Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...
Comments
Biorla anak dia penagih dadah tegar pon... orang usik anak dia tu, tetap dipertahankan. kasihnya pada anak sampai bila-bila.
betul tu.
w,pun dia tahu anaknya jahat tapi dia tetap menafikan kerana sayang.selalu berlaku pd ibu2 yg ada anak penagih dadah.sangat kasihan..mintak jauh anak-anak kita dari silap memilih jalan hidup
KAKPB..
aik..dah jadi upin ipin yer
betul betul..
kadang2 rasa bersalah bila lama tak tepon mak kat kg.bukan apa,anak saya kan duk kg.so hari2 dia akan call report apa yg dia buat so semua citer kt kg dia akan bgtau.otomatik kalau sy tepon dah takde modal nak borak.
rasa bersalah sgt sib baik mak paham
apa yg betul?
hahaha.
harap anak2 kita tak lupakan kita bila kita dah tua nanti.maksud aku bukan lupa terus cuma bila anak2 jarang jenguk@call mesti kita sedih kan?
irfa..kalau pasal call tu aku rasa mudah je..anak jarang2 call mungkin sebab dia ada masalah.. so kita call la dia tanya..benda ni bukan one way communication je.. kalau kita terlalu expect effort dari satu pihak kita akan kecewa.. so sendiri pun kena ada effort..
Hihihi. Sekarang akak dah rasa.