialah NizamZakaria (rasanya dulu bukan blogspot, blogdrive kot. ade ke?) . Masa tu aku baru masuk keje lepas bersalinkan si abam (tahun 2006). Member yang perkenalkan blog tu sebab dia tahu aku suka baca novel. NizamZakaria masa tu tulis cerpen bersiri. Paling aku ingat cerpen bertajuk Nasi Lemak kot kal...